PART XXIV
Tak sabar pula tunggu hari esok. Troy masih sibuk di dewan uruskan apa yang patut. Dia cuba menawarkan diri untuk menolong apa-apa yang patut tapi suaminya tidak membenarkan dia mendekati dewan resort. Katanya biar semua itu dijadikan satu kejutan.
"Puan Farah."
"Eh, kak Yas."
"Jom."
"Jom? Jom pergi mana?"
"Jom kita heboh."
"Ha ha ha. Nak pergi mana ajak orang ni?"
"Jom pergi fitting bajulah."
"Baju? Bukan dah fitting semalam ke?"
"Jom je lah. Tuan suruh panggil puan Farah untuk pergi fitting."
"Ok. Sekejap, Farah pergi tukar baju."
"Tak perlu. Baju dah lawa dah tu. Pergi sarung tudung."
"Ni-"
"Sarung je yang ni." Farah menyarung tudung yang diambil Yasmin dari closetnya. Tangan dia yang ditarik membuatkan dia mengikut sahaja jejak penolongnya itu.
"Kita buat apa dekat sini? Bukan Troy tak bagi Farah datang sini ke?"
"That's why, kak Yas kena ikat mata Farah untuk pergi bilik persalinan untuk fitting baju dekat situ."
"Laa, kenapa tak bawa sahaja dress tu ke rumah?" Kawasan privasi Farah sudah dipanggil rumah selepas Troy mengatakan dia harap mereka dapat membesarkan keluarga di pulau itu. Malah, dia diberikan kejutan di belakang rumahnya ada satu halaman bunga liar melata. Sangat cantik. Troy meminta kontraktor memecahkan dinding dan membuat pintu sliding door yang boleh untuk mereka ke belakang.
"Tuan Troy nak semua prepare dalam fitting room je."
"Bukan jauh mana dari rumah kami dengan resort."
"Ask your husband, Puan Farah."
"Nanti orang tanya dia. So, ni kena tutup mata?"
Farah membuat muka bosan apabila Yasmin mengangguk kepala. Dia redha sahaja.
"Jom."
"Kak Yas, kalau ada apa-apa dekat depan Farah beritahu tau? Nanti habis langgar pula."
"Ya." Farah menggenggam erat tangan Yasmin. Jantungnya berdebar pula tiba-tiba.
Tanpa Farah sedar, Yasmin melambai tangan kepada Troy yang sedang bercekak pinggang diatas pentas. Sibuk uruskan itu dan ini sebelum majlis resepsi esok. Troy yang melihat isterinya terus melompat dari pentas pantas mendekati. Sebelum Yasmin membuka mulut dia menahan gadis itu dari berkata-kata.
Dia ambil telefonnya dan taip sesuatu. "Baca ni." Kata dia tanpa suara kepada Yasmin.
"Farah!"
"Huh? Apa? Apa?" Cuak Farah. Troy yang melihat menekup mulut tahan ketawa melihat isterinya yang gelabah.
"Kak Yas tertinggal benda dekat pejabat. Ikut budak ni sekejap. Pegang baju dia."
"Huh? Tapi, kak Yas-"
"Bye. Sekejap je. Nanti kak Yas datang balik."
"Tapi, kak Yas-" terkedu sekejap dia apabila ada sesuatu mendarat di bibirnya. Tangannya menolak tubuh itu.
"Aip, no. Jangan buka dulu."
"Hubby?"
"Ya, sayang. Ni hubby."
"Ish. Sayang ingat lelaki gatal mana pergi selamba cium sayang tadi."
"Berani lelaki lain rasa bibir manis isteri hubby seorang ni. Kalau rasa nak makan pakai tiub, cubalah."
"Amboi, garangnya. Ni kenapa hubby dekat sini?"
"Hubby tengah touch up dewan untuk majlis kita esok."
"Nak intai sedikit?"
"No. No. It's a surprise, sayang. Don't forget. Kalau tengok, tak surprise lah namanya."
"Ok. Ok."
"Mr Badboy, cuba bibir awak tu duduk diam-diam." Farah geram pula apabila lelakinya curi-curi mencium begini. Apa pula cakap orang sekeliling kalau nampak apa mereka buat?
"Sayang isteri hubby. So, hubby boleh je kot nak cium ke, nak peluk ke, nak gigit ke, nak-" Farah mencubit perut suaminya.
"Naughty tu simpan sedikit."
"Simpanlah ni. Kalau tak simpan, mahu hubby ngap juga sayang dekat sini." Troy bisik di telinga isterinya.
"Hubby..." Farah mencubit sekali suaminya. Nakal sangat bicara tu.
Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik persalinan, ikatan kain di mata Farah dibuka. Terpampang baju pengantin yang sangat cantik. Ya, ini kali pertama buat dia melihat busana pengantin untuk majlis resepsi.
"Do you like it?"
"Like it? I love it so much. But, I love you more."
"Hahaha. I know, sayang. I love you too. Dah, pergi tukar. Hubby nak tengok."
"Mana boleh hubby tengok. Kalau hubby nak tengok, hubby kena bagi sayang tengok hall."
"Eh, no no. Ok, kita buat surprise untuk each other. Tapi, pergi try sana. Senang nanti Herna betulkan apa-apa before esok."
"Ok. Tapi, jangan mengintai."
"Kalau intai juga?"
"Nak ke esok naik pelamin mata ketumbit? Habis kurang hensem raja sehari esok."
"Oh God. No. Ok, hubby tak intai. Nanti tak lawa gambar majlis resepsi kita. Masuk TV pun habis orang keji sebab pengantin perempuan cantik dapat pengantin lelaki cacat mata."
"TV?! Hubby..."
"Erk."
"Tak payah nak buat muka terkejut sebab dah terlepas cakap. Hubby kata majlis esok kecil-kecil je."
"Tapi-"
"I know you're somebody. But..."
"Hubby ada dekat sisi sayang. You can do it. Please, do it for me."
"Ok. Only for you."
"That's why I love you budak sekolah."
"Budak ni dah habis sekolah."
"Tapi, tetap muka macam budak sekolah. Dah pergi try sana. Kesian Herna tengok drama romantik kita ni."
"Tak apa, tuan. Suka saya tengok cara tuan pandang puan Farah. Penuh rasa cinta, kasih dan sayang."
"Hah, sayang dengar tu. Herna pun nampak cinta hubby kepada sayang. So-"
"Yes, hubby. I love you... Love you so much." Chup! Bibir Troy diciumnya sebelum berlalu diikuti Herna membawa busana pengantin miliknya.
Troy mengukir senyuman. Isterinya semakin nakal. Pandai menggoda tapi masih ada sifat-sifat malu tu. Comel je.
---------------------------------------------
Salam, readers. Aisy minta maaf sebab lama tak update. About a week, ada ke? Aisy uruskan kemasukan sambung belajar. Itu sebab tak ada masa nak selit untuk update. Harap kalian faham.
Aisy belanja sedikit ni yea. Hope korang suka.
For who ask if this story tamat ke belum? Querencia yes dah tamat. Tapi, for special chapter ni masih on going. So, I hope you guys stay tuned.
Keep supporting me. In sya Allah, aisy tak akan tinggal dunia oren ni. Tapi, kemungkinan akan slow update sahaja.
Hope you guys sihat-sihat. Jaga diri. Happy holidays, guys.
Enjoy read it.
Jangan lupa vote dan komen.
Love, CKK.

YOU ARE READING
QUERENCIA
RomanceElisha Natasha atau senang dipanggil Eli seorang gadis yang penakut, clumsy, kelibut. Sebutlah serangga apa pun, muka dia dah mula berkerut. Ibarat kalau ada lipas di bilik dia, dia akan ajak abangnya pindah rumah detik itu juga. Dia dibesarkan hany...