SPECIAL CHAPTER II 👉 ADUHAI, BAKAL BINIKU PELAJAR SEKOLAH

8.4K 415 4
                                        

PART II

Farah rasa sedih sangat melihat kereta kakak angkatnya meluncur pergi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farah rasa sedih sangat melihat kereta kakak angkatnya meluncur pergi. Rasanya seperti sekejap Tasha mengisi rumah yang hanya punya dua penghuni sebelum ini. Mulai malam ini, tiada lagi dengar tangis si kecil, Amira. "Sudah. Kita dah lambat."

"Tapi..."

"Tak payah nak mengada buat filem Hindustan dekat sini. Jom."

"Tapi..."

"Tapi apa lagi, cik Farah? Kita dah lambat. Kelas tambahan sepatutnya dah mula pukul 2.30 tadi. Ni nak dekat pukul 3. Irfan pun dah call kata semua masih menunggu aku."

"Ya. Ya." Menyesal pula rasa Farah mengikut Troy balik semata-mata ingin mengiring Eli berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Kalau dia tahu tadi,lebih baik dia balik jalan kaki sendiri. Ini semua salah Mutia. Tiba-tiba, Mutia disalahkan. 

Sampai di sekolah, Farah masuk ke dalam kelas dahulu. Manakala, Troy masuk kemudian. Tidak mahu ada yang salah faham atau membuat spekulasi. Cukuplah beberapa hari ni ada yang bisik-bisik buat cerita dia sebenarnya tunang kepada cikgu sementara itu. Malah, ada juga cikgu-cikgu sekolahnya bertanyakan status dia dengan Troy atas sebab seringkali melihat mereka bersama.

"Kenapa lambat?" Tanya Mutiara sebaik sahaja Farah melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Sebab Mutia."

"Saya? Saya buat apa? Farah tak janji pun suruh Mutia ambil dekat rumah tok Mak."

"Bukanlah."

"Habis tu?"

"Mutia kenapa tinggal saya tadi. Tak pasal-pasal saya kena balik dengan cikgu Troy."

"Tapi, bukan cikgu Troy tu anak angkat tok Mak ke? Itu yang saya tinggalkan awak. Sebab awak dengan cikgu Troy menuju ke destinasi yang sama."

"Hah, kamu berdua! Sembang apa dekat belakang? Saya sedang mengajar di depan ni." Terkejut Mutiara dan Farah apabila suara garau itu memberi amaran.

"Maafkan saya, cikgu." ucap Mutiara. Rasa serba salah tidak hormat cikgu di hadapan.

"Farah, jawab soalan di depan ini." Jeng! Jeng! Jeng! Ayat itu berulang di kepala Farah. Dia sudahlah tidak tahu apa-apa. Tak pasal-pasal disuruh menjawab soalan yang tertera di papan putih.

"Saya?"

"Siapa lagi nama Farah dalam kelas ni kalau bukan awak?" Uish, sarkastik. Berlagak. 

"Tapi... Saya." Tak sempat habis Farah menjawab. Troy mencelah.

"Tapi. Tapi. Awak ni tak habis-habis dengan perkataan tapi tu. Saya tak nak dengar alasan. Ini marker. Jawab." Semua mata kini memandang ke arah Farah. Troy meletakkan marker diatas mejanya dan dia duduk diatas kerusi sambil perhatikan gadis muda itu.

"I hate him." Kata Farah perlahan sewaktu mengambil marker diatas meja guru. 

"Apa awak cakap tadi, Farah?"

"Tak ada, sir." Boleh pula mamat galah itu mendengar apa yang dicakapnya. Dasar telinga tajam.

Farah memandang lama papan putih itu. Sekejap dia memandang Troy, sekejap dia memandang rakan kelasnya dan sekejap dia memandang Mutiara dibelakang. "Awak tak jawab. Tak boleh balik."

"What!" Reaksi Farah tanpa sengaja.

"Awak tak puas hati dengan saya ke Farah?"

"Eh, tak lah. Sir baik sangat. Saya cuba jawab." Kata Farah sambil melemparkan senyuman palsu. Apa yang dia nak buat sekarang adalah menconteng-conteng muka Troy. 

Selepas 5 minit, papan putih itu masih kosong. Troy mengarahkan Farah duduk semula. Dia meneruskan pengajarannya dan soalan itu diselesaikan dia sendiri. Tepat pukul 4.30 petang, kelas tambahan matematik akhirnya tamat. Farah merenggangkan tubuhnya yang lenguh. Lenguh fizikal dan mental. Subjek yang memenatkan dan pengajar yang menyakitkan jiwa.

"Hah, buat apa lagi tu. Jom."

"Huh?" Terkebelakang Farah dibuatnya. Nasib baik tangan sasa Troy sempat menangkap kerusi Farah. Beraninya lelaki ini.

"Apa sir buat?"

"Buat apa? Aku selamatkan kau dari jatuhlah budak." Farah melihat sekelilingnya. Sejak bila Mutiara serta rakan-rakan kelasnya lesap hilangkan diri. Memang budak sekolah ni pantang dengar perkataan boleh balik, macam lipas kudung keluar kelas.

"Jom balik."

"Farah nak balik sendiri." 

"Argh!" Jerit Farah apabila Troy sengaja jatuhkan kerusinya kebelakang sedikit.

"Ya! Orang balik sekali!"

"Good girl macam ni kan bagus. Ni nak juga melawan." Troy meletakkan balik kedudukan kerusi Farah ke asal. 

Troy tetap Troy. Tanpa menyakat Farah boleh bosan hari-hari dia. Semasa dia lalu melepas Farah. Tangan kanannya pantas menarik kerusi Farah kebelakang. Apalagi, "Argh!!!! Wei! Mamat galah apa masalah kau!" Geram Farah. Berapa lama lagi mamat galah ni akan berkampung dekat pulau ni. Harapan dia biarlah lelaki ini cepat-cepat pulang ke tempat asal. Duduk sini buat semak otak sahaja. Harap je pengajar tapi perangai macam budak-budak.

-------------------------------------

Peperiksaan pertengahan tahun akhirnya kunjung tiba. Debaran menggila buat Farah yang menaruh segala-galanya untuk peperiksaan kali ini. "Good luck untuk exam. Jangan lupa janji kau." Itu kata-kata semangat yang diberikan oleh Troy sewaktu dia duduk di tangga ingin memakai kasut. Mengejutkan lagi, lelaki itu entah apa mimpinya tunduk mengikat tali kasutnya. Selepas itu, berlalu pergi masuk ke dalam kereta dan buat kali pertamanya kereta senyap tanpa ada timbul pergaduhan diantara mereka.

"Farah." Pap! Mutia dari belakang menepuk belakang Farah. 

"Mutia!" Terkelip-kelip mata Mutia bila Farah seperti marah.

"Terkejut tau mak dibuatnya." Sambung Farah sambil tangan di dadanya dilentik sedikit.

"Mengada. By the way, good luck dear."

"Thanks, Mutia. You too. Chaiyok!"

"Baguslah, Farah. Sejak tumpang sir Troy ni mesti sampai sekolah awal."

"Perli ke?" Jeling Farah.

"Tak. Tak." Boleh nampak mata Farah seperti membakar. Mutiara melabuhkan punggungnya di kerusi. Buku rujukan diselak untuk dibaca. Perhimpunan tiada seperti biasa kerana peperiksaan akan bermula tepat pukul 8 pagi. Untuk pertama kali juga buat Mutiara melihat Farah seperti diserap masuk ke dalam buku. Fokus sungguh.

"Ok semua murid. Sila simpan semua nota dan buku dalam beg. Hanya tinggalkan alat tulis diatas meja. Beg anda semua letakkan di belakang atau diluar kelas. Jika ada sesiapa yang didpati cuba meniru. Anda akan dikenakan tindakan disiplin. Bare it on your mind." Kata cikgu yang bertugas menjadi pengawas untuk kertas pertama mereka tepat jam 8 pagi.

------------------------------------------

Agak-agak apa yang berlaku dengan keputusan Farah? Apakah yang akan dilakukan oleh Troy jika keputusan Farah tidak memuaskan seperti apa yang dijanjikan? Nantikan. Maaf kerana baru sempat update hari ni. Maaf juga jika ada yang rasa sepatutnya cerita couple ni separate dengan cerita asal. Aisy sengaja tak buat asing sebab tak nak ada yang konfius macam mana Aisy buat sebelum ni dekat Datuk or Dato' dan Can I Kill Him?! harap korang semua faham ya. 

Maaf juga jika part II ni kalau membosankan. Aisy akan cuba perbaiki lagi. Jangan lupa tinggalkan komen anda.

Jangan lupa juga untuk vote.

By the way, kalau sesiapa tanya berapa part lagi untuk special chapter ni. Aisy akan cuba buat below 5. Kalau lebih tu. Means rezeki. Thanks juga kepada readers yang masih support Aisy. Yes, I still writing and I will keep writing. Because it's my passion. But, sometimes I need to rest too.

Lot of love, CKK.

QUERENCIAWhere stories live. Discover now