Chapter 12 ~ Phase III

3.6K 144 96
                                    

"DAH okey?" tanya Saleha bila Fahmi sudah berhenti dari meneguk minuman yang diberinya tadi. Hampir lima minit dia terpaksa menanti trauma dan emosi Fahmi yang berantakan disebabkan Hairy. Dia juga yang perlu menghadap semua ini supaya keadaan kembali seperti sebelum ini.

Fahmi angguk dalam gentar. Botol minuman yang sudah tinggal sedikit isinya dihulur kepada Saleha.

Saleha menyambut botol itu lalu diletak di atas meja di sebelah mereka. Fokus kembali diberi sepenuhnya kepada Fahmi.

"Abaikan apa yang Inspektor Hairy kata tadi. Dia tak bermaksud apa yang dia cakap tu. Dia sekadar bertanya. Saya percayakan kamu, yang kamu tak bunuh kawan-kawan kamu."

Kerana Hairy, dia terpaksa meraih kembali kepercayaan Fahmi yang mula goyah terhadapnya.

"Kalau akak nak Fahmi sambung cerita, boleh?"

Agak lambat Fahmi memberi reaksi untuk permintaan Saleha. Dia sedang cuba memupuk kepercayaannya terhadapan wanita di hadapannya itu.

"Selepas pak cik tu beredar, adakah kamu semua terus masuk ke dalam banglo ni?"

Sengaja Saleha terus ke soalan utama. Dari penilaiannya, emosi Fahmi sudah kembali tenang seperti sebelum ini walaupun tidak sepenuhnya. Nafas lelaki itu sudah sekata dan normal. Kegelisahannya juga sudah terkawal.

Fahmi geleng. Gelengan itu mengundang rasa hairan pada Saleha.

"Jadi, apa kamu buat selepas pak cik tu beredar?"

Agak lama Fahmi mengumpul semangatnya untuk bercerita.

"Kami tak... tak jadi teruskan rancangan kami malam tu."

Semakin berlapis kerutan di dahi Saleha memandang Fahmi.

"Tak jadi teruskan? Kenapa?"

Fahami memandang Saleha sambil cuba mengingat apa yang berlaku malam itu.

Bersambung...

------------------------------------------------------------------------

[Sedutan bab seterusnya....]

Tapi, kenapa tak boleh nak on pulak sekarang ni?" Fazlie mempersoal.

"Manalah aku tahu. Kau ingat semua ni dalam kawalan aku?" Amir mempertikai.

"Kau dah try tukar bateri dengan betteri spare?"

"Dah, masih tak boleh hidup. Semua handycam ni aku dah tuka pada batteri spare yang kita bawa, tetap tak boleh hidup lama. Dia menyala sekejap, lepas tu terpadam sendiri."

------------------------------------------------------------------------


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 21, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BANGLO SEKSYEN 12Where stories live. Discover now