Chapter 06 ~ Phase II

2.3K 122 4
                                    

"KAU okey ke?" tanya Fazlie pada Amir di sebelahnya. Disebabkan kawan baiknya itu beria-ia tidak mahu memandu, terpaksalah dia yang memandu kereta ketika ini untuk pulang ke kampus.

Amir memandang sekilas ke arah Fazlie di sebelahnya.

"Aku okey," jawabnya hendak tidak hendak sahaja. Apa yang berlaku di banglo tadi masih jelas dalam ingatannya.

Berkerut dahi Fazlie. Sejak keluar dari banglo tadi, sikap Amir, Fahmi dan Riena nampak aneh. Mereka bertiga lebih banyak diam dari berbicara.

"Riena, Fahmi, kau orang okey ke tak? Kau orang berdua ada nampak apa-apa ke, dekat aras atas tadi?" Fazlie bertanya pula pada dua orang juniornya itu.

Riena dan Fahmi saling berpandangan. Apa yang berlaku di aras dua Banglo Kenangan itu memang sukar untuk mereka hadam. Sesuatu yang mustahil telah berlaku. Mereka telah bertemu dengan dua orang Amir yang mana salah seorangnya tidak dapat dipastikan apakah makhluk itu.

"Ka.. kami okey," teragak-agak Riena menjawab. Dia terpaksa menipu. Bimbang andai dia atau Fahmi berterus terang tentang apa yang mereka lalui tadi bakal mengundang ketidakpercayaan semua yang ada di dalam kereta itu. Dia bimbang Farina akan mempertikai dan menjadikan pengakuan mereka sebagai alasan untuk membuat Fazlie membenci mereka kerana mereka-reka cerita.

Fahmi memandang Riena dengan keluhan halus. Dia lega kerana Riena tidak menceritakan apa yang berlaku. Dia beranggapan hal-hal begitu, sukar untuk dipercayai. Hanya yang merasai atau melalui pengalaman itu sahaja yang bisa percaya.

Keadaan di dalam kereta terus senyap sunyi. Fazlie terus disapa hairan dengan perubahan Amir, Fahmi dan Riena. Sungguh aneh sekali. Farina pula kelihatan sedang buat hal sendiri di tempat duduk yang paling belakang. Aqeel pula lebih tenang memandang keluar kenderaan sambil melayan perasaan.

Fazlie memberhentikan kereta yang dipandu betul-betul di hadapan rumah sewa Farina memandangkan rumah Farina yang paling dekat dengan Banglo Kenangan itu.

Farina melangkah keluar.

"Ingat, esok tengah hari dekat food court. Pertemuan terakhir sebelum kita ke banglo tu malam esok," ujar Fazlie, sekadar mengingatkan.

"Okey," balas Farina dengan wajah bosan lalu menutup semula pintu kereta.

Fazlie geleng kepala.

Fahmi hanya memandang wanita ala-ala lelaki itu melangkah menuju ke pintu pagar rumah sewaannya. Dia tahu kenapa wanita itu nampak bengang. Pasti wanita itu bengang dengan Fazlie kerana membenarkan dia dan Riena sertai aktiviti merungkai misteri di sebalik Banglo Kenangan itu.

"Fasal pertemuan tu, kau orang yang dekat belakang tu tak terlibat tau? Pertemuan ni untuk kami bertiga aje. Nak bincang fasal alatan yang perlu kami bawa untuk kita terjah banglo tu nanti."

Fazlie mengingatkan pada yang masih ada di dalam kereta.

"Baik bang," akur Riena.

Fahmi dan Aqeel hanya angguk.

"Kau okey ke tak?" tanya Aqeel perlahan pada Fahmi di sebelahnya.

Fahmi yang duduk di tengah-tengah memandang Aqeel di sebelah kirinya.

"Okey," hendak tidak hendak Fahmi menjawab.

"Tapi abang tengok kau macam tak okey aje? Kau kena kacau ke?" tanya Aqeel lagi dengan nada yang paling perlahan.

"Tak... tak adalah," Fahmi terus menafikan. Mustahil dia akan bercerita dengan Aqeel di hadapan Fazlie.

"Abang ada nampak sesuatu tadi," ujar Aqeel walaupun tidak di tanya lalu kembali memandang ke depan.

Pantas Fahmi memandang Aqeel di sebelahnya dengan wajah terkejut.

"Apa abang nampak?" tanya Fahmi dengan nada yang sama.

Aqeel mendekatkan bibirnya ke telinga Fahmi.

"Nanti kita cerita, okey?"

Fahmi angguk setuju.

Bersambung....

=====================================================

[Sedutan bab akan datang...]

"Mustahil! Apa yang kita nampak tu real tau? Sebijik macam abang Amir, siap dengan handycam dia lagi. Tup, tup, abang Amir muncul dari belakang kita."

"Kau ada tengok balik tak 'banda' tu?" pantas Riena mencelah.

======================================================


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BANGLO SEKSYEN 12Where stories live. Discover now