Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang.
Hal itu...
"LELAKI tua? Kamu kenal siapa lelaki tua tu?" Saleha mencelah bila muncul watak baru di sebalik cerita Fahmi.
Fahmi memandang lantai lalu mengeleng. Emosinya masih bercampur baur. Ikutkan hati dia mahu tidur dan malas hendak mengingat apa yang telah berlaku malam ini. Tapi dia tahu, dia tidak boleh berbuat begitu. Dia tidak akan dilepaskan selagi keterangan tidak diberikan selengkapnya pada pihak polis. Bisa sahaja dia yang dituduh sebagai pembunuh seperti yang dituduh Inspektor Hairy sebentar tadi. Dia bukan pembunuh!
Bila rupa 'pembunuh' itu terbayang di minda, rasa takut kembali mengamit tangkai hatinya. Membuatkan dirinya terasa tidak selamat dan seolah ada sepasang mata sedang memerhatikannya dari jauh tanpa dia tahu keberadaan 'si pembunuh' itu. Hal itu membuatkan pandangannya kembali meliar mengitari sudut knopi tertutup itu.
Cahaya lampu LED kecil berwarna merah dari kamera video digital yang sedari tadi merakam sesi soal siasatnya tidak jauh dari situ kelihatan berkelip-kelip. Dia tahu segala aksinya di dalam knopi ini sedang dirakam. Dan dia tidak takut kerana dia berada di pihak yang benar.
"Pak cik tu ada bagi tahu nama dia?" lanjut Saleha.
Fahmi hanya mengeleng sebagai jawapannya.
Saleha mencatat sesuatu pada buku notanya sembelum kembali memandang Fahmi.
"Macam mana rupa lelaki tu?"
Kelihatan Fahmi sedang berfikir atau mungkin cuba mengingat rupa lelaki tua yang telah menegur mereka senja itu.
"Pak cik tu, pakai kemeja dan seluar lusuh. Macam orang baru balik dari menoreh. Pakainnya kotor dengan tanah. Badannya penuh dengan pasir," jawab Fahmi, ingat-ingat lupa.
Saleha sibuk menulis sesuatu pada buku notanya.
"Kamu rasa, berapa umur pak cik tu?" Saleha menyambung sesi soal siasat.
"Emmm..." Fahmi mengingat semula wajah lelaki tua itu. "Mungkin dalam sekitar 50 hingga 60 tahun. Pak cik tu masih gagah berjalan. Tak terdengkot-dengkot atau nampak lemah."
Saleha angguk faham sambil menulis lagi ciri-ciri lelaki tua itu di dalam buku notanya.
Tiba-tiba angin bertiup sederhana kencang seraya mengoyangkan knopi itu. Dinding kanvas yang menutupi sekeliling knopi itu bergoyang-goyang. Fahmi tersentak lalu matanya terus meliar laju memandang sekitarnya. Bimbang dia diserang lagi!
Saleha turut memerhati keadaan itu yang berlaku secara tiba-tiba. Kedengaran guruh berdentum agak menjauh dari kawasan itu diselang selikan dengan cahaya kilat yang tidak berapa terang. Menandakan mungkin awan hitam sedang berarak ke kawasan ini dan hujan bakal menyimbah bumi sebentar lagi.
Keadaan itu membuatkan suasana menjadi bisu seketika. Mereka berdua saling berpandangan untuk seketika. Pelbagai andaian yang mula bermain di fikiran masing-masing.
Bersambung....
===========================================
[Sedutan bab seterusnya...]
"Boleh, tapi masalahnya sekarang ni handycam dia orang semua dah tak berfungsi. Saya transfer fail-fail yang ada dalam handycam mereka pun melalui kabel USB yang ada dekat setiap kamera."
============================================
Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.