Chapter 02 ~ Phase II

3.2K 173 6
                                    

TUBUH direbah di atas tilam. Beg sandangnya dibiarkan terdampar di atas lantai. Dia baru sahaja sampai di rumah sewanya. Kuliahnya agak padat hari ini. Pukul enam petang baru habis. Kala dia sedang berbaring sambil melihat kipas siling yang berpusing, ajakan Riena pagi tadi tiba-tiba menyapa mindanya.

"Amboi, sedap kau kata dia orang propa, kan? Kalau kau tak percaya, jomlah. Kita rasai sendiri apa yang dia orang rasa masa dia orang record video dekat tempat-tempat seram tu. Ala, lagi pun Seksyen 12 tu, bukannya jauh pun?"

Dia bingkas bangun lalu melangkah ke meja belajarnya. Skrin komputer ribanya dikuak ke atas lalu butang on ditekan. Dia membiarkan komputer ribanya untuk seketika sebelum digunakan.

Beg sandangnya di atas lantai dicapai lalu telefon pintarnya dikeluarkan. Kemudian, beg itu dicapak di atas tilam. Dia menaip sesuatu untuk dihantar kepada Riena melalui aplikasi WhatsApp.

Nok, apa nama banglo yang kau beria-ia nak pergi tu?

Mesej di hantar. Skrin komputer ribanya ditatap. Dia membuka Mozila Firefox.

Ting!

Telefon pintarnya berbunyi menandakan ada msesej bari diterima. Kelihatan nama Riena tertera di skrin telefon pintarnya. Mesejnya sudah dibalas. Selipas melihat isi mesej, dia kembali menghadap skrin komputer ribanya lalu dia menaip sesuatu di ruang carian Google.

"Banglo Kenangan Seksyen 12," ujarnya sambil menaip perkataan itu. Selesai sahaja butang 'enter' ditekan. Mesej Riena terus diabaikan.

Tertera beberapa senarai laman web yang berkaitan dengan Banglo Kenangan. Dia melihat dan membaca setiap artikal yang berkaitan. Macam-macam sejarah dan mitos mengenai banglo itu. Ada yang kata banglo itu milik seorang pembunuh yang bermana Muna Fandi yang telah dihukum gantung pada tahun 2000 yang lalu. Yang mengatakan tanah banglo itu milik sultan dahulu kala pun ada.

Menurut khabarnya lagi, kawasan itu keras kerana berpenunggu dan tempat jin bertandang. Semua artikal yang dibaca tiada bukti sahih. Sekadar penceritaan dari pengalaman orang terdahulu.

Ada juga beberapa laman web memaparkan hasil siasatan mereka di banglo itu. Tapi tiada pun yang dapat merakam apa-apa imej atau video yang menampakan hantu di bonglo itu selain masalah-masalah yang mereka alami selepas melawat banglo lama dan terbiar itu.

Ada satu cerita yang agak meremangkan bulu romanya. Ada yang mengatakan banglo itu ada iblis yang menjaga. Sesiapa yang mengacau tempat itu, pasti tidak akan selamat. Dan satu artikal yang memeranjatkannya lagi, pernah berlaku kes pembunuhan kejam di banglo itu lima belas tahun lalu. Enam remaja dilaporkan mati selepas menjadikan banglo itu sebagai tempat pemujaan dan permainan seruan roh! Tertelan liurnya, kesat melintasi kerongkong. Terus bulu roma di tubuhnya tegak berdiri.

Bunyi azan dari surau berdekatan membuatkan fokusnya teralih ke arah tingkap biliknya yang terbuka luas. Kata orang tua-tua, tidak elok membiarkan pintu rumah atau tingkap terbuka tatkala azan Magrib berkumandang. Bimbang ada yang masuk tanpa diundang. Maklumlah, waktu Magriblah waktu setan-setan yang ada di muka bumi ini mencari mangsa dengan menganggu manusia.

Dia bangkit berdiri lalu melangkah ke tingkap. Birai yang terbuka separuh ditarik menutupi tingkap. Hendak ditutup daun tingkap, panas. Jadi, dia sekadar menarik birainya sahaja.

Punggung kembali dihenyak di atas kerusi. Dia menyambung bacaannya yang tergendala.

"Fahmi..."

Terkaku mata Fahmi dari terus membaca setiap perkataan yang ada di skrin komputer ribanya bila dengan tiba-tiba kedengaran bisikan halus itu menyebut namanya. Bisikan itu menyapa cuping telinga kirinya bersama tiupan angin halus yang merindingkan. Liur ditelan, kesat lagi perit.

Dengan pantas dia menoleh ke belakang. Melihat keadaan biliknya itu. Tiada apa-apa. Tengkuknya terasa kembang. Cepat-cepat dia mengusap bahagian itu.

"Baik aku mandi," katanya sendirian lalu mengabaikan komputer ribanya. Tuala dicapai lalu dia melangkah ke bilik air.

Birai tingkap kelihatan meliuk lentuk persis ada kehadiran angin menyapa dari luar jendela. Di sebalik celahan bidai itu, kelihatan sesosok tubuh berjubah hitam sedang memandang ke arah dalam bilik itu. Jelas kelihatan kedua biji matanya yang merah menyala. Beberapa saat kemudian, sosok tubuh itu hilang bagai asap hitam yang ditiup angin.

Bersambung.....

==================================

[Sedutan episod akan datang...]

"Sebelum kau orang bersetuju nak ikut kami, kau orang akan diberi keterangan lengkap syarat-syarat nak join kami, esok. Jika berlaku apa-apa pada kau orang berdua, sama ada kena rasuk, hiteria atau mati disebabkan entiti yang ada dekat lokasi tu, kami tak akan bertanggung jawab."

==================================

==================================

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BANGLO SEKSYEN 12Where stories live. Discover now