Setiap hari rutin Nisa adalah ke rumah Mami. Sebelum aku ke pejabat, dia sudah terpacak dihadapan rumah Mami. Aku balik dari pejabat, dia masih disini. Dia hanya akan pulang bila aku halau dia balik sama ada melalui paksaan ataupun sindiran sinis. Maka jadilah kerja aku yang terbaru. Menyakitkan hati dia.
Bukan kehendakku untuk menyakitkan hatinya tapi aku tak mahu dia ada dekat denganku. Hatiku rapuh. Kata-kata maafnya akan melemahkan aku. Bukan. Makin menyakitkan hatiku.
Bukan aku tak cuba untuk terima dia seperti yang diminta oleh Mami tapi makin aku cuba makin aku membenci dia. Makin hati aku sakit. Makin buat hati aku menangis. Kerana aku menangis itu buatkan aku sakit dan aku benci rasa sakit itu.
"Habib, makan?" Tanyanya bila aku turun untuk makan malam.
"Tak ada selera." Dan aku terus naik ke bilik.
Melihat dia saja buat aku sakit. Layanan mesranya seumpama kami masih suami isteri lagilah buatkan aku sakit. Sakit menanggung rindu dan sakit mengenangkan perbuatannya. Penjelasaannya langsung aku tak boleh terima. Aku terlalu sukar ingin percaya.
Allahurabbi. Air mataku mengalir lagi.
Bukan aku tak cuba. Aku cuba. Aku cuba untuk lupakan semua kesakitan yang dia hadiahkan tapi makin aku cuba makin banyak kesakitan yang aku rasa. Makin banyak kekurangannya aku singkap. Makin banyak perkara yang membuatkan aku bertambah parah.
"Habib, nak pergi kerja dah? Tak sarapan dulu?" Tegurnya bila aku turun hendak sarapan untuk ke pejabat.
"Nisa, stop being nice with me. I won't forgive you to what ever you done to me. And keep it in your mind. We are no longer husband and wife. So, please don't come here anymore." Kataku dan terus berlalu keluar rumah.
Aku nampak air matanya mengalir. Air mataku juga turut mengalir sebaik saja aku masuk ke dalam kereta. Nampak tak dunia. Melihat dia menangis pun boleh buatkan hati aku turut nak menangis sama. Sebab tu aku tak nak tengok dia dihadapanku. Aku belum cukup kuat untuk berhadapan dengannya. Kasih, sayang dan cinta aku masih kuat dan utuh hanya untuk dia.
Allah...
"Habib, dah balik kerja. Nak apa-apa tak? Nisa tolong ambilkan."
"Tak payah. Aku nak naik mandi. Aku turun nanti, make sure kau dah tak ada dalam rumah ni. Semak." Aku berlalu bersama linangan air mata.
Sakit tahu tak menyakitkan hati insan yang aku sayangi dan aku cintai. Mami saja yang tahu apa yang aku alami. Mami yang selalu nampak aku menangis. Pernah sekali mami marahkan aku.
"Kalau dah masih sayang, kenapa tak nak rujuk kembali? Mami tahu Nisa tu kebahagiaan kamu. Kenapa degil sangat?"
"Mami tahu yang dia kebahagiaan Iwan tapi Mami kena tahu, dia melukakan hati Iwan. Iwan susah nak maafkan dia. Bukan kerana degil atau ego tapi setiap kali pandang dia, Iwan ingat kejadian itu. Iwan ingat kecurangan dia yang dulu. Macam mana Iwan nak terima dia kalau hati dan otak Iwan ni asyik ingat benda yang tak baik saja?"
Tumpuan aku pada kerja pun merosot. Mujur aku punya pekerja yang cekap dalam melakukan tugasan mereka. Mereka pun seakan faham apa yang sedang aku alami. Makanya setiap kali ada perbincangan, pasti mereka akan bercakap seringkas yang mungkin. Dan habis semua urusan aku dengan pelanggan mereka yang uruskan.
Alhamdulillah.
Bukankah disebalik kesusahan ada kesenangan? Walau dalam keadaan aku yang serabut ini, aku rasa senang punya pekerja yang berkualiti. Dan aku tahu siapa pekerja aku yang berkualiti dan tidak.
"Nisa tak datang ke hari ni?" Tanyaku bila wajah itu tidak menyambut kepulanganku seperti selalu.
"Dah hang asyik halau dia. Kecillah hati dia." Jawab Mami.
"Baru sebulan dah putus asa. Nampak sangat tak ikhlas." Sindirku.
"Dia tu wanita mengandung. Jiwanya sensitif. Hatinya cepat terusik. Sebulan tu kira lama dah. Kalau Mami, tak kuasa nak pujuk." Balas mami semula.
"Hang tak fikir ke? Dia tu tengah sarat mengandungkan anak hang. Pagi-pagi dah terpacak dirumah ni sampai malam. Malam kena balik rumah mama dia balik. Fikir tak?" Tanya Mami dan sudah mula nak buka kelas bebelannya.
"Iwan tak suruh dia buat macam tu. Dia yang nak buat. Salah Iwan juga ke?" Balasku.
"Memang hang tak suruh tapi dia buat semua tu sebab nak tarik perhatian hang. Dia explain kat hang pun hang buat tak tau saja. Dia buat baik dengan hang, layan hang sungguh-sungguh. Hang balas apa? Hang sindir dia. Sakitkan hati dia. Pernah fikir dak?" Marah Mami.
Aku cebik. Mami kalau Nisa semua baik. Kalau aku tu, serba serbi tak kena. Nisa curang dengan aku pun, Mami tetap nak sebelahkan dia.
"Suka hatilah Mami. Aman juga dia tak ada." Bohongku.
Hakikatnya rindu mula mencengkam jiwa.

YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...