"Happy saja hari ni." Kataku.
Dia senyum.
Mahu aku tak pelik. Dah beberapa minggu dia buat muka beku. Buat muka tak ada perasaan. Hari ni senyum saja. Ada berita baik apa ni? Bukan, sebenarnya hati aku nak tanya, siapa yang berjaya mengembalikan senyuman diwajahnya? Tapi rasa sakit pula bila fikir ada yang berjaya buat dia kembali senyum. Siapa dia? Riz?
"Hidup kenalah sentiasa happy. Esok, cerita lain tapi hari ni cerita hari ini." Jawabnya.
"Betullah tu. tapi hairan macam mana boleh senyum manis sangat ni? Siap tunggu abang Iwan. Dua tiga minggu ni asyik kena tunggu dia je. Itu belum lagi muka kelat, tak ada perasaan." Tanyaku.
"Masa tu emotional unstable. Sekarang dah baik. Then i give back your Nisa." Katanya. Ketawa kecil tapi nampak kegirangan diwajahnya. Dengan suaranya yang manja. Betullah, aku dapat balik tengok Nisa yang aku kenal.
Your Nisa?
My Nisa?
Macam pelik saja ayat tu. kalau dulu rasa nak muntah tapi sekarng ni rasa berbunga pula. Apa sudah jadi dengan hati aku ni? Sudah sukakah? Biasalah kan? Suka lah. Share rasa gembira dengan orang lain. Tak ada maknanya sebab your nisa ke apa ke.
"So, Mr. Bos, hari ni is your free time. As per request. Hari Isnin masa untuk settle up everything dekat office." Katanya memulakan tugasnya sebagai PA aku.
"Macam tu, apa kata kita naik Cameron. Short vacation untuk raikan kembalinya Nisa yang saya rindu." Ujarku.
Idea sepontan. Bukan sebab Nisa tapi sebab aku rasa nak pergi Cameron Highland. Tapi tu lah, kenapa aku rasa kata-kataku itu terlalu jujur? Seakan sesuatu yang memang aku maksudkan.
Aku pandang dia bila tiada jawapan. Aku lihat dia sedang menaip sesuatu ditelefon bimbitnya. Aku kembali memandang ke depan. Memberi tumpuan pada pemanduanku. Seketika kemudian, dia sedang ditalian.
"Kak, Nisa ni. Ada apa-apa yang urgent tak untuk bos hari ni?" Dia diam seketika. Aku rasa dia sedang bercakap dengan salah seorang staff di pejabat.
"Okey." Itu saja jawapan dia dan terus matikan talian.
Sekali lagi dia mendail nombor telefon tapi aku tak pasti nombor siapa. Aku pun tak ada niat nak tanya. Dia tahu buat kerja dia. Jadi, biarkan saja.
"Assalammualaikum, Mami. Sihat?" Dia memberi salam bila taliannya bersambung. Telefon Mami rupanya.
"Alhamdulillah... Mami, abang Iwan ajak pergi Cameron. Balik harilah. Nak ikut?" Dia meminta izin Mami bagi pihakku.
Aku senyum. Kan aku kata, dia tahu buat kerja dia. Sejak dia jadi PA aku ni, kerja aku makin senang. Patutlah orang suka nak ada PA. Kenapalah dulu tak terfikir nak cari PA?
"Abang Iwan kata short vacation maknanya sekejap sajalah, Mami. Tak apa, nanti apa-apa Nisa update Mami, yea?" Katanya. Selepas berpamitan, dia mematikan talian telefonnya dan kembali mendail sekali lagi.
"Ini, abang Iwan kena cakap sendiri." Katanya kepadaku sambil membuka pembesar suara telefon bimbitnya dan diletakkan dekat dengan mulutku.
"Assalamualaikum, Nisa. Kenapa ni?" Suara disebelah sana.
"Waalaikumsalam. Abah, abang Iwan nak cakap dengan abah ni." Katanya sambil menarik tangannya dekat dengan mulutnya sebelum meletakkan kembali telefon bimbitnya dekat dengan mulutku kembali.
"Assalamualaikum, pakcik."
"Waalaikumsalam... Kenapa Iwan?"
"Iwan nak minta izin bawa Nisa pergi naik Cameron."
"Balik bila?"
"Insya Allah, petang atau malam kami turunlah."
"Kalau malam, tak payah turun. Tidur saja sana. Patah baliklah ambil baju. Buat spare in case kena spend a night kat sana."
"Tak apalah abah. Kereta abang Iwan ni kan umpama almari Nisa juga. Ada saja baju untuk emergency" katanya sambil menarik semula tangannya.
"Tak apalah macam tu. Jaga diri, jaga maruah. Iwan, jaga Nisa elok-elok." Pesan abah Nisa.
"Baik, pakcik."
Aku lihat dia sebentar. Senyum sambil membaca sesuatu didalam telefon bimbitnya. Siapa? Siapa yang buat dia senyum itu?
"Bos, kena pergi office kejap. Ada cek urgent nak kena sign. Kak Mai kata dia tunggu kat bawah saja. Urgent sebab dia dah janji nak release payment hari ni." Katanya. Aku hanya angguk.
Amcam mana pun, urusan pejabat mesti diberikan keutamaan. Ada orang boleh saja cakap, payment saja tapi pada aku, payment itu penting. Aku tak suka pekerja aku buat pembayaran lambat kepada supplier. Aku tahu yang setiap pembayaran itu amat penting untuk setiap peniagaan untuk buat pusingan modal. Aku pernah susah. Aku tahu kesusahan orang lain. Aku juga seorang peniaga.
"Kita pergi sarapan dululah" putusku selepas selesai urusan aku dengan akauntan syarikatku.
"Mestilah. Takkan nak tunggu sarapan dekat Cameron. Gastrik karang." Jawabnya.
"Aik? Ada gastric?" Pelik aku. Badan besar macam ni pun ada gastric? Bukan gastric tu sebab orang makan tak tentu masa ke? Yang tahan diri dari makan?
"Adalah." Jawabnya sambil senyum. Bukan, senyuman itu tak lekang dari aku ambil dia lagi.
"Macam mana pula boleh kena gastic? Abang Iwan tengok awak tu makan elok saja." Tanyaku.
"Dulu pernahlah nak jadi kurus. Makan sekali saja sehari. Makan pun sikit saja. Lepas tu tak ada makan benda ringan ke apa. Air kurangkan. Memang nampak kurus tapi tulah. Seminggu weh duk hospital. Kena masuk air. Makan pun bubur saja sebab badan dah tak boleh nak terima benda keras. Sejak tu, Nisa janji takkan kurus atau bercita-cita nak kurus. Insaf. Kalau abang Iwan nak suruh Nisa kurus, baik lupakan. Kalau tak nak kat Nisa sebab Nisa gemuk. Sila cari orang lain. Nisa memang tak nak kurus." Katanya sambil tayang giginya.
Aku hanya senyum. Memang aku nak cari lainlah ni. Memang bukan kau pilihan hati aku. Aku pun dah terasa macam nak kahwin dah ni. Masalahnya belum jumpa lagi calon yang sesuai dan menepati citarasa Mami. Kau saja yang menepati kehendak Mami.
Mami!!! Tolonglah jangan suruh kahwin dengan budak gemuk ni...

YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...