Part 4

7.8K 372 23
                                        

Ini lah nasib orang melawan cakap mak. Mama dah pesan jangan keluar. Aku tak nak ikut. Keluar juga. Rasakan. Kereta rosak. Kena pula tumpang dengan mamat yang aku baru kenal minggu lepas. Si Rizal.

Takkan nak bagi dia hantar sampai depan pintu rumah. Malulah. Jadi nak suruh dia berhenti dekat mana?

"Riz, berhenti dekat depan bus stand tu lah. Saya boleh jalan kaki balik ke rumah" Kataku.

Nanti dari bus stand tu, aku tahanlah teksi balik ke rumah. Tak pun, jalan kaki saja. Bukan jauh pun. Lagi 3 kilometer dah sampai rumah. Aku lebih rela penat kaki dari buat orang tahu rumah aku. Memang taklah.

"Tak apalah, I send you home. You just tunjuk saja dekat mana rumah you. I'll send you sampai depan pintu. Lagipun, bahaya awak jalan sensorang. Dah nak malam ni, orang selalu dah masuk rumah sebab hantu banyak berkeliaran time ni. Nanti kena kacau dengan hantu pula" Balas Riz cuba nak buat lawak.

Dia ketawa.

Aku langsung tak rasa nak ketawa. Kau tak tahu apa yang bakal kau dapat kalau mama atau abah nampak kau hantar aku depan pintu. Dan kau tak tahu macam mana bertepek tahi telinga aku ni kena taruk nak tahan bebelan mama.

'Paling utama, aku memang tak suka kawan-kawan aku tahu dekat mana aku tinggal'

"Tak apa. Awak hantar sampai sini pun dah cukup bagus. Lagipun, dah tak jauh rumah saya dengan bus stand tu" Kataku.

Tak jauh sangatlah tu... Bepeluh ketiak nak sampai rumah kalau jalan kaki. Itu belum lagi kes nak tercabut kaki sementara nak sampai ke rumah.

"Saya hantar"

"Tak apa. Situ saja"

"Saya kata saya hantar. Period!" Tegasnya.

"Kalau macam tu, lepas bus stand tu, ada trafic light depan masjid tu, awak masuk kiri." Arahku. Aku menunjukkan jalan kearah rumah teres berhadapan dengan Istana Klang.

Entah rumah siapa nak jadi mangsa aku ni. Riz pula ikut saja arahan yang aku berikan. Aku minta dia berhenti disebuah rumah teres 2 tingkat yang aku rasa cantik dari luar.

"Dah, saya turun ni, awak terus jalan tau. Saya takut nanti abang saya nampak. Habis muka handsome awak tu bengkak" Kataku dan segera bersedia untuk turun.

"Tak apa. Saya tunggu sampai awak masuk" Katanya.

"Tak payahlah. Terus pergi." Tegasku.

Aku turun dari kereta Toyota Vios TRD warna putih kepunyaan Riz. Aku fikir, aku mahu tunggu sehingga dia pergi, nanti baru aku berjalan kaki balik ke rumah tapi dia berkeras mahu tunggu aku sehingga aku masuk ke dalam pagar.

Sedang aku dan dia bercakaran untuk minta dia pergi, keluar seorang lelaki dari rumah itu. Lelaki itu muncul disebalik Honda Civic warna hitam yang diparking didalam pagar rumah. Dia membuka pintu pagar rumahnya dan Riz pula keluar dari keretanya.

"Maaflah, bang. Saya hantar adik abang ni. Kereta dia rosak tadi. Jadi saya tolong hantarkan" Kata Riz sewaktu bersalaman dengan lelaki itu. Lelaki itu pandang aku tajam. Aku buat muka seposen.

"Saya Riz." Riz memperkenalkan dirinya.

"Erm..."

Riz yang terasa aura tak sihat dari lelaki itu terus masuk ke kereta setelah meminta diri. Dia kemudian terus memecut keretanya.

"Sejak bila aku ada adik?" Tanyanya padaku.

Aku garu kepalaku.

"Siapa tu, Iwan?" Tanya seorang perempuan dari dalam rumah.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now