Part 21

5.4K 286 14
                                        

"Bos, Nisa keluar dulu." Katanya dan dah ambil telefon bimbit didalam almari.

"Pergi mana?" Tanyaku. Setahu aku, aku tak ada kata nak pergi mana-mana dan dia pun tak ada cakap kami kena kemana-mana.

"Lunch lah, bos." Katanya.

"Kita lunch nantilah, Nisa. Abang Iwan tak sukalah keluar time ni. Bersesak dengan semua orang." Kataku.

"Nisa nak lunch dengan Kak Mai. Dah janji ni. Nisa pergi dulu, ya?" Katanya tergopoh-gapah keluar tanpa izin aku.

"Nisa." Panggilku.

"Waktu lunch, bos. Bukan office hour." Katanya sebelum berpaling semula kearah pintu dan keluar.

Aku tunggu dia sehingga habis waktu makan tengahari. Sementara menunggu itu, aku lakukan kerja-kerjaku. Aku tak mahu memikirkan apa-apa. Aku takut makin aku fikir, makin banyak perkara yang berbangkit dan makin buatkan hati aku bertambah sakit.

Aku nakkan hubungan aku yang mesra dengan Nisa yang dulu. Sebelum kehadiran Lukman. Aku suka waktu itu. Walaupun aku dalam misi dan niat yang tak baik tapi jiwa aku tenang dan hati aku berisi. Hidup aku juga terasa macam penuh dengan kebahagiaan.

Dulu mungkin aku ingat sebab seronok mainkan Nisa tapi sekarang aku tahu rasa itu kerana perasaanku yang mencintai Nisa sepenuh hati. Aku juga mula percaya yang aku sukakan Nisa sejak aku melihat senyuman itu sewaktu dilampu isyarat dulu.

Tepat pukul 2 pm, Nisa muncul. Senyumannya mekar dibibir. Aku pandang dia. Dia terus duduk ditempatnya. Pandangan aku masih kearahnya walaupun didepan aku punya dokumen yang sedang aku semak.

"Pergi ambil wuduk. Kita solat dulu." Arahku.

"Nisa dah solat tadi." Jawabnya. Aku tarik nafas dalam. Sabar.

Aku masuk ke bilik air yang berada didalam bilikku. Wuduk. Keluar dan solat ditempat khas yang aku sediakan untuk aku dan Nisa solat. Tapi hari ni, aku solat sendiri.

Sebenarnya bukan hari ni tapi sejak akhir-akhir ni. Aku selalu dibiarkan tanpa dia. Rutin yang dulu berdua kini dah bukan lagi rutin. Kalau dulu dialah PA dan dilah kekasih, kini aku hilang kekasih. Hanya ada PA. Entah kemana kekasih hatiku itu pergi.

Usai solat, aku duduk dihadapannya. Lama aku pandang dia. Dia buat tak tahu saja. Seakan aku tak ada didepannya. Sibuk dengan kerjanya. Entah kerja yang mana. Rasanya bilan ni aku sangat lapang dan sebenarnya kami memang sangat lapang. Tapi dia punya sibuk mengalahkan time kerja tengah banyak.

"Nisa, jom teman abang Iwan makan." Ajakku. Menarik perhatiannya.

"Nisa dah makan, abang Iwan pergi sendiri sajalah." Balasnya.

"Jomlah. Tak bestlah makan tak ada Nisa." Memang sunyi makan tanpa dia.

"Carilah tempat yang best." Balasnya masih tidak memandang aku.

"Tempat tak best pun jadi best bila ada Nisa." Ujarku masih lagi memujuknya.

"Macam tu, next time, Nisa bungkus untuk abang Iwan. Abang Iwan makan saja dekat sini." Balasnya. Selamba.

"Nisa, jomlah. Abang Iwan lapar ni." Rayuku.

"Office hour lah abang Iwan." Katanya.

Aku tarik nafas. Geram pula.

"Nisa, jom. Saya nak keluar." Aku ubah rentak mengikut rentaknya. Waktu pejabat yea? Kau lupa ke yang kau tu PA aku?

"Abang Iwan..." Nisa menyebut namakan seperti sudah macam menyampah dengan desakanku.

"Nisa lupa ke yang Nisa tu PA abang Iwan?" Kataku mengingatkan dia tentang jawatannya itu.

Dia mengeluh. Menarik nafas dalam dan mula mengangkat kepalanya memandang aku yang sudah berdiri. Pandangan itu seakan merayu untuk tidak ikut sama. Aku buat tak tahu. Aku betulkan kemejaku dan aku berjalan kearah mejaku untuk mengambil barang-barangku. 

Aku lihat, dia juga sudah mengambil telefon bimbitnya dan sudah berdiri. Aku keluar dari bilik tanpa mengajaknya seperti selalu. Saja nak guna kuasa seorang bos. Selama ini aku layan dia seperti seorang kekasih tapi hari ini keluar aura bos bila dia terlalu degil.

Aku tau dia ikut aku rapat dibelakang. Sengaja aku berhenti mengejut sehingga dia terlanggar belakangku. 

"Sorry" Ucapnya. Aku senyum.

"Jalan sebelah abang Iwan" Arahku. Tapi dia buat tak tahu saja. 

Aku pun sudah malas mahu memaksa. Suka hati dia lah. Terlampau degil sekarang ni. Macam-macam cara dia buat yang menguji kesabaranku. Mujur aku ini memang penyabar orangnya. Kalau tidak, dah lama aku debik budak ni.

Kami tak pergi makan jauh pun. Berjalan kaki ke restoran berhampiran dengan pejabat. Restoran berhawa dingin ini memang selalu kami kunjungi untuk mengisi perut bila kerja terlalu banyak di pejabat. Restoran ini juga menjadi pilihanku bila ada rakan perniagaan yang hadir untuk diajak makan.

Selesai aku isi perut, aku pandang dia yang hanya memesan air. Dari masuk sampai sekarang, langsung dia tak pandang aku walaupun aku dihadapannya. Matanya melilau kearah lain. Aku pandang dia pun, dia buat tak nampak saja. Tak ada respond langsung.

"Nisa marahkan abang Iwan ke?" Tanyaku. Sejak aku sedar perasaanku, aku jadi terlebih concern pasal perasaan dia. Kalau dulu, aku selalu buat tak tahu tapi tidak sekarang.

"Mana Nisa berani nak marah bos. You are the bos. Everything is as you wish."  Jawabnya.

"Nisa, abang Iwan tanya as your lover. Not as your bos." Lembut aku memberitahunya.

"Sekarang waktu kerja"

"Nisa"

"Nisa tak sukalah abang Iwan buat Nisa macam ni. Nisa pun ada hati dan perasaan. Kalau abang Iwan memang tak suka Nisa, cakap saja. Nisa pun dah penatlah macam ni. Nisa tau Nisa ni tak padan dengan abang yang handsome and smart. Dulu lagi Nisa dah cakap. Kita macam beauty and the beast. Bezanya abang Iwan Si Kacak dan Nisa Si Raksaksa. Abang Iwan tak nak dengar. Sekarang ni kalau ikutkan hati Nisa, Nisa nak berhenti kerja. Nisa tak laratlah nak tanggung perasaan macam ni. Nisa pun sedar bukan Nisa pilihan abang Iwan. Tapi Nisa sedar dah lambar sebab Nisa dah terlanjur cintakan Abang Iwan. Nisa ingat kalau Nisa stay dengan abang Iwan, hati abang Iwan akan terbuka untuk Nisa tapi rupanya silap. Nisa ni dah jadi macam beban untuk abang Iwan. Jadi bahan mainan abang Iwan." Luah Nisa bersama linangan air matanya. 

Saat itu hati aku juga menangis. Nisa tak pernah luahkan semua itu. Selama ini dia simpan bebanan dalam hatinya. Aku rasa nak peluk dia untuk tenangkan dia. Aku rasa nak lap air mata dipipinya. Aku nak pujuk dia.

"Abang Iwan sayang Nisa. Abang Iwan..."

"Cukuplah abang Iwan. Nisa dah tak nak dengar semua bohongan abang Iwan tu. Tak payah nak berlagak romantik sangat. Jangan luahkan apa yang tak ada dalam hati abang Iwan tu. Nisa sakit nak dengar." Luah Nisa lagi memotong kata-kataku.

"Nisa, dengar apa abang Iwan nak cakap." Aku rayunya supaya dengar dulu apa yang ingin aku luahkan. Dia mengangkat tangannya. Menunjukkan tapak tangannya kemukaku.

"Tak payah. Nisa putuskan hubungan kita dan Nisa letak jawatan notis 24jam berkuatkuasa dari sekarang. Kalau pihak syarikat nak saman Nisa, silakan. Nisa dah tak sanggup nak tahan hati dan dengar semua omongan kosong abang Iwan tu. Jangan cari Nisa lagi. Nisa minta halalkan semua yang abang Iwan dah berikan pada Nisa." Kata Nisa dan terus berlalu. 

Terkedu aku saat itu. Aku tak tahu nak buat apa. Bila aku sedar yang aku perlu kejar dia, dia sudah tiada didepan mataku.

Aku segera menjelaskan bil dan berlari menuju ke kereta. Aku pandu ke rumah NIsa. Tiada siapa dirumah. Berkali-kali aku tekan loceng rumahnya. Tetap juga tiada siapa yang buka.

Aku pandu kereta ke studio Farina. Aku fikir mungkin dia ke sini. Tetap juga tiada. Berkali-kali aku tanya mereka tapi berkali-kali juga mereka kata mereka tidak tahu.

Nisa, Nisa pergi mana?

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now