Aku ada rahsia.
Rahsia yang gelap dan kotor.
Aku seorang yang berdosa. Kerana aku dah jatuh cinta kepada abangku sendiri. Abang kandung, bukan abang angkat atau bukan abang tiri. Aku tahu, ianya memang perasaan yang kotor. Tapi aku tidak mampu menafikan semua ini.
Sebab perasaan ini lah, cukup sahaja umurku untuk tinggal sendiri, aku terus beli apartment dan pindah dari rumah utama mama dan papa. Aqil tak boleh tahu. Mereka tak boleh tahu. Tak boleh tahu! Maksud aku, tentang perasaan tak sihat aku ni.
Aku masih ingat lagi bila pertama kali menyedari tentang perasaan ini. Waktu zaman remaja dulu, apabila Aqil telah memilih untuk meluangkan masa bersama kawan lelaki DAN perempuan daripada bersama aku.
Aku marahkan Aqil sampai terluah kata-kata kesat. Tapi Aqil sangat baik, sejak dari hari tu dia berjanji akan mengutamakan aku dari kawan-kawan dia.
Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar Dia mampu mengampunkan dosaku. Tapi, perasaan cinta ini terlalu degil.
Aku tahu aku sangat selfish bila aku pernah berharap kami tiada talian darah. Kertas sijil ujian kesepadanan DNA Aqil dan mama papa aku ku ratap seperhatian mungkin.
Kemungkinan kesepadanan DNA : 99.99%
Argh, akhirnya sijil pengesahan itu ku simpan di almari laciku. Di bahagian bawah sekali. Memang aku tak percaya kami adalah adik beradik kandung sampai aku pergi ku bawa ke ujian DNA segala.
Apa? Salah kah aku kalau aku berharap miracle will happen to me? Ugh, lame nya!
Rambutku ku sasar ke belakang, menatap gambar keluarga yang berdiri elok di atas almari perhiasanku. Senyuman Aqil menjadi charm harianku.
Akan wujudkah satu hari nanti bila aku akan jatuh pada orang lain selain abang aku sendiri?
Well, aku harap lah.
Sedih juga lah, berjauh dari Aqil. Tapi hati ni kena cekal. Ya, mesti cekal. Abang dan adik tak boleh bersama, dari segi agama Islam argh, dari mana-mana agama pun, abang dan adik tak boleh bersama.
"WHAT?!," habis berdengung segala isi rumah sunyiku. Makanan yang masih berada di dalam mulutku ada yang terhembur. "Ma, no way!,"
"Yes way, kan apartment kamu tu ada dua bilik kosong lagi, apa salahnya abang kamu menginap di sana?," no no no, salah, ma. Salah sangat, ma!
"Ma, abang tu lelaki,"
"Aqil tu, abang kamu, apa salahnya?," suara mama ku dengar agak kacau di balik telefon. "Rina, sejak bila kamu jadi kedekut ni?,"
"No, ma. Rina tak nak abang Aqil menginap di sini, please ma," rayuku. Aku mengeluh panjang, kerana nak menghindari Aqil lah aku lari dari rumah utama. "Not fair,"
"Abang kamu tu dah lama cari rumah sewa di Gadong tu, senang pergi kerja, mama kesian kerna dia asyik awal bangun dari Putat ke Gadong," jelas mama. No! No!
"Dia boleh tumpang rumah kawan dia ma,"
"Rina,"
"Apa?,"
"Kamu ada sembunyikan sesuatu dari mama dan papa ke?,"
"What? No!," bohongku cepat. Mati hidup semula pun aku tak akan sama sekali memberitahukan hal ini.
"Kamu bawa lelaki ke rumah ya?,"
"What? No!!,"
"Dadah?,"
Ya Allah, ibundaku tersayang. "Tidak ma, tidak!,"
"Habis, kenapa kamu menolak habis-habisan ni?,"

YOU ARE READING
Garisan
RomanceCerita yang berkisar mengenai Arina Nadirah yang menyimpan perasaan cinta kepada abang kandungnya sendiri, Khairul Aqil. Dugaan Allah itu hebat, Arina diuji tinggal serumah bersendirian dengan abangnya yang masih kelu tentang perasaan adiknya. Muncu...