Misteri Haikal Sulaiman II

933 13 0
                                    

Sesungguhnya tidak seorang pun yang menyangkal bahawa Nabi Sulaiman as telah membina tempat suci untuk beribadah kepada Allah; tidak dinafikan bahawa bangunan tersebut pun menjadi salah satu rumah Allah. Oleh kerana itu, Allah menyebutnya dalam al-Quran sebagai al-Masjid al-Aqsa sebagaimana yang terdapat di awal surah al-Isra.

Orang-orang Yahudi pada hari ini berusaha keras untuk membuktikan bahawa Haikal Sulaiman sebagaimana yang dibina oleh Nabi Sulaiman berada tepat dan terkubur pada lokasi Masjid al-Aqsa hari ini dengan luas yang sama.

Gambar rekaan bangunan Haikal Sulaiman seperti yang disiarkan oleh orang-orang Yahudi kepada dunia sebenarnya tidak memiliki sumber yang jelas. Selain itu, reka bentuk dan perhiasan bangunan yang ditampilkan menjadi pertanyaan di kalangan arkeologi; kerana jelas-jelas bercorak Rom, jauh berbeza dengan bentuk bangunan yang dikenali pada zaman Nabi Sulaiman.

Dari sisi lain, perkataan Haikal berasal dari bahasa Sumeria 'aikal', kemudian di'arab'kan menjadi Haikal yang bermaksud bangunan besar. Kemudian lebih umum digunakan sebagai bangunan besar untuk beribadah. Kerana itu, rumah ibadah yang dibina oleh Nabi Sulaiman disebut 'Aikal'.

Kita umat Islam beriman bahawa Nabi Sulaiman bin Daud as yang mendirikan Masjid al-Aqsa. Orang Yahudi menyebutnya 'Haikal', dan kita menyebutnya 'Masjid'.

Imam Ahmad dalam Musnad-nya dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Amru bin al-‘Ash bahawa Rasulullah saw ­bersabda,

“Tatkala Sulaiman bin Daud selesai membina Baitul-Maqdis, dia berdoa kepada Allah meminta tiga perkara: Hukum yang sesuai dengan hukum-­Nya; kekuasaan yang tidak dimiliki oleh seorang pun setelah dia; dan tidak seorang pun yang mendatangi masjid ini semata-mata untuk solat, melainkan dihapuskan dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya. Rasulullah berkata, ‘Adapun yang dua, sesungguhnya Allah telah mengabulkannya, aku berharap baginda juga diberi yang ketiga'.”

Masjid al-Aqsa yang ada sekarang dibina di atas runtuhan Masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman as, yang disebut Haikal oleh orang Yahudi. Tetapi sumber-sumber Yahudi sendiri saling bertentangan dalam menjelaskan keluasan dan spesifikasi atau perincian Haikal.

Dalam kitab Hezkel (42 : 15, 19) dijelaskan bahawa panjang setiap pagar luar ialah 500 qasbah sehingga luas keseluruhannya ialah 2.5 km persegi. Padahal pada ketika itu, luas Masjid al-Aqsa tidak lebih dari satu kilometer persegi. Inilah diantara bukti ketidakbenaran tuduhan orang‑orang Yahudi.

Pertentangan serupa juga terdapat antara perjanjian lama dan sumber-sumber Yahudi; keterangan yang terdapat dalam Safar Raja-Raja Pertama (6:3) berbeza dengan yang disebutkan dalam Berita Hari-Hari Kedua (3:3).

Selain membuktikan penipuan dakwaan Haikal Sulaiman versi Yahudi, pertentangan itu juga membuktikan bahawa kitab-kitab tersebut bukanlah kitab suci yang murni dari Allah; mustahil percanggahan seperti ini dilakukan oleh Allah SWT.

Sesungguhnya dalih orang-orang Yahudi dalam melakukan penggalian di bawah masjid al-Aqsa dalam rangka mencari dan meneliti tapak peninggalan Nabi Sulaiman adalah penipuan belaka, kerana Masjid al-Aqsa berada di daratan tinggi yang terdiri atas batu-batuan, bukan tanah atau padang pasir. Dengan demikian mustahil dibawahnya tertimbun tapak peninggalan Nabi Sulaiman.

Gambar Haikal yang disiarkan oleh Yahudi sendiri pun menggambarkan posisinya berada di dataran tinggi dikelilingi oleh pagar pada keempat sisinya seperti Masjid yang ada sekarang. Oleh kerana itu, dapat disimpulkan bahawa tujuan sebenarnya dari penggalian yang mereka lakukan di bawah Masjid al-Aqsa adalah untuk membuatkan tanah tapak Masjid menjadi tidak stabil supaya runtuh.

Jika Masjid telah runtuh, maka Masjid tersebut akan tinggal puing-puing dan sisa-sisanya, sehingga status kita umat Islam sama dengan mereka, sama-sama tidak memiliki bangunan dan hanya tinggal tapak bersejarah. Kemudian masing-masing, baik kaum Muslim mahupun Yahudi sama-sama mengajukan hak untuk membina kembali tempat suci di sana.

Selain itu, penggalian ini juga dalam rangka usaha menemukan kembali tulang-belulang Yasu’ dan harta peninggalan Nabi Sulaiman yang mereka yakini terpendam di sekitar lokasi ini.

Patut diketahui bahawa Quds, berdasarkan piagam antarabangsa tidak dianggap sebagai kota Arab mahupun Yahudi, tetapi di bawah kuasa 'Amnesty International' (AI), kerana kewujudannya sebagai warisan peradaban dunia.

Berdasarkan resolusi tahun 1947, yang bermaksud bahawa masyarakat antarabangsalah yang berhak menentukan bangunan apa yang harus dibina kembali jika Masjid al-Aqsa betul-betul runtuh. Jika itu terjadi, kita dapat menjangka ke arah mana pilihan “masyarakat antarabangsa” tersebut di arahkan.

Oleh sebab itu, umat Islam harus berwaspada dengan tipu daya Yahudi, wajib kita menyatukan suara menghalang tindak-tanduk orang-orang Yahudi yang membabi buta terhadap tanah dan Masjid yang diberkahi Allah. Sesungguhnya perkara ini merupakan amanah di bahu kita.

Apabila kita tidak lagi menjumpai Masjid al-Aqsa di tempatnya, lalu kita pun menyesal, tetapi penyesalan di waktu itu tidak lagi berguna....

Wallahua'lam...

Wallahua'lam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Yang MisteriWhere stories live. Discover now