Annunaki, "Makhluk Asing" yang memerintah dunia purba Sumeria yang dikaji Para Pengkaji Barat dan dikatakan bakal kembali semula ke bumi suatu hari nanti sebenarnya adalah satu dari 5 Kultus Djinn yang pernah membuat deklarasi perjanjian kerjasama dengan Raja Sulaiman.Lebih dikenali sebagai Nabunarki iaitu Raja Pertama mereka dari Bangsa Ifrit. Klan dari langit yang sangat terkenal dengan Teknologi dan Arkitektur luar biasa.
Di mana kebanyakan Monumen Binaan luar biasa purba seperti Menara Babel, Taman Tergantung, Piramid Pertama, Kapal Vimana malah Haikal Sulaiman sendiri menggunakan kepakaran Bangsa Ifrit.
Dikatakan selepas deklarasi Perjanjian untuk tidak berperang dengan manusia oleh Kultus Djinn utama dari serata Alam yang dilangsungkan di Majlis Al Djinn, Raja Nabunarki telah memberi gambaran bahawa beliau akan kembali sekali apabila perjanjian itu terbatal dan tablet perjanjian itu musnah jatuh ke tangan pihak yang salah. Sama seperti yg tercatat dalam catatan batu bersurat Purba Sumeria.
Perjanjian itu kini dipantau Quftus, Duta Djinn yang berkhidmat dibawah Raja Sulaiman dari Baginda mangkat hingga ke hari ini setia berdiri tanpa berganjak di hujung sempadan antara alam manusia dan mereka.
Adakah kita akan diserang satu hari nanti. Kita tunggu perang akhir zaman.
Nota:
Satu2nya Scene Filem bertajuk Annunaki dari Karyawan Russia yg juga pengkaji Sejarah, Zacharia Sitchin filem yg sepatutnya ditayangkan pada 2005 tapi telah diharamkan penayangannya diseluruh dunia termasuk Hollywood sendiri.


YOU ARE READING
Yang Misteri
Mystery / ThrillerDi dunia yang penuh misteri. Tiada yang mustahil semuanya kuasa Allah swt. Ada yang perlu kita percaya ada yang tidak. Skop membaca luas jangan sempitkan pembacaan anda. So boleh baca sekadar hiburan dan jangan kecam tau. Aku hanya berkongsi sesuatu...