Astrolab

554 22 1
                                    

ASTROLAB: KOMPUTER SAKU UMAT ISLAM PADA ABAD PERTENGAHAN

Umat Islam di abad pertengahan ternyata sudah ada 'komputer ajaib' yang boleh membantu mengetahui waktu dan kedudukan benda-benda di angkasa, membantu dalam pelayaran, ketepatan kalendar, menganggarkan gerhana, bahkan mengukur bumi.

Komputer ini umumnya tidak besar, bentuknya bulat seperti jam saku dengan diameter 15 cm saja (ada beberapa yang dibuat dalam skala besar). Astrolab, demikian namanya.

Astrolab merupakan peranti astronomi yang paling penting sebelum era teleskop muncul. Ilmuwan abad pertengahan di Timur Tengah, khususnya umat Islam telah menggunakan alat ini untuk pelbagai perkara.

Astrolab secara prinsip sebenarnya sudah ada sejak sekitar 150 SM. Namun, bentuk fizikalnya baru muncul kira-kira 400 M. Alat ini menjadi bahagian penting di zaman Islam sejak tahun 800 M.

Astrolab terdiri dari sebuah model langit yang tertera pada plat logam melingkar. Di sekeliling lingkar luar plat logam itu terukir skala darjah, atau penanda waktu.

Jarum penunjuk yang boleh dimainkan (putar peranti) digunakan untuk menentukan ketinggian suatu bintang ketika peranti ini diangkat setinggi lengan dan teracung (tertuju/tertumpu). Hasilnya kemudian terbaca pada ukuran berskala.

Dengan astrolab ini, penggunanya juga boleh mengenali bintang-bintang, meramal bila matahari terbit dan tenggelam setiap hari, menentukan jarak ke Mekah, mengukur tanah, menghitung tinggi objek, hingga belayar!

Tak hairan, umat Islam masa itu menjadi pengembara baik di darat atau laut. Melalui merekalah, akhirnya astrolab diperkenalkan kepada bangsa Eropah melalui Sepanyol (Moor).

Walaupun bangsa Yunani dulu sudah meyakini bentuk bumi adalah bulat, entah mengapa pada perkembangannya bangsa-bangsa di Eropah lebih menerima pendapat bumi rata. Mata mereka mulai terbuka setelah Copernicus dan Galileo-Galilei memberi bukti bumi bulat.

Padahal dalam Perjanjian Lama, kitab suci umat Kristian sendiri sudah menulis tentang bumi itu bulat. Demikian juga Quran meyakini bentuk bumi pun bulat.

Saintis-saintis muslim membuktikan iman mereka dengan penyelidikan lanjut, di antaranya melalui astrolab ini.

Sekitar abad 9 M, ketika umat Islam menguasai separuh dunia, naskhah-naskhah ilmiah seperti karya astronomi Yunani Ptolemy diterjemahkan ke bahasa Arab.

Dinasti Abbasiyah juga mendapatkan naskhah-naskhah Sanskrit yang kaya dengan maklumat tentang matematik, astronomi dan ilmu pengetahuan yang lain.

Observatorium juga banyak dibina di bandar-bandar tempat tamadun Islam berada. Di tempat ini, para saintis mempunyai pelbagai alat yang paling canggih masa itu seperti astrolab, kuadran, sekstan dan jam matahari.

Penetapan Mekah sebagai kiblat mendorong cendekiawan Muslim mempelajari ilmu falak. Sejak abad 13, banyak masjid yang dibina menugaskan seorang ahli astronomi profesional (muwaqqit) untuk menentukan arah kiblat secara tepat. Komputer saku astrolab jadi panduan utama.

Tidak itu saja, ilmuwan Muslim boleh menentukan tarikh dan hari-hari raya untuk ibadah berdasar pengamatan pada peredaran bulan dan matahari, dan mereka juga boleh membantu orang yang akan naik haji merancang laluan perjalanan yang paling berkesan ke Mekah.

Ini satu contoh ilmu mutakhir yang hingga kini diakui kebenarannya;

- Pada tahun 1031, Abu Raihan al-Biruni sudah menyebutkan kemungkinan bahawa planet-planet berputar mengikut orbit yang elips, bukan bulat.

MENGUKUR BUMI

Pengembangan Islam ke berbagai belahan bumi menciptakan pembuatan peta bumi, termasuk pembuatan globe. Para pembuat peta berusaha keras melakukan pengukuran yang tepat.

Khalifah al-Makmun pernah mengutus dua pasukan kajian ke Gurun Syria dilengkapi astrolab serta tongkat dan tali pengukur. Dua pasukan tersebut berjalan berlawan arah hingga mereka melihat satu darjah perubahan ketinggian Bintang Utara.

Hasil perhitungan mereka menunjukkan bahawa jarak yang mereka tempuh sama dengan satu darjah garis Lintang, atau 1/360 keliling bumi.

Setelah pengiraan dilakukan, keliling bumi dari kutub ke kutub adalah 37,369 kilometer. Perhitungan ini sangat hampir dengan hasil teknologi moden zaman sekarang, yakni 40,008 kilometer!

Maka kesimpulannya, tidak mustahil tamadun Islam saat kegemilangan dulu tersebar hingga ke hujung bumi, dan bahkan (boleh jadi) sampai ke Amerika.

Sumber:
Awake! Magazine
astrolabes

Yang MisteriWhere stories live. Discover now