PENDEK! 彡HA SUNG WOON彡 (LAST: Chap 4)

112 7 2
                                        

Minsoo menutup kepalanya dengan hoodie. Dia tak mahu dirinya di kelihatan orang. Kakinya berjengking-jengking dan terus berlari ke arah tiang lampu sambil melihat kiri dan belakangnya. Ok! Line clear~

"Akk!" Belum sempat dia hendak berjalan, dia sudah melanggar seseorang.  Aplah nasib malang dia pagi-pagi ini. Nak pergi sekolah je, rasa macam di perhati orang. Minsoo mendonggak untuk  melihat orang yang dia langgar tadi. Terkejut kepalang. Ha Sung Woon!

"Asal kau tengok aku macam nampak hantu, ha!?" soal Sungwoon.

"A-ani! Aniyo~" Boleh sesak nafas dia saat itu dengan kehadiran Sungwoon.

"Kau apa hal ada dekat sini!?" 

"Inikan laluan aku nak ke sekolah. Kau dah lupa ke?"

Terdiam seketika. Minsoo terlupa, laluan yang selalu dia guna itu adalah hampir dengan kawasan rumah Sungwoon. Aa~ Bodohnya kau! Sungwoon memandangnya dengan hairan. Demam ke anak orang ni? Telapak tangannya terus diletakkan di dahi Minsoo. Merah padam jadinya. Malu dia dengan perbuatan Sungwoon itu.

"Apa yang kau buat ni, ha!?" marah Minsoo lalu menepis tangan Sungwoon.

"Chit! Itu pun nak marah. Oh, ya~ Yang kau cakap semalam tu.. Kau cakap, kau sukakan aku. Betul ke?" Tanya Sungwoon dengan selamba.

"A-ani!" Wajah Minsoo makin merah.

Sungwoon tersenyum sinis.

"Habis? Muka kau merah, asal?"

Terkejut Minsoo lalu menyentuh pipinya.

"Ani! Kau merepek apa ni? Aku panas la~" Minsoo cuba berbohong.

"Pala hotak kau! Sekarang ni kan musim sejuk."

Minsoo mengetap bibirnya. Nak menipu pun tidak di masuk dek akal. Sungwoon tersenyum. Dia dapat idea untuk mengenakan Minsoo.

"Kalau macam tu... Saya terpaksa buat ni."

"Buat apa?" Berkerut dahi Minsoo. Dia makin risau dengan kelakuan pelik Sungwoon itu.

Sungwoon terus mengucup bibir Minsoo. Terkejut Minsoo. Matanya terus melihat Sungwoon dengan riak wajah yang terkejut. Sungwoon tersenyum lalu mencium bibir Minsoo. Jadi kaku Minsoo seperti patung. Kalau boleh, dia mahu menjerit sekarang ini. Sungwoon tersenyum melihat wajah Minsoo yang semakin kemerahan.

"Bingo!"

Berkelip-kelip mata Minsoo seketika. Dia kelihatan sedar dari lamunannya. Sungwoon tersenyum puas.

"Betul tekaan aku."

"Kalau betul pun... Apa yang kau nak buat?" tanya Minsoo yang cuba berlagak seperti berani.

"Bukak kasut tu!" Arah Sungwoon yang memandang ke kasut Minsoo.

"Huh?!"

Sungwoon terus mencabut kasut Minsoo dan mengambil sesuatu di dalam kasutnya itu. Dia tersenyum apabila menjumpa span tinggi 2 inci di dalam kasut Minsoo. Oh~ Menipu aku ye. Minsoo yang terkejut cuba mengambil span itu dari Sungwoon tetapi cepat dia menyorok di belakangnya.

"Ya~" marah Minsoo.

"Tengok cara kau berdiri pun tak stabil. Nampak sangat kau tu... PEN DEK."

Minsoo mengigit bibirnya.Geram pula dia dengan Sungwoon ini. Pasti dia pula yang jadi bahan gelak Sungwoon apabila rahsianya sudah terbongkar.

"Bagi balik!"

"Tak boleh."

Sungwoon terus berlari dengan membawa kasut Minsoo. Minsoo langsung mengejar lelaki itu.

"Pen. dek!" Sungwoon mula mengejeknya.

"Mworago!? Ya!" marah Minsoo.

Ah! Dia tidak suka jadi bahan ejekkan. Itu lah selalu sakat orang lagi. Kan dah kena batang hidung sendiri. Sungwoon ketawa. Bagus juga dia kenakan perempuan itu balik. Tidak tahu pula dia Minsoo ada menyimpan perasaan terhadapnya.
















Setiap hari, setiap kali berjumpa pasti Sungwoon menyakat Minsoo. Dia seperti membalas dendam pada gadis itu. Minsoo pula berusaha larikan dirinya dari Sungwoon. Lagi dia malu hendak berjumpa Sungwoon.

"Annyeong PENDEK!" tegur Sungwoon dengan senyuman nakal dibibir.

"Haish~ Bila lah benda ini nak berakhir!" Minsoo mengeluh sendiri.

Laju langkah dia pergi ke arah kantin. Sungwoon tersenyum. Dia mahu mengutuk gadis itu seperti mana Minsoo buat padanya dulu. Mungkin caranya dia hendak meluahkan rasa rindunya pada gadis itu. Kalau dia bersedia nanti, baru dia luahkan perasaanya pada Minsoo.

-TAMAT-

HA SUNG WOON

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HA SUNG WOON

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Dah tamat.. 🐰

Tunggu ff yang seterusnya ok~ 🐱

PENDEK!

[BOOK 1] Always with Produce 101 BoysWhere stories live. Discover now