WRONG PERSON?! 彡Lee Woojin彡 (Chap 3)

152 13 0
                                        

[Woojin Kecik]
Woojin berjalan melalui hendak ke bilik audition untuk lepas peringkat yang seterusnya. Hatinya terasa berdebar saat itu. Takut kalau-kalau dia gagal untuk peringkat yang seterusnya.

Woojin melihat semua peserta-peserta uji bakat itu. Ada yang menggelabah tahap gaban, ada sedang prektis menghafal lagu dan gerak tarian dan ada yang begitu yakin dengan diri. Semua peserta di situ membuatkannya lagi gementar.

"Lee Woojin?" panggil staf yang menguruskan audition tersebut.

"Nae!" dengan bersemangatnya Woojin menjawab.

"Giliran kamu pula."

Woojin mengangguk lalu bangun dari tempat duduknya dan berlalu masuk je dalam bilik audition itu. Dia berharap sangat yang dia tidak membuat salah kali ini.

[Woojin Hyung]
Woojin mengeluh saat itu. Dia tak dapat pergi uji bakat itu kalau surat tawaran itu tak jatuh ke tangan orang lain. Kalau tak, hari ini dia sudah pergi ke syarikat tersebut.

Dia masih memundar-mandir memikirkan sesuatu. Apa yang dia patut lakukan. Adakah patut dia pergi sahaja syarikat tersebut menanyakan tentang surat tersebut atau membiarkan sahaja?

"AAHHHHH!!!!!" Woojin menjerit untuk melepaskan tekanannya.

Pening dia untuk memikirkan hal sebegini. Kalau ibunya tahu dia hanya duduk saja di rumah pasti dia akan di maki. Menjerit terlolong-lolong seperti terkena histeria. Ibunya pula pening kepala dengan perangai anaknya ini.

"Ok! Keputusan muktamad! Aku akan pergi syarikat itu! Aku tak kira! Kena maki ke tak ke?! Aku tak kira!"

Laju sahaja Woojin memakai baju sejuk dan mengambil beg dompetnya. Terus dia keluar dari rumah untuk pergi ke syarikat tersebut. Kalau duduk saja, perkara ini takkan selesai.

[Woojin Kecik]
Woojin mengucap terima kasih kepada pengarah syarikat, pengarah produksi dan staf-staf yang berada di dalam bilik audition tersebut. Tak sangka dia boleh lepas ujibakat itu dan tak sabar dia untuk menjadi artis k-pop seperti BTS, EXO, SEVENTEEN dan banyak lagi.

Selepas ini dia harus duduk di asrama syarikat itu untuk menjalani latihan sebagai pelatih sebelum menjadi artis kelak. Itu lah bekalan yang dia akan bawa bila sudah bergelar artis nanti.

Dengan senyuman yang terukir di bibir dia tersadung jatuh ke lantai. Entah apa yang dia langgar sampai terjatuh. Dia terus menoleh mencari sesuatu yang dia langgar tadi. Senyuman yang sinis itu dapat dia menekanya.

"Ya~ Waeyo? Buat saya macam ni?" tanya Woojin dan terus bangun dari jatuhnya lalu menyapu sedikit bajunya.

"Ini yang sepatutnya kau dapat!" ujarnya dan berlalu pergi.

"Yash! Dah lah pendek! Tak reti nak mintak maaf pulak tu!" jerit Woojin apabila tahap kesabarannya sudah hilang.

Dia tidak suka orang membencinya kerana tanpa sebab dan membalas dendam padanya. Kalau tak puas hati, terus terang apa susah sangat.

"MWORAGOOO?!!"

[Woojin Hyung]
Woojin sudah tiba di syarikat tersebut. Syarikat itu besar sangat. Nak cari pejabat pun dia tak tahu. Takut dia kalau sesat di syarikat tersebut.

"Aa.. Jeogiyo. Pejabat dekat mana?" tanya Woojin pada salah seorang staf yang berada di kaunter pertanyaan.

"Encik naik lif yang berada di sebelah kiri ni dan pergi ke tingkat 3. Di situ ada plan bangun dan Encik boleh tengok lah di situ."

Woojin hanya mengangguk saja. Tetapi di dalam hati sudah menyumpah staf itu bukan-bukan. Geram pun ada juga dengan perangai staf itu. Dengan muka yang kerek dan tiada senyuman langsung. Sombong betul!

Woojin berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih pada staf tersebut. Malas dia cara dengan orang macam tu. Sampai di dalam lif, dia menekan butang yang tertera nombor 3.

Tiba sampai di tingkat 3, dia langsung keluar dan berjalan ke arah plan bangunan itu. Setelah dapat tahu ke keberadaan pejabat, laju saja langkahnya mencari pejabat.

Matanya tajam melihat kelibat seorang budak yang amat dia kenali. Ia! Dia kenal dengan budak itu. Budak itu adalah anak jirannya. Yang mencuri surat tawarannya. Hidungnya mula berasap apabila mengingati perkara tersebut.

Dia terus mengangkat kakinya untuk membuat budak itu tersadung. Budak itu bukan perasan kehadirannya. Nak tergelak dia apabila melihat budak itu terjatuh. Muka yang tersenyum sampai tak ingat dunia itu terus memandang ke arahnya.

"Ya~ Waeyo? Buat saya macam ni?"

Woojin tersenyum sinis.

"Ini yang sepatutnya kau dapat!" ujar Woojin dan berlalu pergi. Malas dia untuk melihat wajah budak itu lama-lama.

"Yash! Dah lah pendek! Tak reti minta maaf pulak tu!!" kuat suara budak itu memarahi Woojin.

Ini lagi membara hatinya yag sedang panas! Berapi dia dengan kata-kata budak itu. Dadanya turun naik menahan marah.

"MWORAGOO?!!"

Woojin mendekati budak hampir sahaja dia melayangkan penumbuknya tetapi nama seolah di panggil oleh seseorang. Terus dia berhenti melakukan perkara tersebut.

"Awak? Encik Lee Woojin kan?"

Mereka berdua saling berpandangan. Perempuan itu cari siapa sebenarnya? Aku ke? Budak ni? Mata Woojin berkata dengan budak itu tanpa bersuara.

"Err.. Saya nak bercakap pasal surat tawaran yang tersalah hantar itu." tanya staf itu memandang ke arah kedua-dua lelaki tersebut.

"Ouh! Saya!" ujar Woojin.

"Ok! Encik boleh ikut saya." pelawa staf perempuan itu dan terus berlalu pergi.

Woojin memandang kerek wajah budak itu. Kalau staf tadi tak sampai awal tadi, dah lama dia habiskan budak itu. Tak apa! Kau tunggu lah budak!

💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮
Untuk pengetahuan korang...
Woojin hyung bukan lah Park Woojin Wanna One.. (Nama Lee Woojin bukan Sama dgn Park Woojin. Blkng je sama,tpi nama bapak tak sama.)

Dan sekali lagi saya beritahu korg... Woojin Hyung adalah Lee Woojin BOYS24. Saya pilih dia sbb nama dia sama dengan baby Woojin.

So, please jgn tanya lagi. Ok! Dan please jgn keliru.. Kalo tak nak keliru sila baca dari awal cerita ini dia siarkan..

Sekian dari saya Fizy HyoSonn,
Kamsahabnida! 🙇

Sekian dari saya Fizy HyoSonn, Kamsahabnida! 🙇

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continued..

[BOOK 1] Always with Produce 101 BoysWhere stories live. Discover now