F@ⓚ∈ - 彡Park Jihoon彡 (LAST: CHAP 4)

320 22 3
                                        

Micha mencampak bola ke atas lantai bilik stor sukan itu. Di sebabkan Jihoon, dia terpaksa simpan semua barang-barang sukan.

"Kurang asam punya budak! Siap kau, aku kerjakan nanti!"

Micha mengeluh kecil. Masam sahaja wajah semasa menyusun semua barang-barang sukan. Jihoon baru sahaja melalui stor sukan itu melihat ke arah Micha.

"Tak payah nak tonggeng buntut sangatlah! Kau bukannya cantik pun." perli Jihoon.

Micha mengetap bibirnya lalu terus berdiri dan menoleh ke belakang untuk melihat Jihoon. Dia langsung menunding jari ke arah Jihoon.

"Ya! Neo.." Micha hilang kata-kata.

"Wae?!"

"Ah! Blah lah! Jangan nak kacau kerja aku! Budak fake!!!" marah Micha.

"Dia yang sepatutnya budak fake! Buat kerja tu betul-betul!" ujar Jihoon dan berlalu pergi dari situ.

Berasap hidung Micha menahan marah. Dia baru sahaja mahu membaling bola ke arah Jihoon. Langsung dia mematikan niat. Tak guna punya namja! Siap kau!!

Sekumpulan lelaki masuk ke dalam stor sukan itu lalu mendekati Micha. Salah seorang daripada mereka mengunci stor sukan. Mereka seperti tidak mahu siapa tahu keberadaan mereka di situ.


🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧


Jihoon menghela nafasnya. Tiba-tiba hatinya berdebar laju. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya. Dia menoleh ke belakang.

"Kenapa hati aku berdebar ni? Tak apa ke, aku tinggalkan dia seorang?" bertalu-talu soalan yang bermain di minda Jihoon.

Dia mengetap bibirnya. Lama juga dia berfikir. Setelah itu, dia berpatah balik pergi ke stor sukan itu semula.

"AANNNIIIYAAAAA!!!!"

Suara Micha menjerit lagi membuatkan Jihoon tidak senang hati. Langsung dia berlari ke arah stor sukan itu. Dia cuba untuk membuka pintu stor sukan tetapi berkunci.

"AAAAAHHHHHHHH!!!!!!"

Jihoon terus menendang pintu stor itu dengan sekuatnya. Kelihatan Micha sedang bercangkung memeluk tubuh. Sekumpulan pelajar lelaki hanya berdiri melihat ke arah Micha.

"Neo.. Apa yang kalian buat dekat dia?! Ha?!" tanya Jihoon dan terus menarik kolar baju pelajar lelaki itu lalu melayangkan penumbuk pada muka pelajar tersebut.

"YASH!! KAU APA HAL?! APA HAL TUMBUK AKU?!" marah pelajar lelaki itu.

"Kau! Kau buat apa dekat Micha, ha?!"

Sekumpulan pelajar lelaki itu memerhatikan Jihoon lalu tertawa. Hairan Jihoon di buatnya. Micha masih lagi menangis tidak henti.

"Wae?!" soal Jihoon dengan garang.

"Kau tanya la yeoja tu sendiri. Over betul. Macam lah orang nak sentuh dia sangat. Yeoja aku lagi cantik dan sexy daripada kau." perli lelaki itu.

"Mwo?!" tanya Micha

Berkerut dahi Jihoon dengan kata-kata lelaki itu.

"Blah lah! Kita orang nak ambil bola je pun." Kumpulan lelaki itu terus berlalu pergi dari stor sukan itu.

Jihoon memandang ke arah Micha dengan tidak puas hati. Ada juga kena belasah jugak perempuan ni.

"Ya wae?!" marah Micha. Benci dia apabila Jihoon menenungnya macam itu.

"Jangan nak tuduh orang lain kalau tak ada bukti." jelas Jihoon.

Micha membuat muncung sedepa. Dia tidak puas hati dengan lelaki itu. Dia pasti yang lelaki itu mahu kenakan dia. Tapi.. pedulikan je lah. Pening kepala hendak memikirkannya. Jihoon langsung berlalu pergi dari stor.

[BOOK 1] Always with Produce 101 BoysWhere stories live. Discover now