Welcome to Book 1!! 🎉🎉
Ikut suka saya nak update apa.. Asalkan korang suka dan akan merindui produce members yang lain. 💕
● Saya akan update ff dlm ni utk suka2..
● Cast, saya akan pilih member mana yg saya minat utk ff ni..
● Akhir kata, Kamsa...
Micha dari tadi asyik menghabiskan masa dengan membaca tetapi tidak terlalu fokus. Telinga peka mendengar umpatan dari pelajar perempuan kelasnya. Di sebabkan kes semalam, rahsia yang dia cuba tutup itu sudah terbongkar. Salah dia juga, pergi marah si Jihoon tu.
"Hoi! Jendul!"
Micha hanya buat tidak dengar dengan panggil paling menyakitkan hati. Dia meneruskan membacaannya. Jihoon mula memikirkan sesuatu untuk membuatkan Micha bercakap dengannya.
"Tak payahlah nak menyemak dekat sini?! Kau fikir macam mana sekalipun, aku tak nak layan kau." ujar Micha yang masih menghadap buku.
"Menjengkilkan. Siapa nak kacau kau?!"
Micha terus meletakkan bukunya dan langsung memandang ke arah Jihoon. SakithatibetuldenganMamat ni?! Pergilah main jauh-jauhdengankawan kau tu?! Ke dia ni tak ada kawan? Hurmm..
Jihoon perasan yang dirinya diperhatikan. Dia menjeling tajam ke arah Micha.
"Apa pandang-pandang?! Ada hutang ke?!
"Eh?! Excuse me?! Kau yang ada hutang dengan aku! Budak fake! Kau ingat, kau tu comel la tunjuk ageyo depan semua yeoja?!"
"Ok! Sekurang-kurangnya, tak ada lah aku menyamar dir jadi budak nerd macam kau!"
"Mworago?!"
Micha yang sudah sakit terus membaling semua barang yang ada di atas mejanya ke arah Jihoon. Jihoon menahan sakit dari dek terkena balingan Micha itu. Setelah semua barangnya tiada, dia terus mengambil barang di meja pelajar di sebelah lalu baling ke arah Jihoon.
"Ya!" marah pelajar itu kerana Micha mengambil barangnya.
"Yah! Neo michigesso?!" marah Jihoon.
Micha merengus geram dan terus keluar dari kelasnya. Malas dia hendak menghadap muka fake tu. Suka sakitkan hati orang. Suka hati lah nak menyamar ke apa! Dia tu pun sama kan?!
🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧
Jihoon yang sedang berjalan di sekitar kawasan sekolah setelah loceng berbunyi tamat waktu persekolahan. Dia terlihat seorang mak cik tukang kebun di sekolah. Kasihan dia melihat mak cik lalu terus dia pergi ke arah mak cik.
"Ahjumma! Biar saya tolong ahjumma siram pokok bunga ni." tegur Jihoon.
"Eh! Tak apa.. Tak payah susahkan diri kamu tu. Ahjumma boleh buat."
"Tak apa ahjumma. Saya kesian tengok ahjumma. Ahjumma mesti penatkan. Pergi lah berehat dulu."
"Ee.. Buat susah-susah kamu je."
"Tak apa. Ahjumma pergi lah berehat."
"Hmm.. Ye la.. Jangan siram lama sangat pokok tu. Nanti mati pula pokok tu." pesan mak cik itu dan berlalu pergi.
"Nae!"
Sedang asyik Jihoon menyiram pokok bunga, dia ternampak Micha berjalan pulang ke rumah.Oo.. Tadi kau baling barangdekat aku. Tak apa.. Aku balasbalik. Jihoon terus menghalakan air itu ke arah Micha.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Micha hanya menahan sabar apabila ada seseorang sedang memandikannya. Dia terus menolah ke belakang untuk melihat siapa yang memandikannya. Lagi sakit hati dia apabila orang itu adalah Jihoon.
"YA JIHOON!! KAU INGAT AKU NI POKOK BUNGA KE HA?!" marah Micha.
"Ini balasannya sebab buat aku tadi!"
"TADI DEKAT KELAS, TAK NAK PULA KAU BALAS DENDAM?! HA?! KAU NI MEMANG CARI NAHAS DENGAN AKU YE!"
"Takkan aku nak gaduh dengan kau dalam kelas. Hilang lah macho aku ni. Nanti hilang pula peminat aku nanti kalau dia tahu rahsia aku." ujar Jihoon dengan muka selamba sambil menyiram pokok bunga.
"EE.. BUDAK FAKE NI?!"
Micha terus mengejar Jihoon. Tetapi Jihoon terus menyiramkan dia lagi dengan air. Bajunya memang basah lencun. Baju dalam yang dia pakai terlihat. Jihoon yang melihatnya terus menelan air liur.
"YAAA!! BENCI DIA NI!!" marah Micha terus menutup dadanya dari di lihat Jihoon.
"Aa.. Mian."
"Aahh!! Buat apa aku minta maaf?! Yang kau ni pun satu! Tolonglah pakai yang molek-molek sikit! Kalau orang lain nampak macam mana?!"
"Biarlah! Sibuk dengan hal orang! Suka hati lah nak pakai apa pun."
Jihoon yang geram dengan perangai Micha ini. Dia terus mengutuk kepala Micha.
"YA! SAKIT LAH!!" Micha mengusap kepalanya yang terasa sakit.
"Nah! Pakai benda ni!"
Jihoon menanggalkan blazer lalu mencampaknya pada muka Micha. Micha merengus kasar. Geram dia dengan Jihoon ini.
"Nak bagi pun elok-elok lah!"
"Pergi balik! Jangan nak menyemak dekat sini! Kacau kerja aku nak siram pokok je." Jihoon langsung menghalaunya.
Micha baru sahaja hendak memukul Jihoon terus mematikan hajatnya. Dia terus berlalu pergi dari tempat itu. Malas hendak bertekak dengan budak fake ini.
Sekumpulan lelaki dari tadi asyik memerhatikan gerak-geri Micha dari jauh. Dia tersenyum sinis apabila melihat Micha sudah berjalan pulang ke rumah.