Bab 12:

22.4K 901 6
                                    

Pagi-pagi lagi aku sudah dikejutnya dengan lagu rancak yang membingitkan telinga. Siapalah manusia yang suka kacau orang tidur ini, gerutuku dalam hati. Beberapa kali, aku menukar cara tidurku namun masih tak berjaya. Akhirnya, aku bangkit lalu mendengus.

Lagu itu datang daripada bilik Karl. Aku membelek jam loceng yang terletak di sisi meja. Baru pukul 2 pagi. Kan bagus, kalau mamat ni tak balik rumah. Tenang sikit hidup aku!

Aku turun dari katil dan kaki ku laju ki atur menuju ke beranda. Sekarang, lagu itu makin jelas kedengaran. Ketika itu, Karl sedang asyik bersantai di beranda. Aku mengetap bibir.

Wajah lelaki itu langsung tak menggambarkan perasaan bersalah. Siap minum jus pula itu. Memang nak kena anak orang ini. Aku sudah berkerut dahi memandangnya.

"Aphal buat muka?"gertaknya bila melihat wajahku masam mencuka.

"Abang boleh perlahankan lagu itu tak? Saya tak boleh tidur kalau abang pasang lagu itu kuat-kuat."rungutku. Aku haraplah dia mendengar permintaan aku yang satu ini.

Senyuman sinis Karl melirik. Dia menyentuh speakernya. Bukan nak turunkan volume, lelaki itu naikkan volume lagi. Lelaki kurang ajar. Aku sudah menekap telinga.

"Kau minta kuatkan tadi?"sakatnya dengan senyuman mengejek.

Aku mengetap gigi. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku smackdown anak Puan Sri Tania ni. Mak dah okey dah, anak pula perangai macam haremmm.. Tak makan saman langsung. Berlagak gila nak mati!

"Tolonglah bang. Perlahankan sikit aje."

"Apa? Nak kuatkan lagi?" lain orang cakap, lain pula yang dia buat. Karl ini memang tak makan saman betul.

Akhirnya, aku mengalah. Dengan perasaan geram, aku masuk ke dalam bilikku lalu aq hempas pintu beranda. Kalau diikutkan hati, rasanya esok Karl dah tak dapat tengok dunia rasanya. Tak habis-habis lelaki itu cari fasal. Suka sangat ke simpan dosa?

Dalam samar-samar lagu berdendang, aku dengar suara lelaki ketawa. Itu pasti Karl. Dia mungkin gelak kerana dia fikir dia sudah menang agaknya. Aku mengacip gigi. Perlahan aku urut dada. Meminta pada hati supaya abaikan syaitan yang merasuk Karl.

Kalau aku lawan Karl, makin berlarutan pergaduhan antara aku dan dia nanti. Lebih baik aku mengalah. Aku cuba untuk pujuk hati. Pujuk hati supaya bersabar dengan manusia seperti Karl. Biarlah lelaki itu mahu kumpul dosa, jangan pula aku join sekaki..

Aku berlalu ke bilik air. Daripada terus melayan perasaan marahku, lebih baik aku solat Tahajjud. Aku ambil wudhuk secara tertib. Usai itu, aku memakai telekung lalu menunaikan solat sunat tahajjud dan solat sunat taubat. Redha sedikit kemarahan yang tadinya membelengu hati aku sedari tadi.

Selesai berdoa, aku capai Al-Quran.. Lagu rancak yang berdendang di luar, aku tidak hiraukan. Kini, aku fokuskan sepenuh panca indera ku kepada Al-Quran. Kitab suci yang menjadi wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Tanpa aku sedar, lagu yang tadinya rancak berdendang kembali perlahan. Akhirnya lagu itu terpadam tanpa aku perasan. Kini, hanya suaraku yang berdendanh ayat suci Al-Quran.

Pada masa yang sama, Karl memejam mata. Telinganya mengamati setiap ayat yang dibaca oleh Aira. Sekali lagi, hatinya menjadi tenang saag Aira membaca ayat Yusuf. Tak semena-mena air mata Karl berlinangan.

Setiap kali ayat suci Al-Quran itu dibaca, dia rasakan seperti pendosa yang akan mendapat balasannya tak lama lagi. Baru dia sedar, betapa jauhnya jiwa dia dari Islam. Betapa hinanya dia di bumi Allah ini. Karl menggumam perlahan.
...
Aku menghampiri bengkel Fakhrul yang terletak di belakang rumah agam Tan Sri Mukim. Bengkel itu kecil sahaja. Di sanalah tempat Fakhrul menghabiskan masanya seharian. Kadanh kalau tak ada urusan di pejabat, Fakhrul akan lakukan sesuatu di bengkel kecilnya itu.

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Where stories live. Discover now