Bab 25

6.9K 289 6
                                    

Di waktu yang sama, tapi bertempat di rumah ibubapa Althaf. Semua kelihatan tegang. "What the heck you do this to me, Althaf!"

"Aku ada wife!"

"Hahaha. Baru sekarang U mengaku ada wife. Lepas U kahwin, kenapa U cari I balik kalau diri tu dah tahu ada isteri?!" Rumah tu hanya bergema suara kuat mereka berdua.

"Dah. Maya, Althaf duduk. Kita bincang elok-elok." Ayah Althaf cuba menenangkan keadaan.

"Pakcik, makcik. Saya betul-betul minta maaf. Saya sayang dan cintakan isteri saya. Sekarang pula, dia sedang mengandungkan anak saya."

Ummil Althaf yang sedang duduk tadi mendengar, berdiri secara mengejut. "Althaf! Apa semua ni? Bila Aisyah mengandung?"

"Aisyah mengandung 2 bulan dah." Umairah cuba membela adiknya. Tidak sanggup melihat situasi itu walaupun hati dia mendongkol geram dengan perlakuan Althaf yang tak pernah matang. Ini kerana umminya terlalu manja dan berlembut dengan adik bongsunya.

"Maknanya waktu dekat hospital hari tu, Aisyah dah mengandung?"

Althaf mengangguk. Dia pun baru tahu semalam bila kakaknya itu beritahu. Kalau tidak sampai ke sudah, dia akan membuta mata dan memekakkan telinga tentang perihal Aisyah.

"Kenapa dia beritahu Ummi dia mandul?" Tanya ummi lagi.

"Dah! Maya tak kisahlah isteri Althaf mengandung ke, mati ke, sakit teruk sekali pun. Althaf tetap kena kahwin dengan Maya! Biy dah janjikan." Jerit Maya.

"Pakcik rasa, Althaf selesaikan dulu masalah keluarga kamu dan isteri. Esok kita jumpa di rumah pakcik untuk bincangkan hal ini. Pakcik dengan makcik balik dulu. Assalammualaikum. Pasal hal yang lain, pandai-pandailah pakcik uruskan." Tenang sahaja sikap ayah Maya. Bukan macam anak perempuan dia, gelojoh plus tamak. Maya ditarik sekali keluar dari rumah itu oleh ayahnya.

"Sekarang, Althaf. Terangkan pada ummi dan abah, apa yang berlaku."

"Aisyah beritahu pada ummi dia mandul sebab dia rasa dengan cara itu sahaja boleh buatkan ummi atau abah bencikan dia. Sebab dia tahu, ummi nak sangat cucu dari Althaf. Dia nak Althaf bahagia disisi Maya, sebab Maya bekas tunang Althaf dan Althaf masih tak dapat lupakan Maya."

"Ya Allah, bang. Apa yang saya dah buat pada menantu saya." Ummi dah menangis memeluk Umairah.

"Althaf dapat tahu Aisyah mengandung pun dari Kak Umai. Sebab Kak Umai jumpa keputusan pregnancy test Aisyah. Aisyah buat keputusan tak beritahu Althaf dan keluarga sebab dia tak nak Althaf lepaskan peluang mengahwini Maya selepas apa yang berlaku beberapa tahun lepas dengan putus tunang." Jelas Althaf.

"Janji dengan ummi yang Althaf akan jaga Aisyah baik-baik." Pesan ummi.

Selepas penjelasan itu, Althaf memandu keretanya pulang ke rumahnya.

-CKK-

Salam and Hi readers. Aisy nak tanya, readers nak cerita ni sad ending or happy ending? Plus, i want to ask, if u guys nak happy ending. Please komen banyak-banyak. Hehehe. So how the story, setakat ini? Please vote.

AisyahWhere stories live. Discover now