"Ain! Bukak pintu ni Ain!"
Dum! Dum! Dum!
Pintu diketuk kuat oleh Mak Leha dari luar. Ain dari tadi hanya berdiam dan tidak menyahut panggilan dari maknya itu. Berkali-kali pintu diketuk. Hingga merah tapak tangan mak Leha dibuatnya.
"Biarkanlah dia maknya oi, nanti dia lapar dia keluar lah tu." Kata Pak Rahim tenang.
Peristiwa petang tadi benar-benar memalukan keluarga mereka. Habis melecur tetek Ahmad Husni dibuatnya. Walaupun berulang kali Mak Leha dan Pak Rahim memohon maaf kepada keluarga Ahmad Husni, namun kata-kata maaf itu ditolak sepi.
"Kalau macam gini cancel ajelah!" Kata Mak Som berlalu pergi sambil memapah Ahmad Husni yang meraung kesakitan.
Di bilik Ain hanya berbaring. Kejap ke kiri, kejap ke kanan posisi baringannya itu. Ketukan pintu dari mak Leha langsung tidak dipedulikan. Hatinya sedih bila mendapat tahu bahawa dia cuba dijodohkan dengan Ahmad Husni yang poyo. Kahwin dengan orang yang sifatnya poyo ni sesuatu yang tidak bagus bagi mana-mana gadis. Iya dia tahu ramai yang share bercinta lepas nikah lah, kemanisan lepas bernikah lah tapi jikalau cinta itu tidak hadir bukankah itu bakal memudaratkan hubungannya nanti.
Lekas dia mendapatkan rakan-rakannya di group Whatsapp "Babes Sampai Syurga".
"Korang aku ada masalah ni..."
Ain memulakan pebualan. Namun setengah jam selepas itu Whatsappnya itu tadi tak berbalas padahal sudah seen oleh 5 orang group dalam itu. Ina, Amy, Shasha, Sofea dan Nad. Fuh boleh tahan jugak nama kawan si Ain ni.
Ain sedih, masih dia teringat waktu group Whatsapp itu mula ditubuhkan masing-masing begitu aktif. Hantar gambar OOTD, share ayat dengan caption #sumberdarigroupsebelah lah, hantar video. Gila babi punya seronok waktu itu. Hinggakan pukul 3 pun masih lagi berbunyi phonenya.
Kini tidak lagi, masing-masing menyepi. Selepas tamat pengajian group whatsapp "Babes Sampai Syurga" itu tidak lagi digunakan dan menunggu masa sahaja untuk left group. Mungkin masing-masing malu untuk left group, takut dituduhnya sombong atau berlagak.
Ain makin buntu. Dia sangat-sangat memerlukan seseorang yang boleh mendengar masalahnya itu. Dia tidak larat lagi untuk memikulnya seorang diri.
Perempuan, begitulah sifatnya. Jiwa mereka rapuh dalan bab-bab yang melibatkan emosi ini.
"Aku baru habis belajar kot, tak kan lah dah nak suruh kahwin. " Ngomel Ain sendirian hinggalah satu pesanan mesengger Facebook muncul di skrin telefonnya. Nama yang satu ketika dahulu yang rajin untuk chatting dengannya. Namanya yang selalu membuatnya ketawa. Ahmad Firdaus
"Hai."
*****
"Ai, dah delivered tapi tak balas pulak. Malu siak." Kata Firdaus. Perasaan malu mula menebal dalam dirinya pabila hantar chat dekat makwe, makwe tak balas. Down weh. Down.
Firdaus cuba menyedapkan hatinya sendiri. Barangkali Ain sedang mengaji Quran ataupun sedang berqasidah mungkin.
Bagaimana pula kalau bukan Ain yang online? Tapi pakwe dia. Sebab tu Ain tidak reply chat yang dihantarnya. Ahhhh. Ligat bermain bermacam perkara dalam fikirannya waktu ini.
"TINGGG"
Bunyi notification masuk menandakan seseorang sudah membalas chatnya. Lekas dia melihat kalau-kalau Nurul Ain yang membalas namun hampa apabila nama Rosli Ishak yang muncul. Jemputan untuk bermain game rupanya.
"Cilakak"
Mati-mati dia ingat Nurul Ain balas chat darinya. Hal jemputan game ni perkara paling Firdaus benci tapi tak pernah pula dia update di status supaya menghentikan pelawaan bermain game. Bukan apa ianya bagi menjaga hati rakan-rakan Facebooknya. Ialah sedangkan dosa sebesar zarah pun dikira ini kan pula dosa menyakiti hati orang lain.
Dia biarkan sahaja jemputan game itu.
"TINGGG"
Baru sahaja dia berputus asa, satu mesej masuk.
"HAI"
Dan mesej itu datangnya dari gadis yang disukainya tidak lain dan tidak bukan Nurul Ain. Menggelepor Firdaus ketika itu. Jantung berdegup kencang seperti genderang mahu perang. Macam lirik lagu Dewa pulak hmmmm.
Dia tidak bermimpi, memang benar Nurul Ain yang membalas mesejnya. Dia perlu tenang. Dia tidak boleh gelojoh dengan bertanyakan soalan bangsat seperti "ni pakwe tak marah ke chatting dengan saya". Itu semua soalan murahan. Dia perlu berlagak tenang ketika bertanyakan soalan.

BINABASA MO ANG
BUDAK FELDA
Humor"Makwe acah-acah sebelum aku bernikah ni bajet je lebih, hantar gambar selfie ngan pakwe nampak rambut gak." Firdaus terdiam. Ada betul kata Amirul itu. Dalam video porno yang pernah mereka tonton sebelum ini berapa banyak tajuk "Awek Tudung.MP4" "A...