Bab 5

2.5K 61 7
                                    

Amirul, Faturazi dan Firdaus melepak di simpang jalan utama seperti biasa. Rutin biasa yang dilakukan mereka sejak 13 tahun yang lepas. Memerhatikan kenderaan keluar masuk di Felda kesayangan mereka.

Mana-mana yang penduduk kampung yang kenal mereka akan angkat tangan. Yang tak kenal pulak mereka akan pandang slek sambil menaikkan kening sebelah.

Selalunya kerja cam mengecam ni diserahkan pada Faturazi. Beliau cukup arif dan mengenali siapa orang luar dari felda tempat kelahirannya itu. Selok belok jalan semuanya dia tahu. Sebab itu beliau pernah ditawarkan untuk bekerja sebagai penghantar kad jemputan kahwin secara permenant tapi dia tolak mentah-mentah. Faturazi mahu fokus pada kariernya sebagai penoreh getah sepenuh masa.

Lepas pisang melepak, mereka bertiga meronda satu Felda memerhatikan makwe-makwe. Namun kecewa. Satu makwe pun tak ada. Kelihatan hanyalah mak cik-mak cik yang bakar sampah di luar rumah. Jarang sangat dah makwe nak tolong mak bakar sampah kat luar. Kebanyakannya duduk dirumah menonton Running Man. Bangang. Itu belum suruh pakai kain batik lagi tu. Entah-entah itu pun tak tahu.

"Uishhhh pelik aku." Luah Firdaus setelah usai mereka bertiga menamatkan sesi tawaf di Feldanya itu.

"Apa yang nak di pelikkannya?" Soal Faturazi seolah concern walhal muka sibuk menghadap telefon pintar.

"Nurul Ain..hmmm." Rungut Firdaus.

"Iya kenapa dengan Nurul Ain pulak?" Kali ini Amirul pula bertanya supaya nampak sikit mengapa watak Amirul diwujudkan.

"Korang perasan tak, semenjak si Ain balik belajar dari tanah Arab, jangankan muka, batang hidung pun tak pernah nak nampak. Pelik betul aku." Luah Firdaus kehairanan.

"Ala dia sejak dari sekolah rendah lagi memang macam tu la, mana pernah nak keluar rumah. Kalau keluar pun sebab dia nak pi sidai baju kat belakang rumah dia."

Begitulah misterinya Nurul Ain. Bukan sahaja di mata mereka bertiga bahkan seluruh pemuda di kampungnya. Kalau nak jumpa Nurul Ain time sekolah rendah je la. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama, seterusnya ke Matrikulasi, UIAM dan tahu-tahu je dah sampai tanah Arab dia pi belajar. Susah betul untuknya keluar dari rumah.

Nurul Ain juga sangat memilih ketika berkawan. Lebih-lebih lagi di Facebook. Bukan calang-calang lelaki yang boleh add as friend. Kalau letak DP hisap rokok, pegang kayu snooker, atau pun ketika berkaroke, sampai kucing bertanduk pun dia tak akan approve. Katanya bagi menjaga ikhtilat. Bukan palat bodo. Ikhtilat.

Ikhtilat ni percampuran wanita dengan lelaki dalam bentuk berkumpulan atau bersendirian. Nurul Ain ni kan gang sebelum aku bernikah. Jadi dia sangat menitik beratkan hal-hal begini.

Namun Firdaus bersyukur kerana antara beribu friends Nurul Ain, dia salah seorang darinya. Mungkin dia dipilih atas kapasiti "kawan sekolah rendah" barangkali.

Dan boleh dikatakan tiap-tiap hari Firdaus stalk si Nurul Ain ni. Pagi sekali, tengah hari sekali, malam sekali. Dah macam makan ubat pulak. Begitulah penangan Nurul Ain dalam kehidupan Ahmad Firdaus.

"Ala ko rileks la, bak kata orang dulu-dulu kalau rindu tengok atap bumbung rumah pun jadilah." Celah Faturazi. Sambil ketawa hehehehe dihujungnya.

"Korang agak Nurul Ain tu dah ada pakwe ke belum?" Tanya Firdaus.

"Entah. Setahu aku tak ada. Lagipun susah nak tackle makwe pesen macam Nurul Ain ni. Kau tengoklah pakai tudung labuh, pakai hand sock, muka suci sebening embun pagi, tu haa pakai kasut bertutup. Siap dengan stokin lagi. Gila babi dia punya nak jaga aurat. Kalau nak dibandingkan dengan kita ni, memang tak lah dia nak pandang." Jelas Amirul panjang lebar.

"Betul gak cakap kau. Susah nak tackle makwe macam Nurul Ain ni. Dia dah tentu-tentu minat dengan Ustaz ustaz. Laki yang jenis ada janggut sejemput. Kau tu ada apa je Firdaus. Harapkan bulu kaki je lah lebat macam hutan Khatulistiwa." Kata Faturazi cuba memberi pendapat.

"Apa kebenda lah korang ni. Aku tanya Nurul Ain tu dah ada pakwe ke tidak. Itu aje. Yang pergi melalut sampai bulu kaki aku apehal. Ala. Boleh je aku ngorat si Nurul Ain tu. Kau tengoklah nanti." Balas Amirul yakin.



BUDAK FELDAWhere stories live. Discover now