#JusticeForAyahPin

1.4K 39 11
                                    

Tahun ini genap 10 tahun misteri kehilangan Ayah Pin, sejak commune ajarannya diruntuhkan pihak berkuasa agama di negeri Terengganu.

Dan Ayah Pin, yang popular sekitar pertengahan 2000an, hingga ke hari ini tidak ada siapa yang tahu ke mana hilangnya orang tua beristeri empat ini.

Ada yang kata, dia dah mati. Ada yang kata, dia lari ke Selatan Thailand, dan pengikut setianya pula berkata, dia sedang berada di Kerajaan Langit.

Baru-baru ini, saya tertonton sebuah dokumentari yang dibuat oleh orang Inggeris terhadap ajaran Ayah Pin ini.

Saya kagum, kerana orang sejauh dari England sanggup datang ke Terengganu untuk memahami mereka, tetapi kita, bukan sahaja tidak mahu memahami, tetapi memusuhi pula mereka tak tentu pasal. Diruntuhkan pula perkampungan mereka.

Saya tidak menganut ajaran Ayah Pin. Tapi saya merasa sedih melihat perkampungan mereka diruntuhkan kerana ego pemimpin-pemimpin negara ini.

Saya, seperti juga pembuat filem dokumentari dari England itu, tidak perlu menganuti ajaran Ayah Pin untuk memahami keperitan yang dilalui oleh mereka selepas commune mereka diruntuhkan pihak berkuasa.

Cuba kita bayangkan begini, ya. Cuba bayangkan kita hidup di Melaka pada tahun 1511 ketika Portugis datang menyerang. Kemudian Portugis memaksa penduduk kampung untuk menganut Katholik, atau dipenjarakan, dipaksa hukuman berat. Yang lari, larilah.

Dan cuba kita bayangkan kita sebagai pengikut ajaran Ayah Pin pada tahun 2005 ketika pihak berkuasa negeri Terengganu serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meruntuhkan pusat ibadat dan perkampungan mereka. Dan memaksa pengikutnya untuk mengucap dua kalimah syahadah, dipenjara dan dimalukan sedemikian rupa.

Bukankah tindakan kerajaan negeri Terengganu itu sama sahaja seperti tindakan Portugis melanggar Melaka? Mentang-mentang berkuasa, bolehlah mereka langgar orang yang lemah dan memaksa yang lemah itu mengikut ajaran mereka.

Dan seringkali mereka berkata, "ikutlah ajaran yang benar". Kita merasa ajaran kita benar sebab kita rasa kita benar. Kita tak tahu apa pandangan orang lain walaupun kita rasakan kita ini benar, sebenar-benarnya.

Dan seringkali saya terdengar mereka ini berkata, "agama itu bukan satu paksaan".

Cogankata ini seringkali bertindak paradoks dengan perbuatan dan cara penganut agama hari ini untuk mengamalkan ajaran agama mereka.

Penganut agama hari ini begitu fanatik dan mahu memaksa semua orang untuk menjadi seperti mereka, atau mereka adalah musuh mereka.

Ternyata ucapan mantan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush pada 20 September 2001, "either you're with us, or you're our enemy" tertanam dalam generasi alaf baru ini.

(Peh, dah lama tak guna perkataan alaf baru ni).

Ada yang berkata, "takkan kami nak biarkan umat Islam disesatkan oleh Ayah Pin. Rosak akidah semua orang nanti."

Cuba letakkan diri anda dalam masyarakat jahiliah dalam zaman Mekah. Apa perasaan kamu bila kafir Quraisy kata ''takkan kami nak biarkan kaum kami disesatkan Muhammad, rosak ajaran agama kami nanti."

OK, bertenang dulu. Ini bukan nak samakan Muhammad dengan Ayah Pin walaupun mereka berdua seperti kita juga spesies yang sama - Homo Sapiens.

Cuba anda bayangkan bagaimana hidup sebagai golongan minoriti. Sudahlah sukar meneruskan hidup, dan perlu berusaha keras, nak beramal ibadah pun kena majoriti tentukan.

Macam mana umat Islam yang 40 orang pertama yang menganut agama Islam ketika kafir Quraisy menguasai Mekah.

Tapi bila dah besar, dah ada kuasa dan ada ramai pengikut, kita mula bersifat macam kafir Quraisy yang menindas minoriti.

OKlah, tak perlu time travel jauh sangat. Kita bawa diri kita ke tahun 2007 di mana Presiden Perancis Nicolas Sarkozy mengharamkan pemakaian tudung di kalangan umat Islam di Perancis.

Perkara ini menimbulkan kemarahan saya, walaupun saya juga marah apabila kawan-kawan perempuan saya dipaksa pakai tudung dalam kelas dan sekolah.

Di Perancis, orang bukan Islam yang majoriti, orang Islam minoriti. Jadi, apabila mereka memaksa orang membuka tudung, itu adalah satu masalah kerana bukan semua yang selesa untuk tidak bertudung.

Tetapi di negara ini, yang budaya pemaksaan pakai bertudung ini hanya muncul sekitar 80an, tiba-tiba nak memaksa semua orang pakai tudung kerana rambut itu aurat.

Kalau tanya saya, aurat itu bukan rambut, bukan lengan, bukan peha, tetapi aurat itu adalah keburukan. Makan rasuah adalah aurat. Curi wang rakyat adalah aurat. Susun kon dan pow duit orang tepi jalan adalah aurat.

Tetapi orang bercerita tentang aurat seolah-olah kalau nampak rambut terus konek umat Islam tercanak macam baru sapu minyak belacak.

Sebab pada hari ini, hasil dari pemaksaan dan indoktrinasi golongan graduasi agamawan yang grade dari luar negara tapi tak dapat kerja lalu kerja kerajaan sebab course agama tak ada syarikat swasta berminat nak ambik kerja graduan agamawan, menyebabkan akhirnya yang tak nak pakai tudung di kalangan wanita Melayu menjadi minoriti.

Dan disebabkan mereka minoriti, mereka terus dihamburkan dengan kata nista dan memaksa mereka insaf, kembali ke pangkal jalan dan pakai tudung kalau tak, sehelai rambut seumpama seribu tahun dalam neraka.

Peh kalau tiba-tiba rambut terkeluar sehelai bila lepas menggaru-garu kepala, tak pasal-pasal seribu tahun neraka.

Gila babs kejam tuhan macam tu.

Tapi tu bukan point utama. Point utama ialah majoriti membuli minoriti. Yang kuat membuli yang lemah.

Kita pun tak suka kan kalau Israel membuli rakyat Palestin, Bashar al-Assad membuli kaum Sunni, dan kalau kita tengok wrestling pun kita pun tak suka kalau seorang dibelasah beramai-ramai oleh geng orang yang bermusuh dengan wrestler tu.

Dalam hal ini saya melihat kerajaan negeri Terengganu dan JHEAT sebagai pembuli kepada pengikut Ayah Pin.

Dan saya melihat ini satu penindasan terhadap golongan minoriti yang tidak mahu percaya dengan ajaran mainstream.

Dan sebagai seorang mangsa buli semasa kecil, saya cukup anti dengan pembuli dan saya bersolidariti bersama mangsa buli tidak kira kaum, agama, orientasi seksual dan apa-apa saja.

Dan seperti penyokong pasukan Liverpool yang merasa tertindas dengan media mainstream dalam kes Hillsborough, mereka seringkali berkata "JusticeForThe96" untuk mengenangkan 96 orang yang mati dalam kejadian itu.

Hari ini, saya meletakkan tajuk tulisan ini #JusticeForAyahPin kerana saya rasa pengikut mereka dilayan tidak adil oleh media, kerajaan, dan masyarakat majoriti - hanya kerana mereka percaya air kaki Ayah Pin itu suci.

Tak payahlah ikut diorang minum air kaki Ayah Pin.

Anyway, kita sering kata pengikut Ayah Pin ini taksub dan tidak menggunakan akal.

Bagaimana pula dengan pengikut Najib bila Najib datang kawasan? Berebut-rebut cium tangan. Mahathir datang, semua datang dan nak cium tangan, selfie. Anak muda berebut nak ambil gambar dengan KJ. Pembangkang pro Anwar berebut-rebut nak cium tangan Anwar. Yang pengikut Hadi Awang terus ba'iah akan terus setia jadi balachi dia.

Peminat Aaron Aziz, Zul Ariffin, Justin Bieber, Selena Gomez, Juergen Klopp, Alex Ferguson.

Sama je semua.

Tak kisahlah kita nak taksub kepada siapa, tapi janganlah paksa orang lain untuk taksub kepada apa yang kita fikir kita patut taksub.

Bukan Fiksyen, Bukan Fakta.Where stories live. Discover now