FIRST TAKE: SAIKAI [PERTEMUAN] - LiSA x Uru

9 0 0
                                    

Tajuk asal: SAIKAI
Tajuk ubah: "Pertemuan"
Original (Penyanyi): LiSA x Uru
Edited: Me (shiwasujuun)

"Selamat tinggal", kau ucapkan dengan senyuman
Tanpa keraguan, lalu kumembalasnya semula
Entah kenapa pandangan ku menjadi kabur
Saat kau melangkah pergi

Entah berapa purnama telahpun berlalu
Jendelaku bagaikan sebuah layar putih
Permandangan yang kita saksikan dulu
Berulang kali, bermain di memori

Seperti salju yang turun menutupi bumi
Di kesibukan kota, kau masih kuingati
Kita berjauhan namun langit kita satu,
Kuharap kau juga fikir begitu,

"Selamat tinggal", kau ucapkan dengan kelembutan
Kini yang tinggal, hanya kesunyian dalam gegendang

Malamku diganggu dengan kerinduan
Ku cuba tuk lupakan

Perkara yang temeh-remeh
Cukup memberiku kegembiraan
Meskipun ianya hari biasa
Luangkan bersamamu buatku bahagia
Biarpun musim bersilih ganti
Apa yang ku mahu hanya kau di sisiku
Hanya itu perminta-anku

Seperti salju yang turun menutupi bumi
Di kejauhan kota, kau masih kuingati
Meskipun ku jauh dari kehangatanmu

Rasanya masih sama

(Ah) Tak kira apa
Bila kukenang hari itu
Suaramu, perbuatanmu,
Lahirkan rasa rinduku
Tak kira apa
Andainya kita terus percaya
Hati kita akan terikat bersama

Lampu kota menyinari salju putih itu
Musim bunga bakal kembali bersama dirimu

Sekiranya tiba saat kubertemumu
Ku cuba menahan air mataku

Kehangatan menandakan akhirnya musim salji
Saat itu kuberharap dari lubuk hatiku
Tak kira apa musim yang akan kita tempuhi

Kumahu kongsikan bersama pengalaman itu

Bayu yang meniup lembut kota kecil itu
Satu hari ia akan dihiasi dengan indah
Sehingga hari itu kita akan tunggu

Musim bunga akhirnya akan menjelma
Senyuman bakal menghiasi hari itu

Koleksi Lirik2 Jepun-MelayuWhere stories live. Discover now