54 | Change

26.9K 1.8K 91
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Tak, tak pernah aku sangka bahawa insan yang paling aku sayang pergi tinggalkan aku tanpa sebarang kata. Pergi pula buat selamanya dan takkan pernah kembali lagi.

Tinggalkan aku dengan segala keperluan yang mencukupi. Melihat akan apa yang dia buat dahulu baru aku tahu kenapa aku tak pernah melihat dia dimewahi dengan kesenangan.

Kerana segala kesenangan yang dia ada, dia bagi semuanya kepada aku untuk merasa. Terlalu banyak yang dia buat untuk aku sampai tak terkira dan tak terbalas.

Aku ? Apa aku dah buat ? Di akhir nafasnya, aku tidak bersama dia.

Aku tak ada dengan dia.

Dia yang sudah mengandungkan aku. Menjaga aku seorang dirinya. Mencari duit untuk membesarkan aku. Bersusah payah mendapatkan segala yang terbaik untuk aku.

Mana mungkin aku akan lupakan wanita ini.

Setiap saat, setiap minit, setiap jam, aku tak pernah berhenti untuk salahkan diri aku. Kalau lah semua benda ini aku boleh agak dari awal.

Aku tak akan tinggalkan dia seorang diri di rumah.

Tak akan tinggalkan dia walau satu saat sekalipun.

Aku akan kucup pipi dia. Peluk dia bagai hari esok tiada.

Segalanya akan aku korbankan hanya untuk dia yang sudah korbankan segalanya untuk aku.

Ya Tuhan, terlalu singkat masa yang engkau beri untuk aku bersama dia.

Tidak bolehkah kau pinjamkan dia lagi kepada aku ?

10 tahun sudah berlalu tapi tak pernah dalam seminggu aku tidak melawat dia di tempat rehatnya.

10 tahun berlalu, terlalu banyak perkara yang berubah.

Aku terlalu rindukan mama.

" Bella, stop crying. You make her more sad than she ever does " Keith di belakang memegang lembut bahu aku.

Aku genggam sejambak bunga ros dengan erat. bunga yang selalu menjadi kegemarannya. Tak pernah sekali pun aku dapat tahan air mata aku kalau sampai di sini. Di kubur mama.

Kubur dia tak pernah kelihatan terbiar seperti kubur-kubur yang lain kerana aku selalu datang menjenguk dan menjaganya. Bagai dia masih lagi bernyawa.

" lets go home Bella, you need to take some rest " Keith memujuk. Aku hanya menurut. Kesian dia kerana sudah satu jam berdiri setia menemani aku di sini.

Aku mengangguk dan perlahan-lahan bangun. Bunga tadi aku biarkan di atas kuburnya. Sebelum berlalu pergi, aku melihatnya untuk terakhir kali sebelum aku pulang. Aku pasti akan datang lagi.

' Mama, esok Bell datang lagi ya ? '

**🌙**

Aku memerhatikan sahaja pemandangan di luar cermin kereta. Keith di sebelah sedang khusyuk membawa kereta tetapi aku perasan dia selalu mencuri-curi pandangan untuk melihat aku.

Dia risau. Dia tak pernah berhenti daripada risaukan aku.

10 tahun berlalu dah banyak benda jadi. Mama menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital kerana menghidapi breast canser.

Terkejut bukan ?

Kerana tak pernah sekali pun dia mengaduh kesakitan ataupun kelihatan letih. Senyuman dia tak pernah lekang di bibir. Hidupnya nampak ceria sahaja.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Donde viven las historias. Descúbrelo ahora