47 | chaos

44.9K 3.4K 464
                                    

BELLA ROSALLES [ POV ]

Suasana jadi kacau bilau. Aku masih berada dalam cengkaman Kriss. Cuba untuk lari tapi serta-merta mendapat jelingan tajam darinya. Dia sudah pun mula berundur ke belakang bersama dengan aku dalam pegangan eratnya dan membiarkan anak-anak buah dia yang mengotorkan tangan membuat kerja gila ini.

Dia melihat dengan perasaan puas. Puas melihat Jackson dan Rafael sekarang yang tengah tercungap-cungap lelah melawan konco-konconya yang ramai. Dalam hati aku berharap agar Jackson dan Rafael tidak akan diapa-apakan. Aku tahu, ini memang mustahil bagi mereka untuk menang. Mereka hanya berdua, mana mungkin boleh kalahkan lebih dari dua puluh lelaki di dalam bilik ini.

Berdas tembakan dilepaskan. Melihat dari riak Rafael dan Jackson yang tenang seolah-olah mereka tidak terkesan itu buat aku naik gila. Kalau terkena tembakan mereka, silap haribulan boleh tengok kalendar ! Eh maksud aku, silap haribulan boleh hilang nyawa !

Aku makin tak senang duduk. Sudahlah mereka berdua itu tiada apa-apa senjata yang boleh digunakan untuk lawan sebilangan lekaki yang ramai itu !

" RAFAEL WATCH OUT ! " jerit aku lantang sebagai amaran. Serta-merta, Rafael menunduk dan mengelak kaki yang hampir mengenai kepalanya. Tangan Rafael kemudian tangkas memegang kaki itu dan memutar tuan badannya di atas bahu. Lelaki itu terhempap ke atas lantai. Rafael dengan pantas menumbuk dada lelaki itu dengan buku limanya. Jeritan lelaki itu bergema besertakan carutan dalam bahasa Thailand.

" you need to learn how to keep your mouth shut, princess ! " Satu tamparan untuk kali kedua laju hinggap di pipi aku tapi kali ini lagi pedih dan menyeksakan memandangkan dia tampar pada bahagian yang dah cedera tadi.

Aku berdesis sakit. Terus rebah badan aku. Aku pegang bibir aku yang dah laju mengalir darah segar. Mata seperti tengah berpusing hebat. Aku cuba tutup mata dan kepala tergeleng beberapa kali cuba untuk mendapat pandangan yang jelas.

Belum sempat aku bangun balik, Kriss terlebih dahulu mencekik leher aku kemudian memaksa aku untuk berdiri menghadapnya. Jelas pada matanya yang dia sedang dilanda amarah yang berapi.

Aku tak mampu nak menjerit mahupun meminta tolong. Suara sudah pun hilang. Nafas aku tersekat. Makin lama makin sesak. Badan aku seolah-olah makin jauh dengan lantai. Terasa bagai diri diangkat. Tangan aku tak mampu untuk leraikan cekikan Kriss.

" AKU CAKAP JANGAN SENTUH DIA ! " Rafael meluru laju dengan sebatang besi panjang. Aku tak tahu bila dia dapat benda tu. Besi panjang yang berada di tangan Rafael jelas mempunyai beberapa kesan darah yang masih pekat. Aku perasan yang orang-orang Kriss dah ramai yang rebah ke lantai. Jackson masih lagi bertarung dengan segala tenaga yang dia ada.

Mata aku segera tertumpu pada Rafael. Aku tak tahu apa yang bakal dia buat. Tiba-tiba, batang besi tersebut dihayun laju ke arah Kriss namun dia sempat mengelak. Kriss melepaskan cekikan terhadap leher aku, terus aku jatuh terbaring ke lantai. Dia mula menyepak besi yang berada di tangan Rafael kemudian besi tersebut terpelanting jauh.

" sayang betul kau dekat perempuan ni kan ? " sinis dia berkata kemudian mengeluarkan sepucuk pistol.

Hampir terkeluar bola mata aku daripada soket bila tengok dia mula acukan pistol tersebut tepat ke arah kepala Rafael. Tapi Rafael tetap jadi Rafael. Dia tidak berganjak walau satu tapak sekalipun. Langsung tidak gentar.

Tapi disebabkan tindakan Kriss yang lambat dan kedudukan mereka berdua yang agak dekat, Rafael dengan tangkas mencengkam pergelangan tangan Kriss dan merampas pistol tersebut. Dia mengeluarkan semua peluru di dalamnya dan bukan itu sahaja, pistol tersebut juga dileraikan satu persatu sehingga ianya tidak menjadi bentuk yang asal. Lincah tangannya meleraikan setiap bahagian pistol tersebut seperti sebuah mainan. Kemudian dia melempar semuanya ke tepi. Kriss nampak tercabar. Mukanya sedikit berubah. Terkejut sehingga hilang kata-kata.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang