#9

2.1K 43 0
                                    

JEMARI runcing laju menari di atas papan kekunci. Melayarkan kata-kata untuk tatapan mereka yang sudi membaca.

BENCI. Usah biar merajai hati. Hidup ini terlalu singkat untuk melayan satu emosi yang hanya membawa pada sia-sia. Malah mampu memusnahkan hidup manusia.

HIDUP. Bukan sekadar hidup. Biarkan setiap detik yang berlalu membawa makna. Tidak kira bagaimana cara, yang penting niat dan matlamatnya sama.

DUNIA. Bukan sekadar pentas untuk bercanda. Punya tugas dan tanggungjawab untuk dibawa. Setiap manusia punya karakter yang perlu dipegang demi...

Taipan jemari runcing terhenti saat desah nafas sang suami menghembus lembut di leher jinjang. Sekelip mata menghilangkan segala idea yang bersarang di kepala. Tumpuan kini hanya pada sang suami.

"Benci?" suara garau dia lembut menampar gegendang telinga. Rapat. Dekat.

"Hati you pernah membenci," komennya bersahaja. Namun tuduhan untukku tetap dapat dirasa.

"Bencikan siapa?" soalku berpaling pantas ke arah dia hinggakan bibir aku dan dia hampir berlaga.

"Suami you."

"Are you sure?" dugaku.

Benci itu cuma melata di bibir kerana pernah dihalau pergi suatu ketika dulu. Walhal hati sendiri tak pernah berhenti menyinta.

Dia diam tidak membalas. Sekadar menanti penjelasanku. Buat bibirku tersenyum manis.

"Kalau I benar-benar bencikan you... I takkan ada kat sini dengan you, Reeq," balasku lembut. 

"Kalaupun you pernah membenci... I akan tetap heret you kembali dalam hidup I, Ray."

Meledak tawaku mendengar bicara dia. Benar. Memang itu pun yang berlaku. Aku diheret kembali biarpun cuba melawan.

Dia seperti Hitler menjajah setiap detik kehidupanku. Memastikan aku tidak mampu menolak kehadirannya.

Bagaimana mahu menolak bila hatiku sudah lama menjadi milik dia. Mencair tanpa sempat berbuat apa-apa.

"I love you, Rayhan Amanda. I love you so much," bisiknya syahdu.

Tubuhku dengan mudah ditarik ke dalam rangkulan dia. Tidak lagi dibenarkan bertenggek di kerusi melayan blog di mana tulisanku tergantung begitu sahaja.

Sepasang mata bersinar galak. Menikmati saat diri dihargai seorang suami. Mengharap saat ini berkekalan hingga ke akhirnya.

Malangnya tiada yang kekal di dunia ini. Yang hidup pasti mati. Yang manis pasti tawar. Yang cantik pasti dimamah usia. Yang muda tetap akan tua. Lalu di manakah aku dan dia akan berada?

Mungkinkah bahagia selamanya?

Lelah Mencintaimu IITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang