Bab 4

13.7K 162 4
                                    

SENYUMAN Ibu Maryam melebar sebaik saja Daliya melangkah masuk ke dalam kedai bersama Heidi. Memang sejak tadi kepulangan wanita itu ditungg-tunggu.

Menghempas tubuh di atas sofa, Heidi enggan diletakkan di atas karpet. Batang leher Daliya dipeluk erat.

"Duduklah kat bawah, sayang. Mama penat. Awak tu makin berat." Daliya berusaha memujuk persis Heidi mengerti. Si anak didirikan di atas riba. Kedua-dua tangan kecil itu dipegang. Digoncang-goncang Heidi ke kiri dan kanan sambil mencari anak matanya.

Sebagai protes, si kecil merengek-rengek. Tangan Daliya digenggam kuat. Tidak mahu berpisah dari tubuh mama.

Mengerling Ibu Maryam, Daliya mengeluh sambil memutar bola mata. Sangat memahami apa yang diinginkan si kecil. Tidak bertangguh, tubuh anak dibaringkan di atas pangkuan. Punggung Heidi ditepuk geram sebelum dia pantas menyingkap baju.

Gelojoh Heidi menikmati susu yang masih menjadi makanan utama. Mendapat apa yang diidam-idam, tidak diendahkan mama yang masih lagi berleter. Suara mama ditenggelami gumamannya.

"Pandai buat perangai dah. Kalau degil tak nak dengar cakap, nanti mama bagi susu botol aje."

Pipi Heidi dicubit lembut. Dalam geram, tawanya hampir tersembur. Ugutannya langsung tidak diendahkan.

Ibu Maryam tergelak halus. Pemandangan dua beranak di hadapannya menghiburkan hati. Seketika dibiar Daliya melayani kerenah anaknya sebelum menujah perkara pokok.

"Tadi Hajah Dian datang."

Daliya memanggung muka. Maklumat dari Ibu Maryam menolak keningnya naik ke atas. Bibir tua itu tersenyum-senyum mengundang tanda tanya. Dia tahu Hajah Dian adalah salah seorang teman baik wanita itu dan selalu sahaja berkunjung ke kedai. Namun dia berjaya menangkap kelainan dari riak yang terpasang di muka Ibu Maryam.

"Okey." Meleret sahaja balasannya. Memancing Ibu Maryam meneruskan tujuan utama.

"Kita dapat tempahan langsir!" Agak teruja Ibu Maryam berkongsi cerita hingga tanpa sedar terluah dalam tepukan. Peluang untuk mengembangkan perniagaan, siapa yang tidak gembira? Sebagai pemilik butik langsir, kesempatan yang jarang sekali bergolek ke kaki pasti akan direbut.

Daliya senyap. Hanya bola mata bergerak-gerak. Masih belum berjaya menangkap keterujaan yang cuba dikirim. Setiap hari memang mereka selalu mendapat tempahan langsir dan cadar pengantin. Jadi apalah perbezaannya kali ini?

Ibu Maryam menggeleng seraya mengeluh perlahan.

"Hajah Dian tu isteri Haji Fuad." Ibu Maryam masih berteka-teki. Mendesak Daliya mengagak sendiri. Namun respons wanita di hadapannya menghampakan.

"Siapa Haji Fuad?"

"Itulah, ibu suruh Liya berkawan dengan pelanggan tapi Liya tak nak. Nak fokus pada menjahit sampaikan tak kenal orang sekeliling."

Nah, sedebuk atas kepala! Baru Daliya sedar. Sikap tidak ambil pedulinya dijadikan modal untuk Ibu Maryam menghentam. Kesal bermaharajalela namun sekejap sahaja.

"Aduh!!"

Si kecil dalam pangkuan memintas sesi 'ceramah' Ibu Maryam. Menggigit bahagian bentil susunya sehingga Daliya terjerit kecil. Tindakan refleks, hampir sahaja tubuh Heidi menjadi habuan tangannya. Namun mujurlah cepat saraf tunjang dikawal.

"Sakitlah!" Di luar sedar, Heidi menjadi mangsa kemarahan. Berkerut-kerut dahinya menahan bahagian yang berdenyut-denyut.

Heidi yang terperanjat segera melepaskan sumber makanannya. Terkedip-kedip membuang pandang ke wajah mama yang berubah kemerahan. Bibir comel itu tercebik-cebik. Sentap!

Lelakimu Yang Dulu [TERBIT] Where stories live. Discover now