-TEASER SAHAJA-
Terkocoh-kocoh aku mendapatkannya. Nasib baiklah aku sudah elok bersiap. Jika tidak, terpaksalah kubiarkan Izri lama menanti.
"Eh, you nak ke mana?" Soal Izri sebaik sahaja aku berdiri di hadapannya. Hairan melihat cara pemakaianku yang agak berbeza. Terlebih kemas untuk berada di blok tetapi terlebih santai pula untuk ke kelas. Maklumlah, pakaian sesuai untuk orang keluar bersiar-siar.
"I nak keluar kejap lagi." Jawabku seraya menyambut kertas kerja yang dihulur Izri.
"Sorry-lah I kacau you time macam ni. Petang nanti I takut tak sempat nak jumpa you sebab I kena pergi Kangar."
"Tak apa, nanti I recheck paper work ni sebelum hantar pada HEP." Senyumanku bertujuan menyegarkan semula hati Izri yang disapa serba-salah kerana terpaksa menyusahkanku menyempurnakan tugasnya.
"Oh, untuk jasa baik you sebab tolong I yang sibuk sangat ni, I bribe you dengan breakfast percuma." Izri mengambil sebungkus plastik berisi roti canai dari dalam keretanya lalu disua kepadaku. Dia ketawa mengekeh melihat aku menayang muka jengkel.
"I dah cakap, I ikhlas tolong you. Tak payah nak bribe I dengan roti canai ni. Memadailah dengan dua set KFC. Satu set untuk I dan satu set lagi untuk Alisa." Selamba aku mengenakan Izri yang sudah melambakkan tawa. Namun aku menyambut juga beg plastik dari tangannya.
Aku seakan-akan terpana ketika ternampak Mitsubishi Triton berwarna putih menjalar masuk ke bahagian parkir kereta menghampiri tempatku dan Izri berdiri. Semerta debaran menyerbu ke dada. Bimbang kalau hubunganku dengan Abang Adli berjaya dihidu oleh Izri.
Tidak tentu arah jadinya apabila Abang Adli menuruni kenderaan tanpa mematikan enjin bergerak menghampiriku dan Izri. Aku tidak pasti bagaimana rupa senyumanku membalas pandangan Abang Adli. Ucapan salamnya kujawab dalam hati.
Tergamam aku ketika Abang Adli menghulur salam. Agak lama masa yang diambil untukku menyambut, sebelum tunduk mengucup tangannya.
Ramah Abang Adli berjabat salam dengan Izri yang terpinga-pinga.
"Izri, kawan Nur." Izri pantas memperkenalkan dirinya setelah melihatku terkaku di sisi Abang Adli.
"Adli..."
"Err...abang I. Abang Adli ni abang I." Kalut aku mencantas bicara Abang Adli. Dari ekor mata, aku menyedari perubahan riak yang terpeta di wajahnya. Tetapi aku berpura-pura tidak nampak.
Beralih-alih anak mata Izri memandangku dan Abang Adli. Tidak tertafsir makna dari pandangannya yang terang memancarkan tanda soal.
"Ohhh! I tak tahu pun selama ni you ada abang."
Apa lagi yang harus kulakukan tika ini selain tersengih.
Merasakan dirinya seolah-olah mengganggu, Izri lantas meminta diri untuk beredar.
"Hemmm...handsome." Semacam sahaja komen lelaki di sebelah setelah kereta Izri menjauh.
Aku diam tanpa ulasan.
Beralasan mahu menyimpan kertas kerja dan bungkusan roti canai pemberian Izri, aku meminta Abang Adli menunggu seketika. Sempat dia memintaku membawa sedikit pakaian dan kelengkapan harian.
"Nur okey ke keluar dengan abang?"
Aku mengerling Abang Adli yang sudah memulakan pemanduan.
"Okey aje. Kenapa?"
"Mana tahu kalau ada orang marah." Abang Adli sengaja berteka-teki.
Dari ulahnya, aku sedar kehadiran Izri sedikit sebanyak menjentik cemburu di hati Abang Adli. Aku menyimpul senyum. Mungkinkah hati Abang Adli telah mendendangkan irama cinta yang serupa?

YOU ARE READING
Dia Dambaan Hati [TERBIT]
RomanceTersisih dari perhatian ibu, Nur Zahra terlonta sendiri, tercari-cari dahan kasih untuk berpaut. Pertemuan dengan Adli Hadwan menghadirkan sinar cinta tetapi isi hatinya tidak pernah sampai ke pengetahuan lelaki itu. Perbezaan latar belakang menjad...