Dia Dambaan Hati [T...
By farahdarianna
111.6K
5.1K
1.3K
  • Romance
  • adlihadwan
  • diadambaanhati
  • farahdarianna
  • nuradli
  • nurzahra

Description

Tersisih dari perhatian ibu, Nur Zahra terlonta sendiri, tercari-cari dahan kasih untuk berpaut. Pertemuan dengan Adli Hadwan menghadirkan sinar cinta tetapi isi hatinya tidak pernah sampai ke pengetahuan lelaki itu. Perbezaan latar belakang menjadi jurang pemisah. Di saat Nur Zahra ghairah mengejar cita-cita, Pak Lang Juhari tampil membawa hajat. Nur Zahra ingin dijadikan isteri. Dek dendam, Nur Zahra dipaksa menerima Pak Lang Juhari sebagai suami. Demi kasih ibu yang diimpi saban waktu, Nur Zahra hampir tertewas. Ketika dia tersepit antara cita-cita dengan kehendak ibu, Adli Hadwan muncul sebagai penyelamat keadaan. "Abang nak Nur jadi isteri abang." - Adli Hadwan Bahagia menjelma tika lelaki dicintai dalam diam membawa lamaran. "Kita kahwin bukan sebab suka sama suka. Niat abang satu aje, abang nak tolong Nur." -Adli Hadwan Kenyataan Adli Hadwan menyentak hati. Nur Zahra sedar, niat lelaki itu sekadar membantunya yang sudah tersepit. "If you need me, I'll be right here for you." - Adli Hadwan Biar tiada cinta tetapi lelaki itu setia bersama. "Sepatutnya Adli kahwin dengan Ima, bukan dengan kau!" - Ibu Ibu percaya, Adli Hadwan bukan milik Nur Zahra tetapi hak Nur Fatimah. Kasih sayang dua beradik diuji oleh sikap ibu yang memisahkan. Apakah ada peluang untuk Nur Zahra mengecap nikmat cinta wanita bergelar ibu? Setiakah Adli Hadwan ketika ada wanita lain yang lebih sempurna? Dia Dambaan Hati - Farah Darianna *** Prolog sampai bab 15 sahaja

Prolog

Continue Reading on Wattpad
Dia Damba...
by farahdarianna
111.6K
5.1K
1.3K
Wattpad