"Bangun! Selamat sejahtera cikgu!"
"Selamat sejahtera cikgu!"
Adli, Nizam dan Radhi dah saling berpandangan. Kamelia tak datang sekolah.
"Weh, Adli, mana Kam?" tanya Radhi.
Adli angkat bahu.
"Weh, fuck la gini," Radhi dah garu-garu kepala.
"Hari ni siapa present?" tanya Cikgu Affan.
"Geng Empat Belakang, cikgu!"
Satu kelas ketawa.
Nizam dah terpinga-pinga. Mana pulak si Kamelia tak datang sekolah pulak ni.
"Weh, macam mana ni woi?" tanya Nizam.
Adli hantar mesej Whatsapp kat Kamelia bawah meja.
Adli: weh, mana kau cibai? kau xdtg warning la awal2, arini present, ngok!
Satu tick.
"Err, cikgu! Kamelia tak datang hari ni, jadi kami mintak tangguh minggu depan, boleh tak, cikgu?" tanya Adli.
"Kamu ni janganlah main-main. Ingat present ni boleh tangguh-tangguh ke bila kamu masuk universiti?" Cikgu Affan dah mula marah. Cikgu Affan ni garang orangnya.
"Nak buat macam mana, cikgu. Kamelia sakit. Lagi..lagipun, kami semua dah ada nota. Cuma PowerPoint je ada kat dia," kata Adli, yang berani menjawab.
Radhi dah tepuk dahi. Nizam garu-garu kepala.
"Baik, hari Khamis ni. Kalau tak, markah empat belakang jahanam ni, kosong! Hari ni saya takde mood nak mengajar, kamu semua buat suka hati kamu. Kamu semua ni pun memang pemalas nak belajar pun, kan?" Cikgu Affan terus melangkah keluar dari kelas.
"Bodoh la Kam. Menyusahkan betul. At least bagi la fail tu kat aku," kata Radhi.
"Hari tu tanya nak tolong ke tak, cakap tak payah, pelik la," Nizam dah gigit pen.
Adli pulak fikir kot-kot Suria dah makan Kamelia agaknya. Mana tau, alien kan.
Tiba-tiba kedengaran suara orang panggil Adli dari belakang.
"Psst! Adli! Adli!"
Ustaz Hanafi berdiri di belakang pintu kelas.
"Hah, Ustaz. Amende?" Adli terus bangun dari kerusi.
Ustaz Hanafi tunjuk dua bungkusan di mata Adli.
"Pada kamu, mana tudung yang paling cantik untuk Ustazah Mardihah?" tanya Ustaz Hanafi.
Adli gelak.
"Kenapa pulak gelak ni?"
"Ustaz, ni zaman bila punya tudung ni. Ni tudung zaman Al Jawahir ni. Zaman 80an ni ustaz! Mak saya boleh la pakai gaya macam ni. Come on la ustaz, kalau ustaz bagi tudung macam ni, Cikgu Aiman Daniel gelakkan je ustaz," kata Adli.
"La, mana saya tahu trend tudung sekarang. Yang penting tutup aurat, kan?" kata Ustaz Hanafi.
"Ye lah, tutup aurat pun kenalah jaga style, ustaz. Come on la, ustaz. Cuba tengok Ustazah Mardihah tu, mata dia pun redup-redup je, gaya jalan pun macam model tudung Ariani. Come on la. Ini followers Instagram mesti paling koman, 40k. Ramai pesaing ni, ustaz. Come on, janganlah bagi malu saya, ustaz," kata Adli.
"Habis tu, macam mana?"
Adli sangkut lengannya ke leher Ustaz Hanafi.
"Apa kata Ustaz bawa saya pergi ke Bangi, situ banyak tudung lawa-lawa. Ustaz nak tudung apa? Neelofar? Sugarscarf? DuckScarves? Alhumairah? Cakap je, saya tau punya," kata Adli.

STAI LEGGENDO
Gadis Dari Sedna
Teen FictionKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...