3 - Duit

1.8K 67 31
                                    

Adli sedang membongkang tido dengan bilik bersepah, botol bong dah terbalik akibat mamat ni tido lasak, habis tumpah air, sambil mendengar Tim Armstrong dari kumpulan Rancid terus menyanyi dalam playlist Adli Margera dalam Spotify.

Under a red hot moon, take a bus downtown to the Grave yard shift tonight
Under a red hot moon, take a bus downtown to the Grave yard shift tonight

KC’s from Cali, California.
She's got a reputation that she didn't ask for.
She’s waiting for an escape now, escape is called the 164.
Now, KC, she won’t admit when she’s wrong,
now KC, she’s always run, run, run.
She’s a punk rocker, she don’t trust no one
on a south end bus all alone.

Bunyi suara maknya dan ketukan pintu yang kuat mengejutkannya dari tidur.

"Adui, shit la. Botol bong tumpah la pulak," Adli dah serabut dengan kejadian yang berlaku dalam biliknya.

"Bangunlah! Abah kau suruh beli kuey teow!"

"Kejap mak, kejap. Kemas bilik jap."

"Bilik kau tu kalau nak kemas senang je, campak minyak tanah lepas tu bakar. Dengan kau sekali aku bakar. Sampah masyarakat betul kau ni, deras sikit, mandi, pergi pasar!" kata mak Adli dengan penuh cacian.

"Peh, kan best kalau ada bini macam ni. Bilik bersepah ada orang boleh kemaskan. Hmm, kalau gini gamaknya bilik aku, bini aku pun lari la kahwin lain. Ish, barai aku, barai!" Adli bermonolog dalaman.

Selepas selesai mengemas air botol bong yang tumpah dan mengemaskan katil, Adli terus capai tuala dan mandi. Sambil mandi dia menyanyi lagu tema hidupnya, Yang Penting Happy dari Aboi.

Kawan-kawanku dengarlah lagu 
Jangan mati kutu
Hello brader, awek lari 
Kita cari lagi

Suka hati suka hati 
Yang penting kita happy 
Happy! Happy!
Yang penting kita happy

Lepas mandi, dia terus salin pakaian, dan duduk di meja untuk bersarapan.

"Nah, ni list barang bapak kau suruh beli," kata mak Adli sambil hulurkan list dan dua keping not kertas ungu.

"Aiseh mak, duit minyak takde ke?" tanya Adli.

"Mana aku tahu. Abah kau bagi duit banyak tu, banyak tu je la aku bagi. Mana aku nak korek duit lebih? Kau ingat aku Gabenor Bank Negara?" kata mak Adli sambil gaul ikan rebus dengan nasi untuk diberi makan pada Billie Joe.

Billie Joe ialah kucing Adli yang menjadi gangster di taman perumahannya. Billie Joe semua makwe spesis kucing di lorong rumahnya.

Adli makan je nasi goreng yang dimasak maknya untuk sarapan.

"Abah mana?" tanya Adli.

"Dia gi join senaman taichi dengan orang-orang tua Cina kat padang CP 6 tu. Sejak dua menjak lepas tengok cerita Ip-Man ni, mulalah abah kau berangan nak bertaichi."

"Pulak," Adli geleng kepala.

"Hari ni kau tolong abah kau niaga tak?" tanya mak Adli.

"Eh, mestilah. Dah cuti dua minggu dah pun," kata Adli.

Tiba-tiba Whatsapp berbunyi.

Kamelia: adli

Adli: mende

Kamelia: free tak?

Adli: banyak la aku free, kau ingat aku takde harga ke. Satu malam 500 ringgit bank in one shot

Kamelia: murahnya maruah kau li

Adli: cibai hahaha

Adli: amende?

Gadis Dari Sedna Donde viven las historias. Descúbrelo ahora