Aku bangun dari lena pada jam 8 pagi. Selepas solat subuh tadi,aku terus sambung tidur kerana terlalu penat. Flight yang mengambil masa selama 10 jam(?) agak memenatkan. Aku turun untuk bersarapan bersama2 krew kapal terbang.
Selepas bersarapan bersama mereka,aku mengambil keputusan untuk jalan2 sambil melihat pemandangan di Jepun ini. Cuaca di sini agak sejuk walaupun bukan musim salji. Nasib baik aku pakai baju sejuk. Di Jepun memang agak sesak tapi masih boleh dikawal daripada dibandingkan dengan Malaysia.
"Auch" aduh seorang gadis yang jatuh terduduk di depan aku. Kami berlanggar satu sama lain menyebabkan dia terjatuh. Tidak aku perasan kelibat dia.
"I'm sorry miss. I accidentally." aku memohon maaf ke atas kecuaian aku. Dia bangun sambil tersenyum ke arah aku.
"Damia. Kau buat apa kat sini." hilang sudah mood aku untuk jalan2. Minah ni kat mana je aku ada,mesti dia ada. Sibuk je.
"Ehh Naufal. I holiday kat sini la. Tak kan la I nak intip U kot." Damia berloya buruk. Eleh macam la aku tak tau motif kau.
"Oh kalau camtu aku mintak diri dulu lah." cepat2 aku beredar dari situ. Belum sempat kaki aku nak bergerak,Damia terlebih dahulu pegang tangan aku. Aku merentap tanganku dari pegangannya.
"Kau ni tak tahu hukum hakam ke hah. Tak malu ke sentuh suami orang." aku memakinya. Orang yang lalu disekitar kami aku tidak hiraukan. Kemarahan aku semakin memuncak kerana perangai minah ni. Macam mintak pelempang aku je. Nasib perempuan.
"Alaa U ni. Tu pun nak marah. Rilek la. Kebetulan I jump U ni,I nak mintak maaf kalau I ada buat salah kat U."
'Nak mintak maaf tapi tangan tu tergedik2 duk belit rambut dia yang karat tu. Dahtu senyum pun gedik. Ikhlas ke nak mintak maaf.' aku menggulingkan mata ku.
"Emm yela aku 'maafkan'. Dah aku blah dulu." selepas berpaling dari Damia,aku terasa tubuhku dipeluk dari belakang. Aku memutarkan tubuh badan ku. Aku melepaskan pelukan dari Damia.
"Kau ni dah kenapa! Nak makan penampar aku ke hah!" muka aku pun aku rasa macam dah merah kerana terlalu marah. Kalau kau letak air,confirm dah mendidih. Amboi hiperbolanya.
"U dah tak sayang I ke Naufal." tanya Damia dengan buat2 muka sedihnya. Memang mintak pelempang aku agaknya.
"Aku tak pernah sayangkan kau la Damia. Dulu masa aku bercinta dengan Diana,aku hanya sayangkan kau sebagai bakal adik ipar aku je. Tak lebih dari tu. Kau je yang anggap lebih." aku menerangkan hal sebenar.
"Tapi I sayang kan U Naufal. U tak nampak ke betapa cintanya I kat U." Damia cuba meraih tangan ku tapi cepat2 aku mengelak.
"Look. Damia kau cantik dan kau baik. Jujur aku cakap kau memang baik. Tapi disebabkan perasaan kau terhadap aku,kau buat perkara bodoh. Tolong la stop kacau aku. Move on please Mia." aku memohon kepadanya. Ini adalah kali pertama aku memohon kepada Damia.
"No. I tak kan lupakan U. U tetap akan menjadi milik I. I akan hapuskan sesiapa je yang cuba menghalang hubungan kita termasuk isteri U." Damia cuba mengugut aku.
"Kau jangan nak berani sentuh isteri aku. Kalau kau sentuh isteri aku,hidup kau akan merana Damia. I'm warning U." aku terus meninggalkannya.
Ahh serabut fikir pasal Damia yang entah pape tu. Tak habis2 nak kacau life orang. Sibuk je.
~~~~~~
Damia POV"Kau jangan nak berani sentuh isteri aku. Kalau kau sentuh isteri aku,hidup kau akan merana Damia. I'm warning U." Naufal cuba mengugut aku. Dia terus meninggalkan aku seorang diri.
"Bos." panggil seseorang. Aku berpaling ke arahnya. Dia menghulurkan gambar yang telah ditangkap tadi. Aku meneliti gambar tersebut.
"Bagus. Ni upah kau. Kau dah boleh blah." selepas mendapat upahan daripada aku,dia terus menghilangkan diri.
'Kau tengok lah Naufal. Hidup kau akan musnah. Iris akan tinggalkan kau. Dan kau,akan menjadi milik aku buat selama-lamanya.' aku tersenyum sinis lalu terus meninggalkan kawasan tersebut.

YOU ARE READING
LOVE YOU MR. PILOT ✔️
RomanceIni kisah aku, Nik Qisya Iris dengan Raja Amer Naufal. Kehidupan yang agak cliche seperti novel2 melayu yang pernah aku baca. Tidak aku menjangka bahawa hidup aku juga seperti di dalam novel melayu. Kehidupan kami tidak seperti yang lain. Hidup kami...