Selepas selesai majlis bersanding yang diadakan pada waktu malam,aku terus ke bilik memandangkan tak ada apa yang perlu ditolong. Rami saudara mara yang menolong di dapur.
Aku menaiki tangga untuk menuju ke bilik aku yang terletak paling hujung. Aku memulas tombol pintu dan melihat sekeliling. Bilik aku telah dihias oleh mummy dan Alia. Nampak cantik. Suasana nampak macam romantik.
Aku membuka pin tudung ku untuk melepaskan tudung yang tersarung di kepala. Aku menurunkan zip baju untuk mandi. Aku mencapai tuala yang disangkut pada rak. Di dalam bilik air,aku berendam dalam tab untuk merehatkan diri.
Haruman lavender menyamankan aku. Aku menutup mata seketika untuk melepaskan penat. Selesai mandi,aku keluar untuk memakai baju tidur.
'Lebih baik aku cepat,nanti tak pasal2 si bapak singa tu masuk. Tak ke mati aku'gumam ku.
Aku mencapai baju tidur yang berwarna biru lalu disarungkan pada badan ku. Aku menuju ke meja solek untuk menyikat rambut. Sebelun sempat aku duduk,kedengaran pintu bilik ku dibuka. Aku menoleh untuk melihat gerangan yang masuk ke bilik ku. Tertanya orang nya adalah bapak singa.
Aku tidak menghiraukan nya. Aku mencapai sikat lalu menyikat rambut aku yang panjang sampai ke pinggang. Selepas selesai menyikat rambut,aku menyapu losen pada tangan seperti kebiasaannya.
Aku melihat Naufal yang hanya bertuala separas pinggang. Mungkin hendak mandi. Aku hanya melihat nya sekilas. Nanti tak pasal2 ada benda lain yang berlaku. Kedengaran pancuran air mencurah menandakan Naufal tengah mandi.
Aku menuju ke katil lalu bermain dengan handfone ku. Banyak call dan mesej daripada kenalan ku. Salah satunya Ammar.
Ammar
Maaf. Saya tak dapat hadir pada majlis awak. Saya kena outstation dekat Pahang. Semalam baru bertolak.Aku hanya membaca tanpa membalas. Tanpa disedari,Naufal telah pun siap mandi. Naufal menuju ke bagasi yang dibawa olehnya untuk mencari baju. Naufal berdehem sebelum memulakan perbualan.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau"ujar Naufal dengan wajah serius nya. Aku membetulkan kedudukan sebelum menjawab.
"Nak cakap apa?"aku memandang matanya. Sungguh. Matanya begitu menawan sekali. Warna mata hazel mampu mencairkan hati aku. Tapi mampu ke aku memiliki dia dan hatinya?
"Kau dengar tak apa yang aku cakap?"marah Naufal
"Hah. Awak cakap apa? Sorry. Saya tak dengar."ujar ku. Aku menundukkan kepala. Gerun tengok matanya. Tajam benor.
"Lain kali kalau aku cakap,dengar betul2. Jangan mengelamun"marahnya. Aku hanya meganggukkan kepala tanda faham. Dia meneruskan perbualan yang tergendala.
"Aku cakap. Selama kita kahwin ni,kita akan buat hal masing2. Kau buat hal kau,aku buat hal aku. Kau tak payah sibuk hal aku. Dan aku tak akan sibuk hal kau. Tapi kalau depan parents kita,kita kena berlakon macam hidup bahagia. Dan kau jangan sekali2 bocorkan rahsia kita ni. Kau faham kan"
Panjang bebenor ceramahnya. Mengantuk aku. Aku menguap untuk menghilangkan ngantuk yang datang. Tertanya ceramahnya mampu membuatkan aku ngantuk. Adoii. Sakitnya dahi aku.
"Kenapa awak jentik dahi saya. Sakitla"marah aku. Aku mengosok tempat yang telah dijentik. Sakit woo. Tangan besi ke apa. Mesti merah ni.
"Dah aku cakap,kau buat bodoh. Kau dengar tak apa yang aku cakap? Boleh pulak kau menguap. Ngantuk sangat ke?"
Membebel lagi si singa ni. Ni jadi semakin ngantuk ni.
"Saya dengar la. Awak membebel,buat saya semakin ngantuk. Terima kasih la pada bebel awak tu. Boleh tolong saya tidur awal. Saya tidur dulu la. Good night"aku menguap untuk sekali lagi. Sungguh. Ngantuk gila.
"Kau tak boleh tidur lagi"arah Naufal.
'What the. Tak boleh tidur? Aku dah la ngantuk gila ni. Boleh pulak dia arah aku jangan tidur lagi'desis hatiku.
"Tapi awak. Saya ngantuk la. Lain kali la eh kalau awak nak cakap. Saya betul2 ngantuk ni."entah keberapa kali dah aku nguap. Mengantuk gila.
Percakapan Naufal ibarat angin lalu. Langsung tak masuk dalam otak. Aku hanya menggangukkan kepala tanda faham. Padahal tak faham satu sen pun. Akhirnya Naufal berhenti membebel,dan bagi aku tidur. Aku membaringkan tubuh ku.
Tak sampai berapa saat,kedengkuran halus didengari menandakan Iris telah tidur. Naufal membaringkan badan membelakangi Iris. Naufal memejam mata untuk ke alam seterusnya.
*actually kalau korang nak tahu macam mana saya dapat gelar Naufal sebagai bapak singa ialah saya dapat dari Kak Shiey. Dia yang gelarkan. So saya guna la. Hahaha. Ampun Kak Shiey. Saya guna tak mintak izin :)

YOU ARE READING
LOVE YOU MR. PILOT ✔️
RomanceIni kisah aku, Nik Qisya Iris dengan Raja Amer Naufal. Kehidupan yang agak cliche seperti novel2 melayu yang pernah aku baca. Tidak aku menjangka bahawa hidup aku juga seperti di dalam novel melayu. Kehidupan kami tidak seperti yang lain. Hidup kami...