“OKAY ladies, lets get started!” Bukan main girang Hani dapat berkumpul semula dengan The Princesses yang kini sudah menjadi The Queens kerana masing-masing sudah berumah tangga.
Mizan, Nurin, Lyana dan Rania masing-masing sudah merangka Majlis Makan Malam Amal cetusan idea terkejut mengejut Irfan empat bulan lepas. Kiraan dana, penaja, tempat, jemputan, hiasan, makanan dan segala atur cara dan keperluan lain Hani serahkan kepada mereka.
“Aida, overall semua okay ke?” Tanya Lyana kepada perancang majlis mereka Aida Syamimi daripada Dixsya.co yang terkenal dengan dekorasi majlis hebatnya.
“Semua okay, meja, pentas semua dah siap tunggu perhiasan je la mungkin esok boleh siap. Event lusa jadi semuanya dalam kawalan InshaAllah.” Terangnya dengan penuh semangat.
Tema yang dipilih ialah putih Kristal. Memang sangat ringkas tetapi bergaya. Sesuailah dengan tujuan majlis untuk mengumpul dana dan meraikan anak Rumah Kasih Syukur.
“Makanan?” Tanya Mizan.
“Katering Intan dah telefon, esok dia hantar buffet.” Jawab Aida.
“Work your magic girl.” Kata Nurin sebelum mereka meninggalkan Aida untuk melakukan tugasnya.
Masuk ke dalam bilik cenderamata, anak-anak sedang sibuk mengisi beg kertas dengan biskut coklat dan air kotak.
“I hope anak Mizan perempuan. Tengoklah, bunganya sekuntum kumbangnya enam ekor.” Nurin merujuk kepada Aqilah yang dikelilingi Aqil, Furqan, Naufal, Umair, Firdaus anak Lyana dan Luqman anak Nurin.“Sorry to break this but make it seven.” Mizan gigit bibir.
“Baby boy ke? Makin ramailah tentera jihad fisabilillah kita.” Berita itu disambut gembira. Anak pertama Mizan setelah empat tahun penantian pastilah gembira!
Biarlah anak lelaki atau perempuan, asalkan sihat dan berjasa bila sudah dewasa kelak.
“Nanti jadi Puteri Salji dan tujuh orang kerdil.” Tiba-tiba Hani teringat kisah dongeng Grimm Brothers itu.
“Banyak punya kacak anak teruna ni semua Mama Hani samakan dengan orang kerdil? Sampainya hati.” Rania menggeleng kepala. Ada sajalah idea si Hani ni.
“Abang Nawfal kira dah berapa?” Tanya Nurin.
“Kena kira ke?” Nawfal bertanya kembali.
“Tak kira ke?” Sampai sudah tak habis soalan dijawab soalan!
“Abi kata, masukkan biskut dan air kotak dalam beg sampai habis. Tak ada kira. Jadi tak kira la.” Tu dia peguam Aqilah sudah berbicara.
Mampu tersengih sahaja mereka. Arahan tak lengkap, robot tak boleh proses! Mereka menyambung kembali kilang biskut dan air yang tergendala. Luqman dan Firdaus buka beg, Aqilah dan Aqil masukkan biskut, Umair dan Furqan masukkan air dan Naufal sebagai kapten pasukan menyusun beg yang telah siap.
“Dia orang ni well behaved sangat la. Risau pula rasanya.” Rania garu kepala yang tidak gatal.
Kanak-kanak secara amnya tak mampu nak duduk lama-lama. Berlari menjerit sudah menjadi fitrah, tetapi anak-anak mereka ni elok je menyusun bejam-jam. Tapi sebelum ni taklah pula macam ni.
“Jangan ditegur. Masing-masing tengah semangat nak tolong tu.” Lyana mengingatkan. Budak-budak ni pantang ditegur mulalah nanti malasnya.
“Semua dah siap?” Irfan masuk dengan Nabil dan Syafiq. Tangan masing-masing penuh dengan McDonald, KFC dan Domino’s. Anak-anak yang sedang membungkus terus bangun menyerang.
Patutlah… Kerja berupah rupanya.
“Siiikiiit je lagi.”Luqman menjarakkan jari telunjuk dengan ibu jarinya dengan jarak 0.01 cm sambil matanya yang sedia sepet, dikecilkan lagi kerana hendak mengekspresikan tugas mereka hampir selesai.
“Siapkan nanti Uncle Irfan bagi upah. Okay Luqman?” Irfan mengusap kepala Luqman.
“Apa yang penting?” Syafiq menyanyi dalam nada Wonder Pet.
“Kerjasama!”
Semakin laju mereka membuat kerja. Habis sahaja bungkusan terakhir, masing-masing terus menyerang meja yang dipenuhi dengan makanan.
“Patutlah semangat…” Komen Mizan

YOU ARE READING
TSK : Permata
RomanceDaripada filem aksi romantik ala islamik walaupun ikhtilat ke laut, dunia Irfan dan Hani kini berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka. Ahmad Furqan Aqil Aqilah Mampukah si brutal muslimah Hani menjadi...