BAB 10

150 10 0
                                    

Tengah Zafirah meletakkan ais ke atas dahi farhan,farhan menatap wajah zafirah lama.

"Comel juga minah singa ni" farhan bermonolog dalaman sambil senyum macam kerang busuk.

Tanpa disedari,senyuman farhan ditangkap oleh zafirah lalu zafirah berkata,"kau dah kenapa senyum-senyum sendiri?Aku rasa bola tu hentak kepala kau kuat kot sampai otak kau tak berfungsi dengan betul dah."kata zafirah sambil menekan kuat balutan kain diisi ais pada lebam farhan di dahinya.

"Auchh!Sakit tau!Boleh tak kau layan aku baik sebab aku dah selamatkan kau.Kalau tadi aku tidak selamatkan kau,mungkin kau dah gila kot sekarang." kata farhan panjang lebar sambil memandang wajah zafirah.

"Excuse me?Aku tak minta pon kau selamatkan aku okay!Aku gila ke atau mati ke tadi tu bukan hal kau juga.Jadi tak payah kau susah-susahkan diri kau nak selamatkan aku lain kali." kata zafirah sambil merenung tajam kearah farhan.

"One more thing,aku masih tak maafkan kau.Sebab kau la,persahabatan aku dengan amilia hancur." zafirah menyambung kata-katanya lalu meletakkan balutan ais ke atas tapak tangan farhan.

"Kau ni tak sedar diri lagi ke?Kau lah yang rosakkan persahabatan kau sendiri." balas farhan yang tak tahan dengan perangai zafirah.

"Actually,Mr.Farhan.Now,i am not in my mood to fight with you.By the way,thanks because saved me from the ball." kata zafirah pada farhan lalu berjalan keluar dari bilik sakit.

"Aku tak faham lah dengan minah ni,ego tinggi sangat kalah gunung kinabalu." kata hati farhan sambil melihat kelibat zafirah menjauh dan menghilang.

Baru sahaja farhan ingin membaring badannya ke atas katil yang disediakan bilik sakit,dia dikejutkan dengan kedatangan seorang perempuan yang dikenalinya.

"Far,awak okay ke?Mana Irah pergi?Bukan sepatutnya dia temankan far ke" tanya perempuan itu dengan wajah cemas bercampur hairan.

"Hmmmmm,far okay je cuma lebam je dekat dahi.Zafirah baru ja keluar tadi,far rasa dia dah masuk kelas kot." teka farhan sambil senyum ke arah perempuan itu kerana dia tak nak mencemaskan orang lain.

"What!Irah tinggalkan far macam tu je?Tak patut dia buat gitu lepas farhan dah susah-susah selamatkan dia!" ujar amilia yang sakit hati dengan perangai rakannya yang tidak tahu untung.

"Maybe Zafirah tak nak ponteng kelas kot,kan far ja sakit bukan dia so dia balik kelas lah daripada buang masa dekat sini." terang farhan kepada amilia kerana dia takut amilia buruk sangka lagi dengan zafirah dan akan mengeruhkan persahabatan amilia dengan zafirah.

"I don't think so,lia rasa dia saja nak lepas tanggungjawab sebab dia kan benci far." balas amilia sambil mengambil balutan ais yang ada di tangan farhan.

"Lia,tak baik cakap gitu tau.Zafirah mungkin ada sebab tersendiri dan far rasa zafirah tak bencikan far sebab dia dah tolong bawa far ke bilik sakit." kata farhan pada amilia dan membiarkan amilia meletakkan balutan ais ke atas dahinya yang lebam.

"Suka hati awak la far,tapi lia rasa irah tak patut buat begini dengan far." balas amilia sambil menatap wajah farhan.

Amilia dan farhan tak sedar yang Zafirah berada di luar bilik sakit dan mendengari semua kata-kata mereka berdua.

Sebenarnya,zafirah tadi ingin balik ke kelas sebab malas nak bertekak dengan farhan tapi dia risaukan keadaan farhan lalu dia mengambil keputusan untuk ke kantin membeli makanan untuk farhan lalu ke bilik sakit semula.

"Aku tak sangka lia begitu bencikan aku." zafirah berkata dalam hatinya lalu ingin balik ke kelas semula.

"Irah!" suhaimi memanggil nama zafirah tapi zafirah tak mendengar kerana dia tengah melayani perasaan dan emosinya yang kacau.

"Irah!" kali ini suhaimi teriak lebih keras lagi sehingga menghentikan langkah zafirah.

"Kenapa Su panggil irah ni?Nak pecah gegendang telinga irah tau." ujar zafirah sambil memusing badannya menghadap suhaimi yang berada dibelakangnya tadi.

"Aku rasa gegendang telinga kau dah rosak kot sampai tak dengar langsung aku panggil nama kau tadi." balas suhaimi kepada zafirah.

"Su,aku malaslah nak gaduh sekarang.Kenapa kau panggil nama aku tadi?" kata zafirah sambil mengeluh kerana semua rakannya ingin mencari gaduh dengan dirinya.

"Kau ni irah emosi betul la,aku ejek sikit dah ambil hati.Sebenarnya,aku nak tanya keadaan farhan je ,dia okay dah?balas suhaimi yang prihatin pada keadaan farhan.

" kau tengoklah dia dekat bilik sakit,susah aku nak explain keadaan dia sebab aku bukan doktor pon."ujar zafirah lalu melangkah pergi untuk ke kelasnya kerana malas nak fikir mat poyo tu lagi.

"Irah,macam mana keadaan farhan?" tanya kasturi setelah zafirah sampai di kelasnya dan duduk di kerusinya.

"Boleh tak jangan tanya aku lagi tentang keadaan mat poyo tu?Aku nak tidur kejap nanti cikgu datang kau bangunkan aku." kata zafirah sambil memberi kasturi makanan dan minuman yang dibeli untuk farhan.

Zafirah lalu menundukkan mukanya dan ingin kosongkan fikirannya yang tengah kusut.

"Lia,kenapa kau sanggup putuskan persahabatan kita gara-gara mat poyo tu je." zafirah hanya berkata dalam hatinya dan tanpa disedari air matanya keluar.

Zafirah pun tidur dengan air matanya mengalir di pipi tanpa menghiraukan suasana kelasnya sekarang begitu juga dengan kasturi.


Jiran Sebelah PoyoWhere stories live. Discover now