BAB 7

166 10 0
                                    

Waktu rehat,Zafirah dan dua rakannya pergi ke tandas untuk menukar baju sekolah ke baju sukan kerana selepas waktu rehat mereka akan ada matapelajaran pendidikan jasmani.

Selang beberapa minit,mereka bertiga suda siap berpakaian baju sukan lalu menuju ke kantin untuk mengisi perut mereka sebelum pergi ke padang.

Zafirah yang sudah membeli air sirap ternampak farhan yang tengah berjalan ke arahnya.Lalu Zafirah mendapat satu idea untuk membalas dendam pada farhan.

Air sirap yang dipegang zafirah disengajakan tertumpah pada baju sukan farhan.

"Hoi,perempuan!Habis basah baju sukan aku gara-gara kau!" tengking farhan pada zafirah yang tidak peduli pada mata yang memandang mereka berdua.

"Oppsss!Sori,aku tidak sengaja la farhan" balas aku dengan muka yang berpuas hati dengan tindakan aku padanya.

"Kau sajakan tumpahkan air pada baju aku?" tanya farhan dengan muka yang bengis.

"Hmmmmm,sengaja kot" zafirah lalu melangkah pergi ke rakan-rakannya yang tunggu dia di padang kerana malas nak bertekak dengan farhan.Nanti tak pasal-pasal dia jadi 'hotstuff' sebab dah banyak sangat mata yang memandang mereka berdua.

"Hoi!Kau nak pergi mana?Kita belum selesai la." teriak farhan pada zafirah yang sudah menjauh darinya.

"Far,kau agak-agak la nak mandi dekat kantin." kata suhaimi pada farhan sebaik sahaja dia sampai di sebelah farhan.

"Macam mana ni?" tanya farhan pada suhaimi.

"Kau tukar ja la baju sukan kau tu dengan baju sekolah yang kau tadi pakai" ujar suhaimi pada farhan sambil melihat baju sukan farhan yang berwarna merah disebabkan air sirap Zafirah.

"Betul juga kata kau" farhan ingin berlalu tetapi kata-kata suhaimi memberhentikan langkahnya.

"Hmmmmm,farhan.Nanti kau pandai-pandai la buat alasan yang logik pada cikgu badrul.Sebab cikgu badrul pantang apabila pelajarnya tidak memakai baju sukan ketika pendidikan jasmani" terang suhaimi pada farhan.

"Okay,kau pergilah dulu dekat padang.Nanti aku menyusul kau" balas farhan pada suhaimi.

"Kurang ajar kau zafirah,main kotor kau ah!" kata farhan dalam hatinya sambil ke tandas untuk menukar bajunya.

10 minit berlalu,farhan sampai di padang dengan baju sekolah.Semua pelajar 5 Amanah memfokuskan mata mereka pada farhan yang berada di hadapan cikgu badrul termasuk zafirah.

Zafirah tersenyum puas apabila ternampak kelibat farhan di hadapan cikgu badrul."Rasa la kau kena marah!"monolog zafirah dalam hatinya.

"Kamu ni pelajar baru ke?" tanya cikgu badrul yang agak tegas.

"Ya,saya pelajar baru cikgu.Baru masuk kelmarin." balas farhan pada cikgu badrul.

"Kenapa farhan tak pakai baju sukan?Bukan sudah dapat baju sukan ke?" kata cikgu badrul kepada farhan selepas cikgu badrul melihat tanda nama farhan.

"Dah tapi baju sukan farhan basah tadi rehat sebab farhan dilanggar oleh seseorang"terang farhan pada cikgu badrul.

" kamu kenal siapa pelajar yang melanggar kamu?" tanya cikgu badrul pada farhan.

Farhan menggeleng lalu berkata"Saya tak sempat melihat muka dia cikgu,dia dah lari.Mungkin takut kena herdik oleh saya kot."balas farhan pada cikgu badrul sambil menoleh ke arah zafirah.

"Okay,kamu duduk saja dekat situ sebab cikgu tak suka pelajar yang bersukan pakai baju sekolah"kata cikgu badrul sambil menunjukkan jarinya pada pondok cendawan yang berdekatan dengan padang.

Farhan lalu berjalan ke arah pondok cendawan dengan hati yang gembira kerana alasannya diterima walaupun hakikatnya alasannya itu betul.Cuma orang melanggarnya tidak dia beritahu pada cikgu badrul.

" Okay semua,sebelum kita bersukan mari kita panaskan badan dulu"kata cikgu badrul pada pelajar 5 Amanah kecuali farhan yang tidak dapat melibatkan diri untuk bersukan.

"Cikgu,saya sebenarnya sakit pinggang" kata amilia sambil mengangkatkan tangan kanannya agar cikgu dapat melihatnya.

"Okay,amilia boleh duduk dekat pondok cendawan dengan farhan" kata cikgu badrul yang memberi izin pada amilia untuk berehat.

"Sengaja la tu nak berdua-duaan dengan farhan" ujar kasturi perlahan yang hanya dapat didengari oleh zafirah.

Zafirah hanya mendiamkan diri kerana hatinya sakit apabila cikgu badrul tidak marah pada farhan.

Amilia menanya farhan sebaik sahaja dia sampai di pondok cendawan,"farhan,kenapa you tak pakai baju sukan?".

"Baju sukan I basah tadi rehat gara-gara zafirah tumpahkan air sirap" jujur farhan pada amilia walaupun dia tahu amilia kawan rapat zafirah.

"Ye ke?Lia minta maaf ye atas pihak zafirah" ujar zafirah.

"Hmmmm,lia tak payah la susah-susah nak minta maaf atas pihak zafirah..Lia kenapa tak bersukan?" tanya farhan pada amilia.

"Tak susah pon,sebenarnya lia nak temankan farhan dekat sini sebab lia kesiankan farhan sorang-sorang je duduk dekat sini." jawab amilia sambil melemparkan senyuman kecil pada farhan.

"Lia ni buat apa la nak kesiankan farhan,farhan okay je pon sorang-sorang dekat sini" balas farhan yang tahu amilia sebenarnya nak mengedik dengan dia."Menyampah"monolog farhan dalam hati.

Amilia hanya tertunduk malu dan mereka berdua mendiamkan diri beberapa minit sebelum amilia memecahkan suasana sepi di pondok itu.

"Farhan nak tak join study group lepas habis sekolah?" tanya amilia pada farhan.

Sebenarnya sebelum zafirah ke tandas untuk menukar baju,dia telah mengajak amilia dan kasturi untuk join sama study group lepas habis sekolah.

"Hmmmmm,farhan tak sibuk lepas habis sekolah jadi farhan boleh la join study group" jawab farhan yang sebenarnya ingin menolak tetapi takut pula amilia berkecil hati.

"Okay,nanti kita study group dekat library" kata amilia pada farhan dengan hati yang gembira kerana farhan tidak menolak ajakannya.

Mereka berdua lalu memfokuskan mata mereka pada rakan-rakan mereka di padang yang tengah bersukan tetapi farhan hanya memfokuskan matanya pada zafirah.

"Tunggulah kau zafirah" monolog dalaman farhan.

Jiran Sebelah PoyoWhere stories live. Discover now