BAB 22

6.2K 220 2
                                    

 Kata dua hari tetapi menjadi tiga hari.

Tidurnya juga tidak cukup. Hanya beberapa jam sahaja kerana setiap hari ada sahaja kes kecemasan dan mereka tidak sempat melelapkan mata.

Baru sahaja menarik nafas lega, mereka telah menerima kes kecemasan sekali lagi. Kali ini, kes yang melibatkan hampir 10 nyawa. Kes pertembungan antara tiga buah kereta dengan sebiji lori kontena.

Lori kontena itu memandu secara laju dan hilang kawalan apabila breknya tidak berfungsi. Pada mulanya, lori itu berjaya mengelak beberapa buah kenderaan tetapi menjadi hilang kawalan sebaik sahaja menuruni bukit.

Terkejar-kejar para doktor di unit kecemasan sehinggakan ada doktor yang baru pulang terpaksa kembali bertugas kerana mereka tidak cukup tangan untuk menguruskan semuanya.

Dia menerima pesakit yang mukanya separuh sudah cedera kerana terkena serpihan kaca. Manakala, tubuh badannya hampir gagal berfungsi kerana tersepit ditempat duduk. Kereta yang dinaikinya melanggar kereta dihadapan dan bahagian belakang dilanggar habis oleh lori kontena.

Ginjalnya yang rosak membuatkan, mereka terpaksa mencari penderma tetapi saat itu masih ramai lagi yang menunggu untuk mendapatkan penderma. Selepas berbincang dengan ahli keluarga, salah seorang daripada mereka bersetuju untuk mendermakan buah pinggang. Tetapi, sayang. Pesakit itu masih dalam keadaan koma dan tiada tindak balas walaupun sekecil kuman.

"sudah-sudahlah tu. Kita sebagai doktor dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia. Semuanya perlu diserahkan kepada Allah" doktor Aisyah. Salah seorang doktor yang bertugas di unit kecemasan dan dia baru sahaja selesai pembedahan.

Haifa saat itu sedang memandang ke dalam bilik ICU melalui cermin kaca. Dapat dilihat ahli keluarganya menangis dan ada yang termenung. Walaupun bilik ICU itu hanya boleh dilawati seorang ahli keluarga setiap masa demi mengelakkan pesakit dijangkiti kuman.

Mereka sebagai doktor tidak mampu menghalang apabila pelawat seperti tidak mendengar kata. lebih-lebih lagi ahli keluarga yang terlalu sedih sehinggakan tidak mahu keluar saat waktu melawat sudah tamat.

"macam mana Haifa nak lupa kak. Sedihnya hati Haifa saat melihat dia ditolak masuk ke dewan bedah. Saat wajahnya ada tusukan cermin pecah. Separuh badannya berdarah kerana tersepit. Buah ginjalnya gagal berfungsi sebab hentaman kuat. Haifa takut kak, takut tak dapat selamatkan dia" air matanya laju mengalir.

Setiap kali dia terpaksa menghadap pembedahan kecemasan, setiap kali itulah dia terpaksa mengalirkan air mata. Bukan saat pembedahan tetapi saat melihat ahli keluarga menangis meratapi keadaannya.

Dia doktor, dia sentiasa berdoa supaya semua pesakitnya mampu diselamatkan dan dapat sedarkan diri selepas dua hari dalam keadaan koma. Tetapi, dia sayu bila melihat ada nyawa lain yang cedera kerana orang yang tidak bertanggungjawab.

Pesakit itu, wanita. Usia kandungan yang tidak sampai dua bulan sudah kembali semula ke rahmahtullah. Mungkin wanita itu sendiri tidak sedar yang dia mengandung kerana suaminya terkejut saat mereka menyerahkan jenazah anaknya yang hanya sebesar kuku.

"sudah-sudahlah tu, kita sebagai doktor unit kecemasan. Hati kena kental. Kalau tidak, pesakit tidak akan yakin dengan kita" kata-kata semangat diberikan.

Jarang dia melihat gadis disebelahnya ini mengalirkan air mata kecuali ada beberapa kes kecemasan yang menyayat hati. Tetapi kekuatan dia sangat menakjubkan. Dengan segala kudrat yang dia ada, dia berusaha untuk menyelamatkan nyawa.

"dah, dah. Tadi akak ada tanya dekat ketua. Dia kata yang dah bekerja tiga hari tanpa henti tu boleh pulang. Haifa pergi balik, pergi rehatkan diri. Jangan dipaksa untuk fikir semua ini. segalanya diatas rancangan Allah. Kita doktor hanyalah perantaraan sahaja" terus dia menapak meninggalkan Haifa.

BIDADARI DUNIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang