39

6.5K 876 203
                                    

JIMIN'S

Tiba di dalam kelas, aku hanya menunggu Soyeon dan termenung memikirkan hal yang terjadi semalam.

Flashback ;

"Kau baliklah dulu, aku nak jumpa someone kejap." Areum bersuara.

"Someone? Siapa?" Tanya Taeyong pula. Aku terdengar perbualan Areum dan Taeyong, tapi aku hanya mengendahkannya.

"Annyeong Areum-ah!" Soyeon melambai ke arah Areum manakala aku keluar daripada kelas terdahulu.

Sepanjang berjalan ke rumah, aku hanya mendiamkan diri. Memikirkan perbualan Areum dan Taeyong sebentar tadi.

Aku nak jumpa someone kejap.

Rasa ingin tahu mula terbit dalam diri.

"Jimin, lepas ni kita pergi makan aiskrim nak tak? Dah lama kita tak pergi-

Langkahku terhenti.

"Mianhae, saya lupa barang saya tertinggal dekat kelas. Annyeong!" Aku memotong ayat Soyeon sebelum dia menghabiskannya lalu terus berlari meninggalkan Soyeon keseorangan.

"Yah, Park Jimin!" Aku dapat mendengar suara Soyeon sedang memanggil namaku, tapi aku masih meneruskan larian aku.

Entah kali keberapa, aku dah menipu Soyeon.

Aku berlari sehinggalah sampai di kawasan sekolah. Mataku mula mencari Areum, dan semestinya tempat pertama yang aku akan pergi ialah kelas aku sendiri.

Koridor kawasan kelas pelajar semuanya menjadi sunyi dan sepi memandangkan semua pelajar telah pulang ke rumah.

Baru sahaja aku ingin menjejakkan langkah ke dalam kelas, aku ternampak satu tubuh yang sedang duduk di atas meja sambil termenung memandang tingkap.

Mataku dikecilkan dan hampir sahaja aku terjerit.

"Areum? Kenapa dia tak balik lagi?" Tanya aku perlahan.

Areum mula memakai begnya dan mengatur langkah keluar daripada kelas. Kelam kabut aku berlari menyorok di salah satu kelas yang kosong di situ.

Daripada tadi, aku hanya mengikut langkah Areum daripada belakangnya. Aku mengikutnya sehinggalah aku sampai di tempat yang penuh dengan pokok hijau, curam dan lautan yang luas.

Kenapa aku tak pernah tahu tempat ni wujud?

"Annyeong kesedihan, kita berjumpa lagi." Areum mula bersuara sayu.

"Susah kan nak berlakon jadi gembira even in fact kita tengah sedih?" Areum bersuara lagi, tapi kali ni.. Dia menangis teresak esak.

Aku hanya terdiam seribu bahasa. Areum ialah orang yang tak pernah sekalipun kelihatan sedih, tapi kali ni. Dia menangis.

"Susah kan kalau kawan baik kita pun suka dekat orang yang sama?" Jantungku mula berdegup laju.

Kawan baik? Soyeon?

Suka dekat orang yang sama?

Aku mula mengerutkan dahi, tak faham.

Aku memandang di sekelilingnya, kelihatan Taeyong juga sedang menyembunyikan dirinya daripada Areum.

Ini bermakna.. Dia pun ingin jaga Areum. Dia pun ambil berat tentang Areum.

"Mianhae Areum, aku jahat kan? Taeyong selalu ada untuk kau. Tapi aku?" Luah aku di dalam hati. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah memandangkan Taeyong sedang menjaga Areum daripada jauh dengan baik.

Mathematics   PjmTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang