Kemana sahaja aku pergi, mesti Jimin ikut.
Kau tahu tak aku rimas? Kononnya dia cikgu aku hak alah cikgu math je kau rilek kejap.
Aku berjalan, berjalan dan berjalan sehinggalah aku sampai di hadapan locker aku. Tapi apa yang peliknya, Jimin masih berada di belakangku.
Aku memandangnya tajam. "Takde life ke siaaaa?!" Dengan tidak sengaja, aku telahpun mencarut.
HAKAK TAK SENGAJA OKAY.
"Excuse me, locker aku dekat sebelah tu je. Siapa nak ikut kau? Perasan." Balas Jimin.
Wait what dia punya locker sebelah aku je?!
OMG OMG MALUNYA AKUUUU.
Eomma, i need your kain batik sekarang ni. Nak sorok bawah kain batik eomma :(((
Macam mana lah selama ni aku tak pernah tahu siapa lockermate aku? Lololol tulah kau Areum, sibuk sangat dengan dunia fanfic sampai dunia realiti pun kau tak ambik tahu.
Aku hanya diam dan membuka lockerku. Malu katako. Apabila membuka sahaja, tiba tiba ada sebuah kotak coklat yang terjatuh.
Coklat ni jatuh dari langit ke cane ni? Em mustahil ada orang minat aku yang childish ni pfufufuufu.
"Wuuuu ada peminat~" Jimin disebelahku tiba tiba bersuara, kepalanya dijengukkan ke lockerku.
Leher dia boleh tahan panjang jugak lah. Tapi tak boleh lawan ostrich yang terlepas haritu huehue.
Mendengar kata kata Jimin, aku hanya menjelingnya dan mengambil buku aku.
"Sombongnya kau ni, asyik palau aku je." Kata Jimin lagi.
TENENENNENENET aku nak jawab apa ni?
Sekali lagi, aku hanya mengendahkannya. Aku ni bukannya apa, disebabkan terlalu banyak baca fanfic, so aku tak pandai nak berkomunikasi dalam alam realiti.
Kawan yang aku ada pun Soyeon aje. Kesian kannnn.
Pap. Aku menutup pintu lockerku. Baru sahaja ingin meninggalkan Jimin, aku terdengar suatu barang yang terjatuh.
Pandanganku dialihkan ke Jimin dan wow, coklat, surat, bunga, air, makanan semua ada dalam tu pft ni peti harta karun ke apa duh?
"Wuuu ada peminat~" kali ini, aku pula yang ketawa terkekek kekek mengenakan Jimin.
Gila ah dia ni dah macam idol, fans berjuto jutoooo.
"Em kau nak tak?" Jimin menghulurkan coklat skittles kepadaku. Aku teragak agak ingin mengambil.
Nak ambik ke taknak?
Entah entah Jimin ada letak racun ke? OMG APA YANG KAU MENGARUT NI AREUM!
"Nak ke taknak?" Sekali lagi Jimin menayangkan coklat skittlesnya di depan mataku.
Sis tak kuat weh help meeee
Aku terus ambil coklat tu dari tangan Jimin. Demi skittles, ego aku buang jauh jauh.
"Aigoo macam ni lah anak murid aku." Kata Jimin sambil mengusap usap rambutku dengan lembut.
Senyuman dia, eyesmile dia. Damn it. Kenapa jantung aku dupdap ni ey kau jangan buat hal eh Areum.
Aku mengabaikan perasaan pelikku dan menjeling Jimin tajam. Lalu, aku meninggalkannya dan masuk ke dalam kelas.
Kalau lah tadi fans dia nampak, confirm aku dah kena kecam lepastu dorang ikat aku kat dalam satu gudang lepastu dorang bunuh aku sambil buat muka macam ni😏😏😏 lepastu dorang sorokkan mayat aku--

YOU ARE READING
Mathematics Pjm
Fanfiction[completed] this subject driving me nuts, so are you Start ;; June 16 End ;; November 16 Highest ranking - #2 in fanfiction at 250916