tiga belas

4.7K 160 1
                                    

"Kakak, phone bunyi tu." Ulia menegurku yang sedang sibuk mengisi goodies untuk tetamu jemputan esok. Ya, esok hari Sabtu, kawan-kawan!

Aku memandang kosong telefon yang sedari tadi berdering minta diangkat. Terasa hambar. Kosong. Tak bermaya. Deringan itu mati dengan sendiri. Aku kembali lincah memasukkan sumi dan wafer coklat ke dalam beg kertas sederhana kecil di tangan. Kemudian, telefon kembali berdering. Aku masih juga begitu. Malas nak ambil tahu siapa gerangan yang menelefon ke mari. Alih-alih, Azfar yang tak faham bahasa. Tidak pun, Hakimi yang lancang bicara. Malas aku nak fikir tentang semua itu.

Deringan kembali mati. Aku mencapai telefon lalu ditukar kepada mod senyap. Senang! Tak payah nak terpekik terlolong dekat telinga aku lagi. Baik Azfar mahupun Hakimi, dua-dua menyakitkan hati. Masing-masing pentingkan diri sendiri. Tak pernahnya nak cuba faham aku. Nanti mulalah salahkan aku sebab itulah, sebab inilah, sebab tak fahamlah, sebab tak mau dengarlah, sebab... macam-macamlah. Menyampah aku!

Beg kertas masih berbaki tiga. Ulia di sebelah sedang menyusun goodies di suatu sudut biliknya. Malam ini, aku akan tidur dengan Ulia. Bilik aku tidak akan diusik sehingga esok menjelang tiba. Oh, ya! Bilik aku sudah bertukar warna kerabat diraja, ye. Langsir krim sudah bertukar kuning cair. Cadar ungu lembut sudah bertukar krim senada dengan warna cat dinding bilik. Untung sahaja perabot bilikku semuanya berwarna krim. Jadi, memang masuk sangatlah itu.

Tadaaa! Beg kertas terakhir sudah selamat dikepil. Tangan lincah pula mengemas coklat, sumi, wafer coklat dan agar-agar yang masih berbaki. Biar lebih jangan tak cukup. Itu yang umi selalu pesan dari kecil. Beg-beg kertas itu kemudiannya kuhulurkan kepada Ulia yang masih lagi sedang khusyuk mengira bilangan beg kertas yang sudah siap diisi.

Langkah kemudian diatur menuju ke dapur. Dari anak tangga tingkat atas lagi, aku sudah boleh mendengar riuh-rendah suara orang di ruang tamu. Siapa lagi kalau bukan suara umi dan lain yang sibuk mengagah anak pertama Angah dan Abang Haziq. Gembiranya mereka semua.

"Ucuk, dah siap packing semua barang?" Angah atau nama sebenarnya Hani Humaira' menyoalku tatkala aku melintasi ruang tamu menuju ke dapur.

"Dah." Aku hanya menjawab sepatah sambil meneruskan langkah. Angah tidak pula banyak soal. Mungkin memahami gelodak yang aku rasakan saat ini.

Usai semuanya, aku kembali melangkah menuju ke bilik. Entah mengapa, malam itu kurasakan tidak bermaya sama sekali. Aku langsung tak merasai kebahagiaan bakal ditunangkan secara rasmi pada esok hari. Aku tak rasa apa-apa. Aku rasa macam nak akhirkan semua ini cepat-cepat. Sungguh, aku sudah tidak kuat lagi untuk mengharungi semua ini sendiri.

"Kakak," panggil umi sewaktu aku baru memijak anak tangga yang pertama. Aku mengalih pandang ke arah umi sambil menayang wajah selamba.

"Kenapa, mi?" soalku, lemah. Aku perasan mata-mata yang lain turut memandang ke arahku.

"Kakak okey ke, ni? Nampak penat sangat tu. Pergilah tidur. Yang lain biar adik dengan angah buat nanti," ujar umi.

Aku hanya mengangguk tanpa perasaan dan berlalu meninggalkan mereka semua tercengang-cengang sendiri. Biarlah. Aku memang penat sangat ini. Agak-agak, kalau aku lari dari rumah malam ini, boleh tak? Aku betul-betul tak sanggup nak menghadapi hari esok.

Pintu bilik Ulia kukuak dari luar. Mata laju sahaja menangkap kelibat Ulia yang sedang berbicara sesuatu menggunakan telefon bimbitku. Tapi, hati ini tak pulak melenting. Malah, kelakuan Ulia yang boleh dianggap sebagai menceroboh privasi diri sendiri itu pun, aku buat endah tak endah aje. Entah skru yang mana satu tercabut pun aku tak tahu. Aku memang rasa pelik sangat malam ini. Tapi, aku masih juga tak rasa nak buat apa-apa. Heartless.

"Kakak, phone." Ulia menyuakan telefon bimbit kepadaku.

"Siapa?" Isy! Siapa aje yang mengacau aku malam-malam macam ini.

Mrs. UstazahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang