Pagi sebelum Hawa dan Mikail memulakan hari pertama mereka bekerja sebagai suami isteri....
"Abang, nak pakai baju apa hari ni? " Hawa bertanya.
"Ikut jelah Hawa." Mikail berkata tanpa memandang Hawa.
"Okay. " Hawa yang tidak menghidu bahawa suaminya itu sedang merajuk. Dia pun mengendahkan sahaja.
Hawa memilih sahaja pakaian mana yang menarik matanya.
Tiba-tiba tangan Hawa diragut oleh Mikail."Eh, bang. Nak buat apa ni? Apa genggam tangan Hawa ni? " Hawa rimas.
"Perasan! Orang nak ambil baju ni!" Mikail menafikan.
"Dah tu yang abang pegang ni baju abang. " Hawa menghayunkan tangannya.
"Ewah, ewah sedap aja main pegang tangan orang sesuka hati.Sakit tahu." Hawa geram.
"Bak baju tu! " Mikail masih dalam mood dia yang agak buruk jugak dari semalam.
Hawa pelik, dah kenapa la dengan suami tu. Semalam Hawa yang merajuk, hari ni Mikail pulak. Pasal apa?
"Nak buat apa dengan baju tu? " Hawa bertanya.
"Nak iron la! " Mikail berkata. Riak wajahnya serius benar. Muka ketat sungguh pagi ni nak senyum.
"Biar la Hawa yang iron." Hawa kembali menawarkan diri.
"Buat apa? Tak payah.Susahkan aja. " Mikail ni tak tahu la merajuk pasal apa. Hawa tengok serius saja pagi ni. Gigi macam patah semua, tak boleh nak senyum dah.
"Tu kan tanggungjawab Hawa. Kenapa dengan abang ni? " Hawa sudah tidak puas hati diperlakukan sebegitu.
"Huh? Tanggungjawab.Tanggungjawab melayan abang tak kisah pulak? " Mikail mengeluarkan isi hatinya.
'Aduh! Masak la Hawa oi. Ni yang geram ni.Dia buka pula soal ni. Ni yang speechless.Merajuk sebab tu aja? Abang, abang.... ' Hawa sudah tahu. Dia tidak mahu lagi bertekak dengan Mikail.
"Dah la Hawa nak mandi! " Hawa berang dan terus menyusun langkah menuju ke kamar mandi.
'Tengok tu!!' Mikail lagi geram. Dia sebenarnya tidak marah, cuma ingin mengetahui tindakan seterusnya oleh Hawa. Nampaknya tidak berhasil supaya dirinya dipujuk.Hawa dan Mikail telah sampai ke pejabat dan terus memulakan kerja masing-masing.
Mikail juga diberitahu oleh Kak Ros bahawa seorang tetamu istimewa akan datang ke pejabat. Mikail menanti-nantikan siapakah gerangan tetamu yang istimewa itu?
Tepat pada jam 10 pagi,Tetamu yang cukup dinanti-nantikan kedatangannya datang.
Jeng jeng jeng. Siapakah orang itu. Jam tangan ditilik sambil hati berdebar.
Mata Hawa membulat. Terkejut melihat jejaka yang berdiri di depannya itu. Hawa bangkit dari duduk dan menunjukkan riaksi muka yang cukup pelik.
'Laki ni... kau datang lagi. ' Hawa menuding jari ke arah pemuda tersebut.
"Boleh aku jumpa dengan suami kau? " pemuda berkaca mata hitam itu berkata.
"Kau? Kau! Kau lagi... " Hawa baru teringat siapakah lelaki itu.
"Boleh tak. Aku. Nak jumpa suami kau dekat dalam tu. " pemuda tersebut bertanya lagi.
Hawa melekapkan jari telunjuknya pada bibir.
"Shhh... diam sikit boleh tak? Jap. Aku nak gitau dia. Kau diam eh! " Hawa memberi amaran kepada pemuda itu.
"Tuan,ada orang nak berjumpa dengan Tuan." Hawa berkata dengan nada yang agak sedikit geram.

ESTÁS LEYENDO
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomanceMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...