"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Satu benda aku tak suka dengan rumah aku. Rumah ni takde shower! Banyak kali aku minta dengan ayah, tapi ayah cakap gayung pun dah cukup untuk basahkan badan. Lebih lencun daripada shower. Sebenarnya aku faham aje yang nak pasang shower tu perlukan duit. Nak buat paip lagi. Itu semua kos. Tapi masalahnya, kalau mandi pagi-pagi tu, sejuk dia macam mandi air batu! Lagi pula pakai air telaga. Sikit lagi nak beku pembuluh darah aku. Aku ni kalau masuk bilik air, dah macam rasa duduk atas pentas Akademi Fantasia. Tekak aku rasa gatal aje nak ‘melalak’. “Wake up in the morning feeling like P’Diddy..” Aku berhenti kejap sebab lupa lirik. Lalu tubuh disimbah dengan air bersuhu mungkin paras beku? “Mak kau!!” menjerit aku dibuatnya. “Cuz when I leave for the night I ain’t coming back..” aku sambung menyanyi. DUM! DUM! DUM! Pintu bilik air diketuk kuat tiga kali. “Sudahlah, Ngah! Jangan nak menyanyi dalam bilik air! Kalau suara sedap takpe juga! Ni macam nenek kebayan nak panggil hujan je! Dah la lirik pun tak hafal.” Along panas telinga sebenarnya dengar suara aku sedap. “Ala kau jealous suara aku sedap, kan? Nanti sebelum tidur aku nyanyi kuat-kuat dekat telinga kau.” Aku ketawa berdekah. Pintu bilik air diketuk kuat sekali lagi. “Cepatlah! Orang nak mandi juga! Orang nak pergi kerja ni, bukan macam kau. Duduk rumah goyang kaki!” bebel Along. Aku mencebik. Dia ingat aku duduk rumah korek tahi gigi aje ke? Habis yang dia balik, tengok meja dah siap makanan tu apa? Hantu masak? Bilik dia bersapu, cadar tegang tu siapa nak kemaskan? Bibik? “Kau sabar kejap boleh tak? Orang baru masuk bilik air la. Tak sampai 2 minit pun tau.” Aku capai sabun mandi. “Kau tu kalau mandi, tak cukup 15 minit! Satu jam baru nak keluar dari bilik air. Apa yang kau buat, hah? Lama bebenor!” Along tarik kerusi dan meletakkanya bersebelahan dengan bilik air. Tuala dililit ke kepala. “Orang mandi bersih-bersih. Bukan macam kau. Mandi macam kerbau. Kerbau pun lagi wangi..” belum sempat aku menghabiskan kata-kata, sekali lagi Along ketuk kuat pintu bilik air. Bergegar pintu zink yang ayah buat! “Kau ni ketuk-ketuk pintu pula! Roboh juga pintu ni kang! Dah la pintu tunggu masa nak ‘padam’ aje! Kau nak mandi dengan pintu langsir aje ke?” aku cuba tahan pintu zink daripada tercabut dari engsel. “Kau cepatlah sikit! Kalau kau keluar cepat, Along bagi tahu kau something.” Aku ni kan memang tak boleh tau dengar benda-benda macam ni. Laju aje kepala aku terkeluar dah tak menyabar. Tapi kelibat Along dah hilang. Apa yang Along nak bagi tahu eh? Cepat-cepat aku mandi. Daripada nak wangi-wangi, aku lebih memilih untuk bau kambing sebab tak menyabar nak tahu apa yang Along nak cakap. Selesai mandi, aku segera berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik. “JANGAN LARI!” Sekali lagi ibu menegur. Aku buat tak dengar sebab tak boleh nak sabar. “Aku dah sudah, Long. Cepatlah cakap!” aku selak kain langsir di pintu bilik Along. “Bagi aku mandi dulu.” Along terus capai tuala dan berjalan menonong. “Lah tadi kata kalau aku keluar cepat, kau nak cerita!” “Aku ceritalah kejap lagi. Kau ni reti sabar tak?” Ewah. Tadi waktu aku mandi, kau suruh aku cepat! Kau pun tak reti nak sabar! Aku duduk di sofa seraya mencapai alat kawalan jauh televisyen. Kau tahu tak TV ni sangatlah bermakna buat aku dan keluarga aku. Ada jiran kami yang nak pindah 6 tahun lepas, dia tak nak bawa TV sebab nak tukar TV baru. Jadi yang ini dia bagi kami secara percuma. Kau tahu aku teruja macam mana? Sampai aku lap TV gedabak tu hari-harilah! Punyalah suka. Tak lama lepas tu, jiran-jiran aku mula pasang ASTRO. Benda tu menyakitkan hati aku sebab siaran TV rumah aku makin lama, makin ke laut! Tapi asal dengar suara, ada rupa sikit, aku okay ajelah. “Ni mimpi apa pagi-pagi dah pakai baju kurung? Ada kenduri ke?” terkejut aku disapa ayah. Kenduri? “Ayah lupa ke? Kan Atok Jamil buat kenduri kahwin hari ni,” ujar aku selamba. “Hah? Bila dia bagi tahu? Tak nampak khemah pun.” Ayah selak langsir untuk mengintai. “Kan awal lagi. Kejap lagi, naiklah tu khemahnya.” “Cucu dia buat kenduri ke?” ayah ambil tempat di sebelah aku. “Takdelah. Dialah yang nak kahwin dengan Nenek Melor. Ayah tak tahu ke gosip kat kampung ni? Berapa lama dah Atok Jamil tu dok try Nenek Melor.” Aku dapat rasa suasana sepi. Aku sembunyi tawa dan melirik mata ke kanan. Meremang bulu roma dibuatnya. “Ayah tak turun laut hari ni?” aku cuba mengelak dari kena lepuk! “Hari ni tak. Along kerja. Tak dapat teman ayah.” “Lah, apa guna ada anak jantan, yah? Kerah si Kandar tu.” Ayah sengih aje. Dah faham sangat dengan perangai Zariff. Tidak mahunya dia turun ke laut. Mabuk lautlah, apalah. Ada aje alasannya. “Nur Alia Airysha!” jerit ibu dari dapur. Aku rasa jantung aku macam nak tercabut. Seram betul bila ibu panggil nama penuh. Apa la pula kesalahan aku kali ni? “Ya, bu! Kejap!” terus aku melompat dari sofa dan berlari menuruni anak tangga menuju ke dapur. “Kenapa, bu?” soalku. Tertanya-tanya juga kenapa ibu panggil nama penuh aku. Selalunya kalau ibu naik angin baru dia panggil nama penuh aku. Mesti silap besar yang aku dah buat ni! “Tolong ibu. Pergi beli kicap,” minta ibu. Hah? Tu aje? Panggil nama penuh aku macam aku ni pengedar dadah nak kena hukum mati, cuma nak suruh aku beli kicap? Ibu ni, sejak-sejak monopouse ni, pelik-pelik aje! “Terkejut orang. Ingatkan salah apa la yang Angah dah buat sampai ibu panggil nama penuh Angah.” Aku muncung panjang. “Eh? Macam tu pula? Takkan bila ibu nak marah aje, baru ibu ada peluang nak panggil nama penuh kamu?” soal ibu. “Takdelah.. seram aje. Nak duit!” aku tadah tangan minta duit. Ibu sambut tangan aku dengan tamparan. “Sakitlahh!” aku menggosok tapak tangan. “Masuk buku la dulu. Macam biasa.” Lantas ibu meneruskan kerja memotong sayur yang dipetik di belakang rumah. Wajah ibu.. dia malu. Aku rasa bodoh. Macam tak biasa pula. “Angah pergi sekarang. Along tak habis mandi lagi ke?” soalku sebelum melangkah pergi. “Ada lagi dalam bilik air tu,” jawab ibu. Eleh! Along ni, tadi cakap orang yang mandi lama sangat, tengok-tengok, dia yang lebih! Aku lalu di depan bilik air. Lantas mengetuk kuat pintu bilik air. “Mandi tu jangan lama-lama! Tak payah nak testing suara sangat. kalau katak tu, katak juga,” sindirku. Aku dengar suara Along memekik panggil nama penuh aku. Mengekek aku gelak. Kenapa la ramai sangat panggil nama penuh aku hari ni? Famousnya rasa!