Pukul 2.45 pagi, aku terjaga dari lena dek kerana terdengar bunyi orang sedang berzikir
Aku toleh ke arah katil Fauzi
Fauzi duduk di atas katilnya sambil menggerak-gerakkan badannya seakan-akan sedang berzikir
"Fauzi, kau buat apa tu?" Aku bertanya pd Fauzi. Senyap.
Yg anehnya dia berhenti bergerak2 setelah aku memanggil namanya. Malah, Fauzi seakan-akan marah denganku. Fauzi mendengus kasar. Aku rasa bersalah. Mungkin menganggu dirinya yg sedang khusyuk itu.
"Okay2..maafkan aku..teruskan, Zi" Aku yg gerun dengan sifat barannya segera meminta maaf.
'Bagus Fauzi ni' Aku memuji Fauzi yg mengorbankan waktu tidurnya utk beribadah. Sedangkan aku ini, sering alpa dan lupa.
Aku meletakkan kepala semula di atas bantal dn memejamkan mata yg masih mengantuk
'Eh, Fauzi bukan kat kampung ke? Kakak dia kahwin..ah sudah ape benda pulak kat katil Fauzi tu?' Aku bertanya di dalam hati.
Aku buka kembali mataku...
'Fauzi' ada di atas siling betul2 berada di atasku!
Aku memejamkan semula mataku dan berselubung di dalam selimut. Mulutku tidak berhenti membaca surah Qursi. Aku terlena di dalam ketakutan.

DU LIEST GERADE
Hati-Hati
HorrorSiapa sangka permainan suka-suka kita di sekolah bertukar menjadi tragedi yang tidak dapat dilupakan seumur hidup. "Aku dah cakap jangan main-main dengan 'dia' !"