Papan Ouija

514 38 0
                                    

"Karim, cepat lah! Kau buat ape lagi tercongok berdiri situ! Bak datang papan tu"

Karim yang bingung terjaga dari lamunan nya.

'Perasan aku tadi ada org lalu sebelah..aku dengan si Zakri aje kt terowong lama ni', Karim bermonolog

"Ha yelah, kejap!", Karim menyerahkan papan ouija yg kononnya boleh memanggil roh keluar.

"Jom mula weh..x sabar nak thu betul ke ada mahluk takda wajah kat sini..haha", Zakri gelak besar.

'Hish kau ni, kalau kau bukan sepupu aku, lama dah aku tinggalkan kau'

Zakri dan Karim memulakan permainan mereka. Seketika kemudian, tiada apa2 pergerakan pada papan tersebut. Sunyi. Sepi.

Mereka bertanya lagi jika2 ada kehadiran roh disitu. Masih lagi sunyi.

Karim dan Zakri memutuskan untuk tunggu lebih lama disitu.

~~~

Tiba-tiba bunyi derapan kaki kasar menuju ke arah mereka. Zakri menyuluh ke arah tersebut, tetapi tiada apa².

Masing-masing mula cuak. Memang bunyi derapan kaki tadi laju bergerak ke arah mereka seolah-olah individu tersebut mahu menyerang mereka berdua.

"Takda apa lah tu.. Karim, kau tunggu sini kejap, aku nak amik bateri spare utk kamera ni.." Zakri berlalu pergi tinggalkan Karim keseorangan di dalam terowong lama itu.

Selang beberapa minit kemudian, Karim terdengar suara wanita memanggil namanya dari arah belakang. Puas di menoleh ke belakang, tetapi tiada apa.

Sedang Karim memusingkan kembali kepalanya ke depan, seorang 'wanita' berambut panjang tanpa wajah muncul di hadapannya.

~~~

Karim terjaga dari tidurnya. Rupanya dia tertidur dan bermimpi sahaja. Akibat lama sangat menunggu, mereka berdua terlena. Dia mencari kelibat Zakri tetapi tiada di mana-mana. Karim mula panik dan segera berkemas dan meninggalkan kawasan terowong lama itu. Karim menuju ke kereta milik Zakri yg diparkir tidak jauh dari terowong lama itu. Puas dia meneriak nama Zakri. Masih tiada sahutan.

"Karim, kau laju aje tinggalkan aku, aku kt sebelah kau aje tadi Hish la kau ni!" Zakri tercungap-cungap.

Karim memandang Zakri yg datang dari arah masuk terowong itu. Karim terdiam. Bukan dek kerana melihat sepupunya itu. Tetapi ternampak sosok wanita berambut panjang yg berdiri di belakang Zakri. Tanpa wajah. Dan sedang mendekati Zakri!

Bagaikan digam mulutnya dan diikat kaki tangannya, Karim tidak mampu berbuat apa2.

Dia hanya mampu berdoa agar dia dan sepupunya masih berpeluang berjumpa dengan ibu bapa masing-masing di rumah.

P/s: 'Curiosity kills the cat' Curiosity also can kill yourself. Jadi, hati-hati!

Hati-HatiWhere stories live. Discover now