BAB 25

9.7K 192 10
                                    

Damia yang baru sahaja menuruni anak tangga memandang telatah abangnya tergesa-gesa, dengan penuh hairan.

"Abang nak gi kerja ke? Tak nak breakfast sama?" Soal Damia. Pandangannya masih lagi tertumpu pada Daniel yang sedang sibuk menyusun kertas kerja masuk ke dalam beg bimbit miliknya.

"Abang nak kena cepat ni" Jawab Daniel ringkas lalu bangkit dari tempat duduknya. Damia mengeluh berat.

"Asal eh semua orang, tengok muka Damia je mesti lari?!" Tanya Damia sambil memeluk tubuhnya. Rajuknya pada Eidlan semalam rupanya masih lagi tersisa.

"Serius adik, abang takda masa nak pujuk adik sekarang.. Abang ada appointment dengan someone." Balas Daniel

"Someone tu siapa? Afiqah? Damia tak faham lah, apa istemewanya Afiqah sampai semua laki tergila-gilakan dia!"

"Damia. Abang ada appoinment dengan assistant baru abang ok bukannya Afiqah!" Balas Daniel tegas. Wajah Damia dipandang seriu. "Pasal Eidlan.. Itu masalah adik sendiri. Siapa suruh nak sangat dengan laki orang, terpaksa makan hatilah jawabnya.." Tambahnya lagi lalu melangkah ke luar rumah.

"Amboi, abang.." Ujar Damia sinis lalu menghadiahkan jelingan tajam kepada abangnya sambil memeluk tubuh.

"Dahlah, abang dah lambat. Bye." Ucap Eidlan lalu berlari menuju ke arah keretanya. Damia yang terkecil hati dengan layanan abangnya pantas mendengus perlahan sambil bibirnya dicebik.

Kalau Afiqah tu keguguran, mesti mak mentua dia, Eidlan dan juga abang takkan sayang dia macam ni sangat, kan?

*****

Cerita semalam membuatkan Maria tidak senang duduk. Sejak dari tadi dia berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Sesekali terdengar keluhannya. Suaminya sedang asyik membaca surat khabar pun ikut pusing melihat tingkahnya.

"Yang kamu dok jalan sana jalan sini dah kenapa?" Soal suaminya sambil melipat surat khabar tersebut sebelum diletakkan di atas meja.

"Macam mana saya tak jalan sana jalan sini bang? Kalau anak kita tu dah ceraiakan anak orang? Mana nak letak muka ni bang?" Tanya Maria risau sambil memicit-micit kepalanya yang pening. Anak yang buat hal, dia pula yang terpaksa menanggung malu.

"Kamu fikir kamu, habis aku ni?" Tanya ayah Eidlan yang bernama Khairil itu pula sambil dia meletakkan jari telunjuknya pada batang hidungnya. "Yusof tu baik sangat dekat Eidlan, dekat kita sekeluarga..  Eidlan tu harapan dia untuk jaga satu-satunya anak perempuan dia tapi sebaliknya pula yang jadi. Ish abang tak tahu lah macam mana nak berdepan dengan dia sekarang.." Tambah Khairil lagi sambil kepalanya di geleng-geleng.

"Eidlan Eidlan.. Tak da kerja yang lebih gila ke kamu boleh buat?!" Ujar Maria dengan nada sedikit meninggi bagi melepaskan geram terhadap anak lelakinya itu.

"Sebut pasal diaorang, kenapa Yusof tak bagitahu apa-apa pasal ni kat abang eh? Dia tak call ke ajak jumpa ke.." Kata Khairil hairan.

"Saya rasa Afiqah tak bagitahu ayah dia pasal ni.." Balas Maria ringkas membuatkan Khairil semakin hairan sehingga menampakan garis-garis halus pada dahinya.

"Ish, macam mana kamu tahu?" Soal Khairil pula seakan memprotes telahan isterinya itu.

"Saya tahulah bang.. Saya kenal budak Afiqah tu dah lama. Dah masak sangat dengan perangai dia.. Dia mesti takkan bagitahu punya.." Jawab Maria yang masih lagi tegas dengan firasatnya.

"Eidlan Eidlan.. Nak cakap takda otak, lahir sempurna pulak.." Ujar Khairil lalu mengeluh berat. Binggung dia memikirkan bagaimana dia ingin bersoal jawab dengan Yusof, ayah Afiqah.

MENDUA Where stories live. Discover now