BAB 1

12.5K 329 6
                                    

3 tahun kemudian..

Eidlan yang baru sahaja sampai di kawasan rumah pantas memarkir kereta kesayangannya yang bewarna hitam itu di luar rumah.

"Eh, Eidlan!" Sapa mak cik Siti, jiran sebelah rumahnya. Dia yang tersentak dengan sapaan itu pantas memusingkan tubuhnya sambil tangannya yang sebelah lagi perlahan-lahan menutup pintu keretanya.

"Asalamualaikum, mak cik" Ujar Eidlan lembut sambil tersenyum. Sungguh berbudi orangnya, patutlah Afiqah senang-senang jatuh cinta!

"Walaikumsalam.. Baru balik kerja ke?" Soal mak cik Siti sambil menjeling sekilas ke arah kereta Eidlan sekaligus membuatkan Eidlan kurang nyaman. Seakan dia tahu niat mak cik Siti yang sebenar.

"A'ah.. Baru balik mak cik." Jawab Eidlan ringkas. "Kalau takda apa-apa, Eidlan masuk dalam dulu ye, mak cik?" Soalnya pula lalu berjalan melangkah ke dalam rumah.

"Eh tunggu dulu!" Jerit mak cik Siti sekaligus menghentikan tingkah Eidlan. Eidlan mengeluh berat sebelum badannya dipusing menghadap mak cik Siti itu semula.

"Ada apa mak cik?" Soalnya dengan penuh sopan santun ataupun pura-pura bersopan santun.

"Bini kamu tu! Takda isi ke?" Soal mak cik Siti, lancang. Eidlan yang tidak merasa selesa dengan soalan yang dilemparkan kepadanya itu, pantas mendengus perlahan.
"Belum rezeki mak cik.." Jawab Eidlan ringkas, masih bersabar.

Bila berbicara tentang anak, siapa saja yang tak nak mempunyai anak sendiri bukan? Apatah lagi, memang itulah yang diimpikan sejak mengahwini Afiqah. Tapi apakan daya, rezeki ini semua di tangan Allah. Allah yang tentukan. Dia dan Afiqah hanya mampu berdoa.

"Ish kamu ni! Kamu tu masih muda, si Afiqah tu pun masih muda. Takkanlah tak dapat dapat lagi kot!" Kata Mak cik Siti dengan nada perli. Sesekali bibirnya di senget ke tepi. Kalau ikutkan hati, ingin saja Eidlan mencilikan mulut jirannya itu.

"Mak cik.. Rasanya mak cik takpayah nak runsing sangat tentang Eidlan dan juga Afiqah. Dua-dua dah besar kan, even family kitaorang sendiri pun tak pernah paksa kitaorang bagi cucu ke apa, mak cik" Balas Eidlan dengan penuh beradab. Bak kata orang putih, kill them with kindness.

Mak cik Siti yang terasa dengan komen pedas si Eidlan pantas berjalan melangkah masuk ke dalam rumahnya tanpa sebarang amaran. Eidlan mengeluh berat.

"Mak cik mak cik.." Sempat Eidlan bermonolog sebelum berjalan menuju ke pintu rumahnya.

***

"Thanks, sayang.." Ucap Eidlan sebaik sahaja isteri tercintanya itu menghulurkan pinggan yang berisi nasi kosong itu.

"Sama-sama.." Balas Afiqah. Wajah masam suaminya itu ditenungnya lama. "Abang kenapa muka monyok semacam je?" Soal Afiqah dengan lemah lembut.

"Takdelah. Mak cik Siti, sebelah tu" Rengek Eidlan. Bibirnya dimuncung ke depan. Dah macam budak-budak takdapat gula!

"Kenapa dengan mak cik Siti? Apa dia buat kali ni pula?" Soal Afiqah sambil dahinya dikerut, seakan sudah masak dengan perangai jirannya yang suka menyibuk hal rumahtangga mereka.

"Apa lagi? Tanya abang, kalau sayang dah ada isi ke belum. Dia ingat abang ni apa? Tukang buat anak, sayang pula kilang pengeluaran anak?!" Marah Eidlan lalu mendengus geram. Sakit benar hatinya dengan sikap mak cik Siti yang tidak pandai menjaga hatinya.

"Abang.. Lupakan mak cik siti? Kita makan?" Ajak Afiqah. Wajahnya tadi manis bertukar kelat.

"Sayang.. Abang minta maaf kalau apa yang abang cakap tadi, menguris hati sayang.." Ujar Eidlan lembut sambil mengusap lembut tangan isterinya itu. Afiqah hanya tersenyum mesra, cuba menyembunyikan kesal hatinya.

"Takpalah bang.. Kan belum ada rezeki. Usia perkahwinan kita cuma 3 tahun, ada yang lebih kurang bernasib baik, kena tunggu 10 ke 13 tahun untuk dapat anak.." Balas Afiqah, positif membuatkan sang suami tersenyum senang.

"Insyallah.. Satu hari nanti kita akan dapat baby yang comel-comel ok? Biar padan dengan mak cik Siti tu!" Kata Eidlan cuba memberikan semangat kepada isterinya. Afiqah hanya tersenyum kelat.

Bukannya dia tidak mencuba, pelbagai cara dia dah guna, tapi masih juga belum ada hasilnya. Tak gunalah jadi perempuan kalau tak dapat melahirkan benih daripada rahimnya sendiri.

MENDUA Where stories live. Discover now