Daniel, Seongwu, Jaehwan dan Jihoon telah berjanji untuk mengadakan reunion setelah mereka tidak bertemu selama 30 tahun. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan reunion mereka di sebuah restoran di Seoul.Sambil makan dan minum, mereka bercerita tentang kisah-kisah dahulu. Cerita yg keluar diselang-seli dgn gelak ketawa berdekah-dekah. Sedang mereka asyik bercerita, Jihoon meminta diri pergi ke tandas kerana tidak tertahan ketawa geli hati.
Daniel : Seongwu anak kamu berapa? Kerja apa?
Seongwu : Anak aku ada 2 orang. Anak perempuan aku ikut suami dia tinggal di London. Anak lelaki aku belum berkahwin. Dia kerja pilot. Tapi kadang-kadang angin juga dgn anak aku tu, tak pernah beri aku hadiah walaupun bergaji mahal. Tapi baru-baru ni dia ada hadiahkan kekasihnya sebuah BMW 5 series. Anak kau pula Daniel?
Daniel : Anak aku 3 orang. Dua lelaki, seorang perempuan. Kakak dan abangnya dah berkahwin. Yg bongsu belum kahwin tinggal dgn aku. Dia pegawai bank. Anak aku pun sama, tak pernah hadiahkan aku hadiah. Tapi baru-baru ni, dia belikan rumah banglo untuk kekasihnya. Marah betul aku.
Seongwu & Daniel : Kau pula Jaehwan?
Jaehwan : Anak aku seorang je. Lelaki. Dia kerja jurutera. Belum kahwin. Sama juga dengan perangai anak kamu. Tak pernah berikan aku hadiah. Tetapi baru-baru ni aku dapat tahu dia hadiahkan kekasihnya RM100 ribu. Bengang betul aku. Setelah mereka habis. bercerita,
Jihoon pun duduk semula selepas balik dari tandas.
Jaehwan : Jihoon! Anak kau berapa orang? Kerja apa sekarang?
Jihoon : Anak aku seorang je. Perempuan. Dia buka salun rambut. Tapi anak aku ni anak yg baik. Semasa hari jadi aku baru-baru ni, tup-tup dia hadiahkan aku sebuah BMW 5 series, sebuah banglo dan...duit sebanyak RM100 ribu. Untung betul aku dapat seorang anak perempuan yg pandai mengenang budi!
Mereka semua tercengang mendengar cerita Jihoon...
Maaf lawak hambar 😪💖
Hi dearest Wannable 🙈💕.. Sini ada sape² tak pegi esok ? Yes Wanna One World Tour In KL laa 😽 mesti ada kan kan kan 😪 hmm author ? Author tak author jauh dok lam hati Jihoon eh Sabah 😂💖 Kalau ade sape² pegi tu berbangga la wahai wannable yang ku sayangi sesungguh nya wannable yang lain tak beruntung macam korang 😭 termasuk author sendiri da 2 kali Wanna One datang Malaysia tapi takde peluang langsung nak jumpa 11 jejaka kacak itu. Sedih bukan takpe insya-allah one day maybe kan kan kan haaaa tepukkk hahahhah 😂 sebelom tu thanks pada yang sokong lawak Wanna One yang tak seberapa ni author appreciate sangat 💕 btw sape pegi tu tolong la kirim kan mini heart author kat jihoon and the geng yer wahai wannable yang bertuah baiii muahhh cikedd 😽💕
