Sehun menapak naik ke tingkat atas. Pintu bilik yang tidak berkunci itu dipulas. Kepalanya dijengahkan kedalam mencari Miyeon.
Gadis itu sedang duduk termenung di beranda bilik.
"Yeon."
Miyeon menoleh apabila namanya dipanggil. Terus bangun Miyeon apabila melihat lelaki itu.
"Oppa.." Tubuh Sehun didakap erat. Terasa basah dibahu Sehun. Tahulah dia bahawa gadis itu baru sahaja lepas menangis.
Sehun regangkan pelukan. Tangannya naik ke pipi Miyeon.
"Kenapa nangis ni?"
"Oppa datang sini sebab Seungcheol kan."
Kelu lidah Sehun hendak menjawab.
"Ermmm.. Er...."
"Miyeon taknak dengar pasal dia. Kalau oppa datang sebab dia, oppa dengan omma sama je." Terus ditepis tangan Sehun yang berada di bahunya.
"Yeon.."
"Yeon taknak dengar. Yeon taknak kahwin dengan dia."
"Yeon please. Dengar dulu apa yang oppa nak cakap ni." Gadis itu terus menutup kedua belah telinganya. Dirinya dijarakkan dari Sehun.
Sehun datang mendekat. Tangan gadis itu dipaut.
"Ada sebab Cheol nak kahwin dengan Yeon." Walaupun Miyeon masih menutup telinga, Sehun yakin yang gadis itu masih boleh dengar.
"Oppa dengan omma bukan nak tentukan jodoh Yeon dengan siapa pun tapi kami tahu apa yang terbaik untuk Yeon. Oppa tahu Yeon still tak move on dengan Cheol. Oppa tahu. Yeon tak boleh nak tipu oppa. Sejahat- jahat yang Cheol pernah buat pada Yeon, Yeon tak pernah terasakan dengan apa dia buat tu kan. Sebab apa.. Sebab cinta. Yeon cintakan Cheol right? Oppa tahu sangat Yeon. Omma pun tahu. Dia kenal Yeon bukan baru lagi tapi sejak Yeon dalam perut dia. Omma nak anak dia bahagia sayang. Yeon taknak ke omma gembira tengok Yeon dah kahwin, dah ada suami, dah ada keluarga sendiri, Yeon taknak tengok ke omma happy?" Tangan Miyeon yang berada ditangan dibawa turun Sehun. Kepala yang menunduk itu diangkat.
"Dengar cakap oppa ya."
💎
Saya sangat jeles😭

YOU ARE READING
[COMPLETED] CRUSH 당신을 짝사랑 (CHOI SEUNGCHEOL)
Short StoryHighest ranking - #8 in short story Dear crush, kenapa kau tak sedar kewujudan aku? Tetapi saat Miyeon terima takdir, Seungcheol pula sendirinya undur diri. "Cheol dah batalkan perkahwinan Yeon dengan dia. Dia faham Yeon dan dia pun dah berhenti ber...