Miyeon mencemikkan mukanya. Dia rasa ommanya dah tak sayang padanya lagi.
"Yeon." Bahu anaknya disentuh.
"Yeon tak nak layan omma."
Omma berdecit. Susahnya alahai nak jaga anak dara sorang ni. Nak pujuk punyalah susah.
Omma mengambil tempat disebelah Miyeon.
"Omma buat ada sebab Yeon. Omma tahu perasaan Yeon. Peluang Yeon. Peluang. Yeon nak nak ke lepaskan peluang macam tu je."
Miyeon memandang kekiri. Malas mahu melihat muka ommanya.
"Kita tak boleh nak buang jauh perasaan Yeon. Kalau betul kita dah cintakan dia susah kita nak move on kan sayang? Omma tahu yang Yeon masih sukakan dia, sayangkan dia dan cintakan dia. Omma tahu apa yang anak omma ni rasa." Tangan Miyeon ditarik dan digenggamnya halus.
"Keluar dengan Seungcheol. Mungkin kalini niat dia baik. Yeon fikir positif kenapa dia dah mula nak rapat dengan Yeon. Maybe sebab dia dah mula sukakan Yeon or lebih dari itu? Omma tahu. Dari reaksi bila Seungcheol datang rumah semalam, omma nampak dia bersungguh- sungguh nak ajak Yeon keluar. Tak salahkan kalau dia nak berbaik semula?
💎

YOU ARE READING
[COMPLETED] CRUSH 당신을 짝사랑 (CHOI SEUNGCHEOL)
Short StoryHighest ranking - #8 in short story Dear crush, kenapa kau tak sedar kewujudan aku? Tetapi saat Miyeon terima takdir, Seungcheol pula sendirinya undur diri. "Cheol dah batalkan perkahwinan Yeon dengan dia. Dia faham Yeon dan dia pun dah berhenti ber...